10/08/2026
π¬ BULAN BAHASA MTT 2026 | SEMARAKKAN BAHASA, SERLAHKAN BAKAT
Bulan Bahasa kembali mewarnai suasana sekolah dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah kemahiran berbahasa, meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan bakat masing-masing.
Program Bulan Bahasa 2026 yang berlangsung dari 14 hingga 31 Julai 2026 ini merangkumi tiga bahasa utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar berpeluang menyertai sebanyak 17 acara yang merangkumi aktiviti berbentuk kuiz, pertandingan penulisan, persembahan, seni kreatif dan pengucapan awam.
π¬ MINGGU BAHASA MELAYU
1. Pelancaran Bulan Bahasa
2. Kuiz Peribahasa
3. Pertandingan Cerpen Bahasa Melayu
4. Pertandingan Poster Bahasa Melayu
5. Pertandingan Sajak Bahasa Melayu
π¬ MINGGU BAHASA ARAB
6. Pertandingan Infografik
7. Pertandingan Cerpen Bahasa Arab
8. Pertandingan Poster Bahasa Arab
9. Pertandingan Khat
10. Pertandingan Sajak Bahasa Arab
π¬ MINGGU BAHASA INGGERIS
11. Kuiz Spelling Bee
12. Pertandingan Debat Bahasa Inggeris
13. Pertandingan Khutbah
14. Pertandingan Deklamasi Sajak (Poetry)
15. Pertandingan Bercerita Ren (Storytelling)
16. Pertandingan Bercerita Men (Storytelling)
17. Pertandingan Cerpen Bahasa Inggeris
Bulan Bahasa 2026 bukan sekadar pertandingan, malah menjadi platform untuk para pelajar membina jati diri, mengembangkan kreativiti, memperkaya kosa kata serta menghayati keindahan bahasa.
Sebagai kemuncak Bulan Bahasa 2026, penyampaian trofi dan sijil kepada para pelajar yang berjaya dalam kategori yang dipertandingkan telah diadakan pada perhimpunan pagi hari ini, 10 Ogos 2026 πβ¨
Semoga program ini terus menyemarakkan budaya mencintai bahasa dalam kalangan pelajar dan melahirkan generasi yang petah berkomunikasi, kreatif dan berani menyerlahkan potensi diri.
β¨ Teruskan mencintai bahasa, teruskan berkarya.
Blog: https://at-tayyibah.blogspot.com/2026/08/bulan-bahasa-mtt-2026-semarakkan-bahasa.html
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=PS1Qd7W6N8s
Instagram: https://www.instagram.com/p/Db2ki1LyQVd/
TikTok: https://www.tiktok.com//video/7672319162529631508?fbclid=IwcGRvZgFleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFWbUt4Y0NTV0xjZzlHRDNCc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHlbYE2EjTZYhMZN7wMr9Dl8jfIQS0-G_RnuzPNd0rl2GG42xqtT7zFkIwRA5_aem_expfpakg9F2wZYXKzuctEQ
Threads: https://www.threads.com//post/Db2lAILjzs9
X: https://x.com/mtt_tayyibah/status/2086769126799008029