Tadika Inspirasi Genius

Tadika Inspirasi Genius An educational organisation that encourages kids to develop love to knowledge while nurturing islamic way of life

04/08/2026

๐Ÿš— Tema Bulan Ini: Kenderaan ๐Ÿš—

Bulan ini, murid-murid Tadika Inspirasi Genius menjelajah dunia pengangkutan dengan mengenali pelbagai jenis kenderaan darat, udara dan air melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan penuh imaginasi! ๐ŸŒโœจ

Setiap kelas tampil dengan projek kitar semula mereka:
๐Ÿš‚ 4 Delima โ€“ Kereta Api (Kenderaan Darat)
๐ŸŽˆ 5 Nilam โ€“ Belon Udara Panas (Kenderaan Udara)
๐Ÿš€ 5 Zamrud โ€“ Roket (Kenderaan Udara)
โ›ต 6 Baiduri โ€“ Kapal Layar (Kenderaan Air)

Melalui aktiviti hands-on ini, murid bukan sahaja mempelajari fungsi dan jenis-jenis kenderaan, malah turut mengembangkan kreativiti, kemahiran motor halus, penyelesaian masalah serta keyakinan diri.

Setiap hasil yang dihasilkan membuktikan bahawa pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila anak-anak dapat belajar sambil bermain, mencipta dan meneroka. Teruskan usaha yang hebat, anak-anak TIG! โœจ



๐Ÿฉบโ›‘๏ธ BASIC FIRST AID, CPR & EMERGENCY RESPONSE TRAINING โ›‘๏ธ๐ŸฉบKeselamatan dan kesejahteraan anak-anak sentiasa menjadi keuta...
29/07/2026

๐Ÿฉบโ›‘๏ธ BASIC FIRST AID, CPR & EMERGENCY RESPONSE TRAINING โ›‘๏ธ๐Ÿฉบ

Keselamatan dan kesejahteraan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan di Tadika Inspirasi Genius. Atas komitmen tersebut, pada 25 Julai 2026, seramai 5 orang guru telah menyertai Basic First Aid, CPR & Emergency Response Training yang telah diadakan di Rafflesia International & Private School.

Melalui latihan ini, para guru telah didedahkan dengan kemahiran asas pertolongan cemas, teknik CPR serta cara mengendalikan situasi kecemasan dengan lebih yakin, pantas dan berkesan. Ilmu yang diperoleh ini amat penting bagi memastikan tindakan awal yang tepat dapat diberikan sekiranya berlaku kecemasan di persekitaran tadika.

Penyertaan dalam program ini mencerminkan komitmen Tadika Inspirasi Genius untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga pendidik demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, berkualiti dan memberi keyakinan kepada ibu bapa.




21/07/2026

๐ŸŒŸ ITโ€™S A WRAP! ๐Ÿ†๐ŸŽ‰

๐ŸŽ‰ SUKAN TAHUNAN TIG KALI KE-6 ๐ŸŽ‰
๐Ÿ“… 18 Julai 2026 | Sabtu
๐Ÿ“ Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

Alhamdulillah, Sukan Tahunan TIG Kali Ke-6 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang luar biasa! ๐Ÿฅณ๐Ÿ…

Tahniah kepada semua atlet cilik TIG yang berani mencuba, bersemangat tinggi dan memberikan usaha terbaik dalam setiap acara. Setiap langkah, larian dan sorakan menjadikan hari ini lebih bermakna! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธโœจ

Menang atau kalah bukanlah pengakhiran, tetapi pengalaman, keyakinan dan semangat berpasukan yang dibina akan sentiasa menjadi kenangan terindah. ๐Ÿ’ช๐ŸŒˆ

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ibu bapa yang hadir memberikan sokongan tanpa henti, serta barisan guru dan warga TIG yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Kehadiran dan kerjasama anda semua amat kami hargai. โค๏ธ

Terima kasih kerana mencipta memori indah bersama kami. Jumpa lagi di Sukan Tahunan TIG Kali Ke-7! ๐Ÿฅฐ๐ŸŽŠ



ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…20 Jun 2026 | 5 Muharram 1448H๐Ÿ“šโœจ Parents Teacher Meet Sesi 2026 โœจ๐Ÿ“šTerima kasih kepada semua ibu ba...
25/06/2026

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

20 Jun 2026 | 5 Muharram 1448H

๐Ÿ“šโœจ Parents Teacher Meet Sesi 2026 โœจ๐Ÿ“š

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan meluangkan masa untuk Parents Teacher Meet Sesi 2026. Kehadiran serta kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam usaha bersama memantau perkembangan dan pembelajaran anak-anak. ๐Ÿฅฐ๐Ÿ“š

Program kali ini turut diserikan dengan kerjasama Kidz Emporium Therapy menerusi sesi perkongsian โ€œPersediaan Murid ke Tahun 1โ€ yang padat dengan panduan dan tip berguna bagi membantu ibu bapa serta anak-anak membuat persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan rendah. ๐ŸŽ’โœจ

Setiap pertemuan, perbincangan dan kerjasama yang terjalin merupakan satu langkah penting dalam membina keyakinan, meningkatkan kesediaan dan membentuk masa depan yang lebih cemerlang buat anak-anak. ๐Ÿ’–๐ŸŒˆ

Terima kasih kerana sentiasa menjadi rakan pendidikan terbaik dalam perjalanan pembelajaran mereka. ๐Ÿคโœจ





๐ŸŒท BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ๐ŸŒท๐Ÿ“… 11 Jun 2026 (Khamis)๐ŸŽ“ Personal Hygiene Awareness Programme bersama Pelajar Universiti MAHS...
11/06/2026

๐ŸŒท BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ๐ŸŒท

๐Ÿ“… 11 Jun 2026 (Khamis)

๐ŸŽ“ Personal Hygiene Awareness Programme bersama Pelajar Universiti MAHSA ๐ŸŽ“

Alhamdulillah, hari ini Tadika Inspirasi Genius menerima kunjungan istimewa daripada Pensyarah Dr Mohamad Anuar & Dr Yamuna serta Pelajar Fakulti Farmasi & Biomedical Sains yang telah berkongsi ilmu mengenai โ€˜Personal Hygiene Awarenessโ€™ dan menjalankan aktiviti menarik bersama anak-anak TIG. Antaranya ialah:

โœจ Ceramah Kesedaran Kebersihan Diri
โœจ Aktiviti Origami
โœจ Menghias Tanglung

Terima kasih kepada pihak Universiti MAHSA atas kesudian melaksanakan program khidmat komuniti ini dan mencipta pengalaman pembelajaran yang bermakna buat anak-anak kami. ๐Ÿค



&BiomedicalSciences

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูMAJLIS BACAAN YASSIN DAN KENDURI DOA SELAMAT UNTUK PARA JEMAAH SIMULASI HAJI CILIK18...
19/05/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KENDURI DOA SELAMAT UNTUK PARA JEMAAH SIMULASI HAJI CILIK
18 Mei 2026 | 1 Zulhijah 1447 Hijriah

๐Ÿค Langkah kecil menuju Baitullah ๐Ÿค

Alhamdulillah selesai Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat sempena Program Simulasi Haji Cilik.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan mengiringi anak-anak menjadi insan beriman, berakhlak mulia dan sentiasa mencintai Islam. โœจ

Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.




ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…๐Ÿ‘ฉ๐Ÿผโ€๐Ÿซ SAMBUTAN HARI GURU | 18 MEI 2026 ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿผโ€๐Ÿซโ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Di tadika inilah bermulanya la...
19/05/2026

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿผโ€๐Ÿซ SAMBUTAN HARI GURU | 18 MEI 2026 ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿผโ€๐Ÿซ
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Di tadika inilah bermulanya langkah pertama anak-anak mengenal ilmu, adab dan keyakinan diri โœจ

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik yang sentiasa menjadi inspirasi dan penyinar masa depan anak bangsa ๐ŸŒท




๐ŸŒŸ PELAKSANAAN UJIAN SEGAK & PEMANTAUAN BMI ๐ŸŒŸ(Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia)๐Ÿ“… 12 Me...
15/05/2026

๐ŸŒŸ PELAKSANAAN UJIAN SEGAK & PEMANTAUAN BMI ๐ŸŒŸ
(Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia)

๐Ÿ“… 12 Mei 2026
๐Ÿ‘ง๐Ÿง’ Murid 5 & 6 Tahun

Pelaksanaan Ujian SEGAK telah dijalankan selaras dengan pemakluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai tahap kecergasan fizikal murid serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat sejak usia awal ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ช

Antara aspek yang diketengahkan sepanjang aktiviti dijalankan ialah:
๐ŸŽฏ Permainan Tradisional
โš–๏ธ Imbangan
๐Ÿ”„ Cabaran Berganti-Ganti
๐ŸŽต Muzik Dan Pergerakan
๐Ÿ‘ Manipulasi Alatan

Selain itu, pemantauan BMI (Body Mass Index) turut dilaksanakan bagi membantu mengenal pasti tahap pertumbuhan dan keseimbangan berat badan murid mengikut umur dan ketinggian masing-masing ๐ŸŒˆโœจ

Murid-murid memberi kerjasama yang sangat baik dan menunjukkan semangat yang ceria sepanjang aktiviti dijalankan



Address

No 2 Jalan Saujana KLIA 1/2 Taman Saujana KLIA
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 07:30 - 19:00
Tuesday 07:30 - 19:00
Wednesday 07:30 - 19:00
Thursday 07:30 - 19:00
Friday 07:30 - 19:00

Telephone

+60196442667

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Inspirasi Genius posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Inspirasi Genius:

Shortcuts

Share

Category