Adakah anda mahu kami buat video eksperimen 'live' untuk anak anak kecil?
Jika YA, mohon ibubapa berikan cadangan waktu yang sesuai diruang komen :')
STEAM Malaysia
STEAM Malaysia, satu inisiatif untuk menggalakkan pendidikan Science, Technology, Engineering, Arts dan Mathematics kepada generasi masa depan Malaysia
10/09/2019
Ahad, 8 September 2019: STEAM Malaysia dengan kerjasama Eduvore dan Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim telah mengadakan program Matematik Tambahan F.A.M.O.S (Fast Addmath Overview Seminar) di Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program ini mendedahkan para pelajar akan kaedah penggunaan fungsi kalkulator saintifik dengan cara yang betul dan berkesan bagi mempersiapkan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba.
Seramai 100 orang pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Port Dickson telah menyertai program ini dengan jayanya. Turut mengiringi para pelajar adalah guru-guru pengiring dan 2 pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, En Nor Azaman dan Puan Nor Aisah. Terima kasih untuk sambutan yang sangat menggalakkan.
InsyaAllah, kejayaan menanti buat adik-adik ini!
26/08/2019
Ahad, 25 Ogos 2019: STEAM Malaysia telah mengadakan program Sains Ventura di Kg Labu Lanjut, Sepang di bawah Geran Kecil Alam Sekitar 2019, dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor untuk mendedahkan pelajar tentang kepentingan menghargai alam sekitar disamping menyertai program kitar semula. Program ini melibatkan 40 orang pelajar dari SK Kampung Baharu Lanjut
Pelajar-pelajar ini juga diajar cara untuk mengaplikasikan ilmu Sains, Teknologi dan Matematik di dalam kehidupan seharian.
Program kali ini dianjurkan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor dan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepang, YB Haji Mohamed Hanipa Maidin Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sepang Y.B. Mohamed Hanipa Maidin dengan usahasama MPKK Labu Lanjut, Sepang, terima kasih di atas peluang dan kerjasama ini.
Alhamdulillah, semoga program ini memberi input yang berguna bukan sahaja untuk para pelajar, malahan juga kepada warga Kg Labu Lanjut. ๐ธ
25/08/2019
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat YB Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen Sepang serta Ahli JKKK Kg Labu Lanjut untuk sokongan penuh yang telah diberikan buat team STEAM Malaysia serta anak-anak Kg Labu Lanjut.
Semoga perkongsian ilmiah ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang ๐๐ธ
22/08/2019
Warga Port Dickson jom join kami di program F.A.M.O.S bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Daftar sekarang!
19/07/2019
Kali ini Team STEAM telah berkhidmat di SK Kota Warisan Sepang sempena Karnival Inovasi Teknologi Hijau STEM 2019 Peringkat Daerah Sepang anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program kali ini unik kerana buat julung-julung kalinya Sains Magika dilaksanakan di peringkat daerah, terima kasih kepada para pelajar dan guru-guru yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang program ini berlangsung.
12/07/2019
Khamis, 11 Julai 2019: STEAM Malaysia telah berada di SK Kota Warisan di dalam program Karnival Inovasi Teknologi Hijau STEM 2019 Peringkat Daerah Sepang anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program kali ini unik kerana buat julung-julung kalinya Sains Magika dilaksanakan di peringkat daerah, terima kasih kepada para pelajar dan guru-guru yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang program ini berlangsung.
07/05/2019
Sains Magika datang lagi! kini di Kampung Lindungan, Petaling jaya pada 4 Mei 2019. Sains Magika kali ini dibawa khas oleh Ahli Majlis MBPJ Puan Nurainie Haziqah!
21/03/2019
Ayuh terbang tinggi! Sertai kami di Port Dickson
20/03/2019
Mari sertai 'Ayuh Terbang Tinggi', sebuah program untuk pelajar darjah 5 dan 6 meneroka sains disebalik bagaimana pesawat boleh terbang!
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan disediakan sepanjang program dengan pelbagai hadiah menarik. Peserta juga dapat bersembang secara langsung dengan Pilot, Jurutera dan Pramugari untuk berkongsi pengalaman dan memberi mereka inspirasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Program cuti sekolah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Persatuan STEAM Malaysia ini akan berlangsung pada 31 Mac 2019 di Pusat Interaktif Port Dickson, PD Marina.
Pendaftaran percuma namun tertakluk kepada 40 peserta terawal sahaja dan pelajar dari Port Dickson akan diberi keutamaan. Lihat ruangan komen untuk cara mendaftar.
Isi aktiviti cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti berfaedah, daftarlah sekarang!
Ayuh terbang tinggi!
19/02/2019
Penampakan fenomena โSupermoonโ boleh dilihat di seluruh Malaysia pada ketika malam langit cerah (tidak berawan), jam 11:53 malam ini.
This could be an exciting activity to do with your loved ones and family, do send us some pictures if you manage to snap its beauty ๐
Planetarium Negara Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Akademi Sains Malaysia
Fenomena Supermoon tengah malam ini Fenomena Supermoon tengah malam ini
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
SK Kota Warisan
Sepang