IKTBN Sepang

Call Directions Website Contact the school

IKTBN Sepang Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN Sepang) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kemudahan sukan dan riadah
7.

Institut ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor dan telah beroperasi sepenuhnya mulai bulan Mei 1990. Kemudahan yang disediakan kepada Pelajar :-

1. Tempat tinggal percuma (Asrama)
2. Makan dan minum sepanjang tempoh latihan
3. Pakaian seragam untuk latihan
4. Wang saku RM100 / RM 200.00 sebulan
5. Perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan
6. Bengkel mesin konvensional dan mesin kawalan berkomputer (CNC)
8. Makmal latihan komputer dan kawalan Numerical Komputer. Makmal elektronik, elektrik dan hidraulik
9. Kemudahan wifi percuma

SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PROGRAM CULLYVENTURE DI IKTBN SEPANG SESI 2/2026Sepang, 21 September 2026- Sesi Pendaftara...
22/09/2026

SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PROGRAM CULLYVENTURE DI IKTBN SEPANG SESI 2/2026

Sepang, 21 September 2026- Sesi Pendaftaran dan taklimat Program Cullyventure di IKTBN Sepang telah dilaksanakan di Bilik Seminar IKTBN Sepang yang disertai oleh 12 orang pelajar dan ditemani oleh ibu bapa serta keluarga.

Program ini yang menawarkan kemahiran dalam bidang Pembuatan Roti kepada belia berkeperluan khas dan juga belia autisme lingkungan umur 18 hingga 30 tahun akan dilaksanakan selama enam bulan dan dijangka tamat pada bulan Mac 2027.

Pendaftaran program dimulakan dengan semakan nama dan dokumen yang berkaitan, disusuli dengan taklimat pelaksanaan program kepada ibubapa dan keluarga yang disampaikan oleh Penyelaras Program, Ts. Nurul Asikin binti Saari. Pengarah IKTBN Sepang, Pn Hamizatul Azura Binti Hamzah turut menyampaikan sedikit amanat sebagai mengalukan kehadiran pelajar dan waris yang bakal menjadi keluarga IKTBN Sepang untuk 6 bulan ini.

Pelajar dan waris juga dibawa melawat ke Bengkel Hospitaliti IKTBN Sepang dan sesi pendaftaran diakhiri dengan sesi bergambar.

Semoga kesemua pelajar kekal bersemangat untuk menimba kemahiran dan pengalaman sepanjang tempoh program dilaksanakan serta dapat membina keyakinan diri untuk menjadi belia berkemahiran berimpak tinggi.




KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKTBN SEPANG TAHUN 2026Jerantut, 18 September 2026 - ...
19/09/2026

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKTBN SEPANG TAHUN 2026

Jerantut, 18 September 2026 - Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sukarelawan MPP, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Syakirin IKTBN Sepang telah menyertai Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) MPP IKTBN Sepang Tahun 2026.

Kursus selama 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 September 2026 itu telah berlangsung di sekitar Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar (HEP).

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas pengurusan organisasi, kepimpinan yang efektif serta pemantapan jati diri sebagai pemimpin pelajar di institut. Kursus ini juga penting sebagai platform untuk melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti, berintegriti dan berdaya saing seiring dengan aspirasi TVET MADANI.

Antara pengisian kursus adalah ceramah berkaitan kepimpinan berkesan yang menekankan teknik komunikasi dan pengurusan emosi sebagai pemimpin. Manakala slot Pengurusan Organisasi p**a memberi fokus kepada tatacara penulisan kertas kerja, laporan pelaksanaan program, penyediaan minit mesyuarat, pengurusan kewangan dan penyediaan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB).

Bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan, pelbagai aktiviti luar turut dijalankan seperti Night Walk, Jungle Trekking at Canopy Walk, Rapid Shooting, Visit to Orang Asli Settlement, lawatan ke Santuari Kelah dan lawatan ke Lata Berkoh.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Muhamad Pauzi Bin Paiman, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Sepang. Turut hadir bersama ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang, Pn. Haizatul Binti Sabidi dan Pengerusi Kelab Rakan Muda Kampung Giching, En. Adam Hazriel Bin Hanafiah.

Penganjuran kursus ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang dan Kelab Rakan Muda Kampung Giching, Sepang.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, barisan kepimpinan pelajar IKTBN Sepang akan lebih bersedia, berketrampilan dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.




LAWATAN ILSC: EKSPLORASI WARISAN KITASekinchan, 17 September 2026 - Seramai 5 orang peserta Program Latihan Kemahiran Be...
19/09/2026

LAWATAN ILSC: EKSPLORASI WARISAN KITA

Sekinchan, 17 September 2026 - Seramai 5 orang peserta Program Latihan Kemahiran Belia Autisme dan Belia Berkeperluan Khas (Program Cullyventure) IKTBN Sepang berpeluang menyertai Lawatan ILSC: Eksplorasi Warisan Kita anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS).

Program yang berlangsung di Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam ini memberikan pengalaman bermakna kepada peserta melalui pelbagai aktiviti seperti:

๐ŸŒพ Tumbuk padi
๐ŸŽจ Mewarna batik
๐Ÿช Membuat dan bermain layang-layang
๐ŸŽฃ Ragau ikan

Penglibatan ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta menikmati pengalaman baharu, malah turut membuka peluang untuk mereka mengenali warisan dan budaya tempatan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif.

Terima kasih YANIS atas sokongan dan tajaan dalam memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak Cullyventure.




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT IKTBN SEPANGSepang, 17 September 2026 - Semarak cinta kepada Rasulullah SAW mene...
18/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT IKTBN SEPANG

Sepang, 17 September 2026 - Semarak cinta kepada Rasulullah SAW menerusi perarakan 7 kontinjen jabatan yang disertai pengajar dan pegawai IKTBN Sepang, disusuli persembahan nasyid, selawat beramai-ramai dan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Muhammad Muqri Zafran bin Mat Khusniza.

Turut diadakan pertandingan Sepanduk dan Perarakan, dengan Jabatan Elektronik muncul juara Pertandingan Sepanduk, manakala Kontinjen Pegawai memenangi Pertandingan Perarakan.

Menghayati sirah, meneladani akhlak, menyuburkan cinta kepada Rasulullah SAW. ๐Ÿค




๐ŸŽค PERTANDINGAN NASYID SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKTBN SEPANGSEPANG, 14 September 2026 (Isnin) โ€“ Institut Kemahira...
16/09/2026

๐ŸŽค PERTANDINGAN NASYID SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT IKTBN SEPANG

SEPANG, 14 September 2026 (Isnin) โ€“ Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IKTBN Sepang bertempat di Dewan Sri Nilam pada jam 9.00 malam.

Pertandingan ini diadakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul Perdana Tahun 2026/1448H, selaras dengan Tema Maulidur Rasul Kebangsaan 2026, โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€.

Pertandingan nasyid ini melibatkan penyertaan daripada setiap jabatan di IKTBN Sepang, dengan setiap jabatan menghantar satu kump**an nasyid bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan serta mencungkil bakat dalam kalangan warga IKTBN Sepang.

Program ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah turut memberi peluang kepada para peserta untuk menzahirkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW melalui persembahan nasyid yang membawa mesej keagamaan, akhlak dan nilai-nilai murni.

Penganjuran pertandingan ini turut diharapkan dapat memperkukuhkan ukhuwah, semangat kerjasama dan penghayatan terhadap sirah serta akhlak Rasulullah SAW dalam kalangan warga IKTBN Sepang.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu wadah dalam membentuk generasi belia yang berilmu, berakhlak dan menghayati nilai-nilai Islam.

โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.โ€ ๐ŸŒ™โœจ





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Ikhlas daripadaSeluruh Warga Kerja dan PelajarIKTBN SEPANG
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja dan Pelajar
IKTBN SEPANG





HARTALEGA INDUSTRY TALENT PROGRAMME 2026Membina Bakat TVET, Membuka Peluang Kerjaya!Sepang, 14 September 2026 - IKTBN Se...
14/09/2026

HARTALEGA INDUSTRY TALENT PROGRAMME 2026
Membina Bakat TVET, Membuka Peluang Kerjaya!

Sepang, 14 September 2026 - IKTBN Sepang terus memperkukuh jaringan strategik bersama Hartalega NGC Sdn. Bhd. melalui pelaksanaan Hartalega Industry Talent Programme: Taklimat Pembangunan Bakat TVET dan Peluang Tajaan.

Program yang berlangsung di Auditorium Sri Baiduri, IKTBN Sepang ini melibatkan pelajar baharu Sesi 2/2026 sebagai platform pendedahan awal kepada keperluan industri, pembangunan bakat serta peluang tajaan yang ditawarkan oleh pihak Hartalega.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan saluran tenaga kerja teknikal yang berkualiti, kompeten dan relevan dengan keperluan industri, di samping membuka laluan kepada pelajar TVET untuk membina kerjaya bersama industri.

IKTBN Sepang ร— Hartalega NGC
Membangun bakat hari ini, menyediakan tenaga mahir untuk industri masa hadapan!




MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK IKTBN SEPANG & HARTALEGA NGCSepang, 14 September 2026 โ€” Institut Kemahiran Tinggi Belia ...
14/09/2026

MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK IKTBN SEPANG & HARTALEGA NGC

Sepang, 14 September 2026 โ€” Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah mengadakan Sesi Perbincangan Bersama Syarikat Hartalega NGC Sdn. Bhd. bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti susulan selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Salak, IKTBN Sepang ini melibatkan pengurusan IKTBN Sepang bersama wakil Hartalega NGC dalam memperincikan perancangan serta bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan, khususnya dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi TVET dan pihak industri.

Perbincangan turut memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti yang lebih tersusun, berimpak dan berorientasikan keperluan industri, sekali gus membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar IKTBN Sepang untuk mendapatkan pendedahan serta pengalaman industri yang relevan.

Daripada MoU kepada tindakan โ€” memperkukuh sinergi TVET dan industri demi membina bakat berkemahiran yang menepati kehendak masa hadapan.


ISTIADAT KONVOKESYEN ILKBS KALI KE 21Putrajaya, 12 & 13 SEPTEMBER 2026 โ€” Dua hari yang penuh makna buat warga Institusi ...
14/09/2026

ISTIADAT KONVOKESYEN ILKBS KALI KE 21

Putrajaya, 12 & 13 SEPTEMBER 2026 โ€” Dua hari yang penuh makna buat warga Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) apabila Istiadat Konvokesyen ILKBS Kali Ke-21 berlangsung penuh gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Istiadat ini menjadi medan untuk meraikan kejayaan para graduan ILKBS dari seluruh Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak, yang telah berjaya menamatkan latihan dan pengajian dalam pelbagai bidang kemahiran.

Tiga sidang penuh bermakna menyaksikan para graduan diraikan oleh kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS):

๐ŸŽ“ Sidang 1
Disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

๐ŸŽ“ Sidang 2
Disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

๐ŸŽ“ Sidang 3
Disempurnakan oleh YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Lebih bermakna, konvokesyen ini turut menyaksikan pengiktirafan kepada individu dan institusi yang mencorakkan kecemerlangan ekosistem TVET melalui Anugerah Graduan Terbaik, Anugerah Khas Menteri, pengiktirafan kepada pengajar serta Anugerah ILKBS Terbaik.

๐Ÿ† IKTBN Bukit Mertajam turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai ILKBS Terbaik.

Sesungguhnya, kejayaan yang diraikan hari ini bukan sekadar tentang segulung sijil. Ia adalah bukti ketekunan, disiplin, keberanian memilih laluan kemahiran dan kesungguhan untuk membina masa depan.

Buat seluruh graduan ILKBS, teruskan melangkah dengan ilmu, berdiri dengan kemahiran dan buktikan kemampuan di dunia sebenar.

Kerana kalian bukan sekadar graduan โ€” kalian adalah aset bernilai negara dan generasi yang bakal menggerakkan Malaysia ke hadapan.

Tahniah Graduan ILKBS Kali Ke-21โ€ผ๏ธ
Terus melangkah. Terus mencipta. Terus menginspirasi.



BELIA BERKEPERLUAN KHAS MENERIMA PENGHARGAAN DI PENTAS KONVOKESYEN ILKBSPutrajaya, 13 September 2026 -Pentas Istiadat Ko...
13/09/2026

BELIA BERKEPERLUAN KHAS MENERIMA PENGHARGAAN DI PENTAS KONVOKESYEN ILKBS

Putrajaya, 13 September 2026 -Pentas Istiadat Konvokesyen ILKBS Kali Ke-21 menjadi saksi sebuah pencapaian yang cukup bermakna apabila seramai 21 orang peserta Program Latihan Kemahiran Belia Autisme dan Belia Berkeperluan Khas (Cullyventure) diraikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lebih membanggakan, kesemua peserta berpeluang menerima sijil di atas pentas konvokesyen yang disampaikan oleh YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pencapaian ini bukan sekadar tentang menerima sijil, tetapi merupakan simbol keberanian, usaha, ketekunan dan potensi luar biasa yang dimiliki oleh setiap peserta.

Inilah antara langkah penting Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam membuka ruang dan memberi peluang kepada belia Autisme serta Belia Berkeperluan Khas untuk turut mendapat akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran.

Melalui Program Cullyventure, golongan ini diberikan ruang untuk belajar, mengembangkan potensi, membina keyakinan diri serta mempersiapkan diri ke arah kehidupan yang lebih berdikari.

Apabila peluang diberikan, potensi dapat dikembangkan. Apabila kemahiran dibekalkan, masa depan dapat dibina. โค๏ธ

Tahniah dan syabas kepada kesemua 21 peserta Cullyventure! Semoga kejayaan di pentas konvokesyen ini menjadi titik permulaan untuk terus melangkah lebih jauh dan melakar masa depan yang gemilang.

KBS terus membuka ruang.
IKTBN Sepang terus membimbing.
Cullyventure terus membuktikan bahawa setiap insan mempunyai potensi untuk berjaya.




Address

Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387061720

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKTBN Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to IKTBN Sepang:

Shortcuts

Share