SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia

SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia

Share

Sekolah Kebangsaan KLIA
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Progran Sekolah Amanah Malaysia
Program Tranformasi Sekolah (TS25)

Motto :~
BERILMU.. BERAKHLAK..

BERAMAL..

Photos from SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia's post 26/04/2026

✨ Tahniah & Selamat Datang Warga SK KLIA ✨

🎉 Sekalung tahniah diucapkan kepada:

🌟 Puan Abidah binti Abd Ghani
atas kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.
Semoga terus cemerlang dalam memimpin dan memperkasakan bidang kokurikulum sekolah serta membawa kecemerlangan berterusan kepada SK KLIA.

Seluruh warga SK KLIA juga dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran:

🌷 Puan Noor Adliah binti Amirudin
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
🌷 Puan Fateha binti Abu Yamin
sebagai Penolong Kanan Petang

Semoga kehadiran puan-puan akan membawa semangat baharu, inspirasi dan kecemerlangan dalam pengurusan sekolah serta kebajikan murid.
Selamat menjalankan amanah dan semoga SK KLIA terus maju jaya! 💙💛



Photos from SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia's post 23/04/2026

Selamat bertugas di tempat yang baharu buat Ustaz Md Noor bin Billak (berpindah ke SK Kota Warisan) dan Cikgu Mohd Syamil bin Hafiz (berpindah ke Negeri Kedah).

Terima kasih atas segala kepimpinan, bimbingan, dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Segala usaha dan jasa tuan berdua dalam memajukan sekolah amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.

Salam kasih sayang,
Warga KLIPSers



Photos from SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia's post 11/04/2026

Alhamdulillah ✨
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK KLIA Kali Ke-21 berjalan lancar hari ini, Sabtu 11 April 2026.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas kehadiran dan sokongan yang padu 🤝

Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai akan membawa kebaikan serta kecemerlangan berterusan buat anak-anak SK KLIA.

Bersama kita memperkukuh kerjasama demi kecemerlangan anak-anak.




Photos from SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia's post 10/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan nasyid Kumpulan ILHAM SK KLIA atas kejayaan merangkul NAIB JOHAN dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah KPM Peringkat Daerah Sepang Tahun 2026 yang berlangsung di IAB Bandar Enstek pada 9 April (Khamis).

SK KLIA juga telah terpilih menerima ANUGERAH SOLO TERBAIK dan ANUGERAH PENGGUBAH LAGU KONTEMPORARI TERBAIK Daerah Sepang.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli pasukan. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada guru pembimbing dan semua pihak yang telah memberikan sokongan padu sepanjang persediaan hingga ke hari pertandingan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah sekali lagi!



10/04/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK KLIA KALI KE-21

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG Sekolah Kebangsaan KLIA dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Tahunan berkenaan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11 April 2026
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang
SK KLIA

✨SARAPAN PAGI SAHAJA DISEDIAKAN

Sekian, terima kasih.

Jum memeriahkan bersama.

09/04/2026

Syabas dan Tahniah

29/03/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kepada :
Ibu bapa Murid SK KLlA

KEBENARAN KHAS DAN KELONGGARAN PEMAKAIAN KEPADA MURID MEMAKAI PAKAIAN SUKAN SEMENTARA SEMASA MUSIM PANAS

👉🏻Merujuk kepada surat KPM 200-5/2/1 jld 6(80) bertarikh 26 Mac 2026 adalah terpakai.

📌 Dengan itu pihak sekolah memberi kelonggaran pemakaian ;

👉🏻Murid dibenarkan memakai T-shirt logo Sekolah/T-shirt Putih Berkolar dan seluar panjang, bertudung bagi perempuan.

👉🏻 Ibu bapa diberi pilihan dan tiada paksaan pemakaian pakaian tersebut.

👉🏻Pihak sekolah sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan warga sekolah.

👉🏻Perubahan pemakaian akan dimaklumkan dari masa kesemasa

👉🏻Aktiviti Pendidikan Jasmani akan dijalankan di dalam kelas jika cuaca bersuhu tinggi.

👉🏻Murid digalakkan membawa air secukupnya

🤝 Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa amatlah diharapkan. Maaf atas kesulitan.

Terima kasih.

Guru Besar
SK KLIA

Photos from KSIB SK KLIA's post 15/03/2026
Photos from SK KLIA, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Amanah Malaysia's post 22/02/2026

HI-TEA SK KLIA 2025

JUMAAT | 09012026
DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA



Want your school to be the top-listed School/college in Sepang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900