PASTI As Syafi

PASTI As Syafi Sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dibuka pendaftaran kepada pelajar berumur 4,5 & 6 tahun.

SUKAN TAHUNAN PASTI AS SYAFIKALI KE 5 🎊(Bahagian 2)
02/08/2026

SUKAN TAHUNAN PASTI AS SYAFI
KALI KE 5 🎊

(Bahagian 2)

SUKAN TAHUNAN PASTI AS SYAFIKALI KE 5 🎊Tema: World Cup 🏆Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)Tempat: Dewan Seri Mutiara, Bukit C...
02/08/2026

SUKAN TAHUNAN PASTI AS SYAFI
KALI KE 5 🎊

Tema: World Cup 🏆
Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
Tempat: Dewan Seri Mutiara, Bukit Changgang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.
Sukan Tahunan PASTI As-Syafi Ke-5 berjalan dengan lancar dan meriah sekali! Terima kasih atas sorakan padu dan sokongan ibu bapa serta komitmen barisan AJK & guru.

Paling utama, tahniah buat anak-anak comel kita yang hebat beraksi! 🏅

Terima kasih semua!
Jazakumullahu Khairan Kathira 💚

Assalamualaikum wbt,📗HARI PINTAR DIDIK PASTI AS SYAFI📗Pasti As Syafi telah mengadakan Hari Pintar Didik Pasti As Syafi p...
20/07/2026

Assalamualaikum wbt,

📗HARI PINTAR DIDIK PASTI AS SYAFI📗

Pasti As Syafi telah mengadakan Hari Pintar Didik Pasti As Syafi pada:
Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk sesi perjumpaan bersama guru bagi membincangkan perkembangan akademik dan sahsiah diri pelajar bagi tahun ini.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِیمLawatan ke KL Bird Park 🦩Tarikh: 9 Julai 2026Hari: KhamisSyukur Alhamdulillah, lawatan...
16/07/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِیم
Lawatan ke KL Bird Park 🦩
Tarikh: 9 Julai 2026
Hari: Khamis

Syukur Alhamdulillah, lawatan anak-anak Pasti As Syafi ke taman burung telah berjalan lancar pada minggu lepas. Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang manis di antara mereka dan juga mendapat ilmu yang bermakna.

12/06/2026

Sayup-sayup kedengaran suara bertalbiyah di Salak Perdana pagi tadi... 🥰

Rupa-rupanya anak-anak soleh dan solehah dari PASTI As-Syafi tengah khusyuk menyertai Program Simulasi Haji Cilik! Comel sangat masing-masing berbaju ihram dan bertelekung.

Program hebat ini tidak akan berjalan lancar tanpa gandingan mantap bersama In Saff Travel. Terima kasih atas kerjasama dan tunjuk ajar yang terbaik untuk anak-anak kami! 👍🤩

Tak lupa juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Surau Ar-Raudah, Salak Perdana atas kebenaran menggunakan ruang surau yang serba lengkap. Surau baru yang selesa membuatkan program berjalan dengan sangat lancar.

Semoga anak-anak ini membesar menjadi insan yang bertakwa dan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci yang sebenar suatu hari nanti. Amin. 🤲






12/05/2026

GURU DIPERLUKAN

Kami mencari individu yang bersemangat untuk mendidik anak-anak di Pasti As Syafi.

Lokasi: Saujana KLIA & Salak Perdana

Hubungi/ WhatsApp : wa.me/0133189412 untuk butiran lanjut & hantar resume.

17/03/2026

Assalamualaikum WBT.

Ramadhan hampir menutup tirai, Syawal p**a sudah hampir tiba.
Jom kawan-kawan kita praktiskan ucapan ini di pagi raya nanti!

✨ Eid Mubarak! (Hari raya yang diberkati)

✨ Kullu 'am wa antum bikhair! (Semoga setiap tahun anda berada dalam kebaikan)

Jom saksikan video yang kami sediakan untuk kawan-kawan semua. Selamat menonton ❤️

12/01/2026
MAJLIS ANUGERAH PRESTASIPASTI AS SYAFI KALI KE 5Tempat: Dewan Seri Mutiara, Bukit Changgang Tarikh: 14 Disember 2025Tema...
16/12/2025

MAJLIS ANUGERAH PRESTASI
PASTI AS SYAFI KALI KE 5

Tempat: Dewan Seri Mutiara, Bukit Changgang
Tarikh: 14 Disember 2025
Tema: Flower

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah. Dengan rasa penuh kesyukuran, pihak pengurusan PASTI As-Syafi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ibu Bapa/ Penjaga & Guru atas sokongan, tenaga dan komitmen yang telah dicurahkan dalam menjayakan Majlis Anugerah Prestasi Pasti As Syafi kali ke 5.
Semoga usaha murni ini menjadi pendorong dan semangat demi masa depan anak-anak kita, Insya-Allah.

Address

Sepang
43900

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+60143326588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI As Syafi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI As Syafi:

Shortcuts

Share

Category