21/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H DARI KAMI DI TADIKA LEARNING BRIDGE
Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan ini.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.
Semoga raya tahun ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan tautan ukhuwah yang lebih erat sesama kita. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh rasa syukur kepada-Nya.
Ikhlas daripada:
Tadika Learning Bridge
18/02/2026
Selamat Menyambut Ramadan 1447H
Seluruh warga Learning Bridge dengan penuh rasa syukur mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan kepada semua.
Moga kehadiran Ramadan kali ini membawa ketenangan jiwa, mengeratkan ukhuwah, serta menyuburkan rasa syukur dalam setiap hati.
Ya Allah, izinkanlah kami bertemu dengan Ramadan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kurniakanlah kekuatan untuk beribadah dengan penuh keikhlasan, ampunkanlah segala dosa kami, dan jadikanlah kami insan yang lebih baik selepas Ramadan ini.
Semoga setiap amal kebajikan yang dilakukan menjadi cahaya yang menerangi kehidupan kita. Ramadan Kareem buat semua.