02/10/2021
Kenapa sekarang e-book lebih popular daripada buku fizikal?
10 sebab kenapa e-book lebih baik atau menjadi pilihan ramai pengguna :
1. Boleh disimpan dalam telefon pintar, komputer atau mana-mana perisian pintar yang ada dan boleh dibawa ke mana.
2. Ringan dan mudah untuk dibaca dan dibawa ke mana-mana.
3. Boleh juga dibaca dalam 2 jenis, secara ‘soft copy’ atau ‘hard copy’. Sekiranya ‘hard copy’, pengguna boleh mencetak sendiri fail itu dengan ‘printer’ dan boleh membacanya seperti membaca buku fizikal.
4. Nilai harga e-book lebih murah daripada buku fizikal sebab kos penerbitan lebih murah.
5. Melalui sistem e-book, hubungan antara penulis dan pembaca tidak terhenti setakat pembacaan buku sahaja, tetapi akan berlanjutan lagi melalui email dan laman sosial. Ini kerana, dengan e-book, selalunya pembaca akan berhubung lagi dengan penulis melalui email atau medium sosial yang lain untuk bertanya tentang perkara-perkara lain berkaitan dengan isi e-book.
6. Jimat dari segi kos penghantaran. E-book, di hantar melalui email atau download dari laman URL yang disediakan. Pengguna tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk penghantaran.
7. Masa penghantaran yang lebih cepat. Melalui sistem e-book, masa penghantaran selalunya hanya beberapa jam sahaja selepas pembayaran disahkan oleh penerbit. Tetapi, sekiranya melalui buku fizikal, mungkin memerlukan beberapa hari dari tarikh pembayaran untuk sampai ke alamat pengguna.
8. Tajuk e-book kebanyakannya adalah berdasarkan cara, guideline atau bantuan kepada kita untuk melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya seperti ingin memulakan perniagaan atau berniaga secara online. Tajuk yang ada pada e-book lebih meluas berbanding buku fizikal.
9. Kebanyakan penulis kini lebih cenderung untuk menulis e-book berbanding buku fizikal kerana kos yang lebih murah dan interaksi bersama pembaca yang lebih dekat.
10. Kebanyakan e-book yang dijual biasanya akan disertakan sekali dengan free gift yang menguntungkan pembeli seperti free e-book atau tutorial video kerana proses penghantaran yang mudah tanpa
Jadi, tak hairanlah kenapa ramai pembaca sedikit demi sedikit kini mula beralih arah ke arah membeli e-book kerana faktor-faktor yang lebih menguntungkan seperti di atas.