SK Sungai Pelek Sepang - RASMI

SK Sungai Pelek Sepang - RASMI Laman Facebook Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

PROGRAM JALINAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KE Bubbles O2 HQPada 17 Ogos 2026 akhirnya warga SK Sungai Pelek & AJK PIBG menjeja...
21/08/2026

PROGRAM JALINAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KE Bubbles O2 HQ

Pada 17 Ogos 2026 akhirnya warga SK Sungai Pelek & AJK PIBG menjejakkan kaki ke Bubbles O2 Rantau & Bubbles O2 Pedas.

Walau dalam kesibukan cikgu-cikgu dan warga sekolah, kami sempat meluangkan masa untuk berkunjung ke Bubbles O2 Rantau dan Bubbles O2 Pedas bagi melihat dengan lebih dekat kaedah penghasilan Air Mineral Semulajadi yang kaya dengan Oksigen, Bubbles O2.

Setibanya di Bubbles O2 Rantau, kami disambut mesra oleh pegawai serta kakitangan Bubbles O2 dan kami dibawa melawat di sekitar Kompleks Al Ammar dan kemudiannya kami dibawa ke Bubbles O2 Pedas bagi melihat kaedah penghasilan botol plastik ikonik Bubbles O2.

Walaupun kunjungan ini amat singkat, ianya amat bermakna buat kami warga SKSP kerana Bubbles O2 telah banyak memberi sumbangan serta komitmen dalam melancarkan kerja buat kami selaku pendidik khususnya dan menambahbaik prasarana sekolah amnya. Terima kasih kami ucapkan.





19/08/2026
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSP kali ke-45 ๐Ÿ“† Tarikh: 8 Ogos 2026๐Ÿ“ Tempat: Padang SKSPDirasmikan oleh: En. Isradzi bin Sarbi...
08/08/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSP kali ke-45

๐Ÿ“† Tarikh: 8 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Padang SKSP
Dirasmikan oleh:
En. Isradzi bin Sarbini (YDP PIBG SKSP)

Alhamdulillah Kejohanan Sukan Tahunan SKSP kali ke-45 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah, semangat kesukanan dan kerjasama semua warga sekolah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutama kepada murid-murid yang mengambil bahagian, guru-guru, AJK PIBG dan tidak lupa kepada ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan yang telah memberikan yang terbaik. Semoga pengalaman ini dapat membentuk murid yang sihat, berdisiplin, berdaya tahan dan bersemangat tinggi.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran kejohanan kali ini, pihak sekolah memohon maaf dan akan berusaha melakukan penambahbaikan pada penganjuran akan datang.

Pautan sorotan aksi sepanjang kejohanan:
(Link gambar)

https://photos.app.goo.gl/XdszAovH2p27zKb19





KEMERIAHAN KIAN TERASA ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰Hari ini 6 Ogos 2026 telah berlangsung raptai penuh acara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK...
06/08/2026

KEMERIAHAN KIAN TERASA ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Hari ini 6 Ogos 2026 telah berlangsung raptai penuh acara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Pelek kali ke-45 bertempat di padang sekolah.

Sama-sama kita memeriahkan acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan pada Sabtu ini, 8 Ogos 2026.




PRA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-45 TAHUN 2026Sepanjang minggu ini telah berlangsung beberapa acara sukan yang meliba...
05/08/2026

PRA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-45 TAHUN 2026

Sepanjang minggu ini telah berlangsung beberapa acara sukan yang melibatkan murid-murid tahap 2.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan murid-murid yang terpilih menyertai acara sukan amat bersemangat untuk mewakili rumah sukan masing-masing.

Jangan lupa acara kemuncak KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSP KALI ke-45 pada Sabtu ini, 8 Ogos 2026.




๐ŸŒŸโ™Ÿ๏ธ TAHNIAH WAKIL SK SG PELEK! โ™Ÿ๏ธ๐ŸŒŸSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang murid Sekolah Kebangsaan...
18/07/2026

๐ŸŒŸโ™Ÿ๏ธ TAHNIAH WAKIL SK SG PELEK! โ™Ÿ๏ธ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek yang telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Scrabble Karnival Semarak Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Sepang 2026 dan berjaya merangkul tempat ke-4 keseluruhan.

๐Ÿ‘ Peserta SK Sungai Pelek:
๐Ÿ”น MUHAMMAD BANIN BIN SALAHUDDIN
๐Ÿ”น IMROATUSSOLEHAH BINTI MARHAM

Pertandingan ini telah berlangsung pada 16 Julai 2026 (Khamis) bertempat di SMK Kota Warisan, Sepang.

Penyertaan dalam pertandingan ini bukan sahaja menguji penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris, malah turut mengasah kemahiran berfikir secara kritis, strategi serta keyakinan diri dalam suasana persaingan yang sihat.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan dan terus menjadi inspirasi kepada rakan-rakan untuk mencintai Bahasa Inggeris.

Syabas dan teruskan melakar kecemerlangan! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›




Antara aktiviti menarik sepanjang Minggu STEM 2026 yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Jun 2026 adalah Pertunjukan Sil...
27/06/2026

Antara aktiviti menarik sepanjang Minggu STEM 2026 yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Jun 2026 adalah Pertunjukan Silap Mata (Magic Show) yang dipersembahkan oleh Vink Magic Entertainment.

Semoga dengan penganjuran Minggu STEM ini dapat menyemarakkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik serta melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

"Eksplorasi Sains, Merealisasikan Inovasi"





DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUA...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku

pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada Seluruh Warga Kerja SK SUNGAI PELEK SEPANG SELANGOR





SELAMAT HARI GURU 2026โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ membawa makna besar bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah ins...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ membawa makna besar bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang membentuk sahsiah, mencorak masa depan dan menjadi penggerak kemajuan negara.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang terus mengalir dan setiap usaha dipermudahkan serta diberkati.

Daripada seluruh warga SK Sungai Pelek, kami mengucapkan:
Selamat Hari Guru 2026
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ ๐ŸŒน





๐ŸŒ™โœจ Salam Nuzul al-Quran โœจ๐ŸŒ™Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang terbaik untuk kita meningkatkan keimanan, memperbanyakka...
07/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Nuzul al-Quran โœจ๐ŸŒ™

Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang terbaik untuk kita meningkatkan keimanan, memperbanyakkan amal kebajikan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan cahaya kehidupan.





Address

Kg Jelutong Indah
Sepang
43950

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+60331412758

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Pelek Sepang - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Pelek Sepang - RASMI:

Shortcuts

Share