15/09/2026
*PERTANDINGAN MEMBACA LANCAR BESTARI*
πPertandingan Membaca Lancar Bestari telah berlangsung pada hari Khamis, 10 September 2026 bertempat di Dewan SeBaTi. Seramai 5 orang murid Kelas Sinar Bestari Bahasa Melayu Tahun 2 (PLaN 2026) telah menyertai pertandingan ini.
πProgram ini bertujuan untuk membina keyakinan diri murid serta memberi peluang kepada mereka menunjukkan potensi dalam membaca dengan lancar dan sebutan yang betul.
πSelain pertandingan membaca, turut diadakan penyampaian hadiah kepada murid PLaN Bahasa Melayu Tahun 2 yang telah mencapai TP 3 dalam Pentaksiran PBD Julai 2026, serta murid Kelas Pemulihan Khas Bahasa MelayuTahun 2 yang telah berjaya melangkah ke kelas perdana.
πMajlis telah disempurnakan oleh Pn. Nur Hidayah binti Mohd Ghazali, Penolong Kanan Petang, SK Bandar Baru Salak Tinggi dan Ustaz Mohd Zuki bin Yaakub, PK HEM SK Salak, Guru Besar Perantisan.
π Syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta murid Kelas Sinar Bestari Bahasa Melayu Tahun 2 (PLaN 2026)
πTeruskan usaha dan semangat untuk terus maju jaya. Semoga anak-anak SeBaTi terus melakar kejayaan! ππ
π«Membaca Lancar, Keyakinan Terpancarπ«π