Kaunseling SKKW

Directions

Kaunseling SKKW Perkongsian ilmiah berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling SK Kota Warisan

21/09/2026

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam JPN Selangor Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

πŸŽ₯Jom tonton video PRS Council Voices dan dengar pesanan yang akan disampaikan oleh PRS Nur Elmyra Qhayla Binti Mohd Hafizan yang bertajuk Buli Adalah Jenayah


Cc: PK HEM & GB

28/08/2026

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani, Salam JPN Selangor Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Cuti sekolah bakal tiba! 🎊🎊🎊

πŸŽ₯Jom tonton video PRS Council Voices untuk mendengar pesanan dan panduan berguna sepanjang cuti sekolah.

Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya, jaga keselamatan diri, dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang!


Cc: PK HEM & GB

Makluman Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2027
05/08/2026

Makluman Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2027

MAKLUMAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2027
01/08/2026

MAKLUMAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2027

19/03/2026

[AIDILFITRI 1447H / 2026M]
β€œSenyum itu sedekah, maaf itu Indah” πŸŒ™βœ¨

Syawal hadir membawa cahaya,
menghapus luka, menyulam bahagia.
Yang retak kita damaikan,
yang jauh kita dekatkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:
Unit Bimbingan & Kaunseling SK Kota Warisan
Pembimbing Rakan Sebaya SK Kota Warisan

[Program Pertandingan Seni Kolaj Minda Sihat SK Kota Warisan 2026]πŸ“… Hari: KhamisπŸ“† Tarikh: 5 Mac 2026⏰ Masa: 8.00 pagi – ...
10/03/2026

[Program Pertandingan Seni Kolaj Minda Sihat SK Kota Warisan 2026]
πŸ“… Hari: Khamis
πŸ“† Tarikh: 5 Mac 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka SK Kota Warisan
πŸ‘₯ Sasaran: Murid Tahun 4, 5 & 6

Program Pertandingan Seni Kolaj Minda Sihat telah dianjurkan sebagai program kolaborasi antara Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) serta Panitia Pendidikan Seni Visual. Program ini bertujuan memberi peluang kepada murid untuk mengekspresikan kreativiti mereka melalui medium kolaj sambil menekankan kepentingan kesejahteraan emosi, pemikiran positif dan pengurusan stres.

Pertandingan ini menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bekerjasama dalam kumpulan serta menyampaikan mesej positif tentang kesihatan mental dan minda sihat melalui karya seni. Murid-murid didedahkan tentang nilai-nilai murni seperti empati, kesedaran diri dan kepentingan menjaga kesejahteraan diri melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan minat dan penglibatan yang tinggi, kreatif dalam menghasilkan kolaj serta bersemangat untuk berkongsi idea yang berkaitan dengan kesejahteraan diri. Aktiviti ini bukan sahaja membangkitkan bakat seni, malah memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada semua peserta.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk murid mengamalkan pemikiran positif, menghargai diri sendiri dan rakan sebaya, serta menyemai budaya minda sihat dalam kehidupan harian mereka.

πŸ“Έ Sekitar momen Program Pertandingan Seni Kolaj Minda Sihat SK Kota Warisan 2026

[Program Building Character: From Good To Great SK Kota Warisan 2026]πŸ“… Hari: KhamisπŸ“† Tarikh: 26 Februari 2026⏰ Masa: 7.3...
10/03/2026

[Program Building Character: From Good To Great SK Kota Warisan 2026]
πŸ“… Hari: Khamis
πŸ“† Tarikh: 26 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Tempat: SK Kota Warisan
πŸ‘₯ Sasaran: Murid Lelaki Tahun 4,5 & 6

Program Building Character: From Good To Great telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada murid lelaki Tahap 2 mengenai kepentingan disiplin, pembentukan sahsiah serta tanggungjawab sebagai murid sekolah. Program ini bertujuan membimbing murid agar memahami peranan mereka dalam menjaga tingkah laku, mematuhi peraturan sekolah serta membina jati diri yang positif.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid diberi penekanan tentang kepentingan disiplin diri, hormat kepada guru dan rakan, serta cara mengawal tingkah laku agar selari dengan nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah.

Program ini diharapkan dapat membantu murid lelaki Tahap 2 membentuk sikap yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin serta berusaha memperbaiki diri ke arah menjadi individu yang lebih baik.

πŸ“Έ Sekitar momen Program Building Character: From Good To Great SK Kota Warisan 2026

[Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SK Kota Warisan 2026]πŸ“… Hari: RabuπŸ“† Tarikh: 11 Februari 2026⏰ Masa: 8.00 pagi (Sesi P...
10/03/2026

[Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SK Kota Warisan 2026]
πŸ“… Hari: Rabu
πŸ“† Tarikh: 11 Februari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi (Sesi Pagi)
1.30 petang (Sesi Petang)
πŸ“ Tempat: SK Kota Warisan
πŸ‘₯ Sasaran: Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas SK Kota Warisan

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan sebagai pengiktirafan rasmi kepada murid yang telah dilantik untuk memegang jawatan dalam kepimpinan murid sekolah. Pelantikan ini bertujuan memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada murid yang terpilih untuk membantu pihak sekolah dalam mengekalkan disiplin, peraturan serta suasana pembelajaran yang kondusif.

Majlis ini diharapkan dapat melahirkan barisan pemimpin yang berdisiplin, berwibawa dan bertanggungjawab dalam membantu membentuk persekitaran sekolah yang teratur, selamat dan harmoni.

πŸ“Έ Sekitar momen Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SK Kota Warisan 2026

[Pelancaran Program Sekolah Penyayang & Pelancaran Program Minda Sihat SK Kota Warisan 2026]πŸ“… Hari: IsninπŸ“† Tarikh: 9 Feb...
10/03/2026

[Pelancaran Program Sekolah Penyayang & Pelancaran Program Minda Sihat SK Kota Warisan 2026]
πŸ“… Hari: Isnin
πŸ“† Tarikh: 9 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi & 1.30 petang
πŸ“ Tempat: SK Kota Warisan
πŸ‘₯ Sasaran: Semua Murid SK Kota Warisan

Pelancaran Program Sekolah Penyayang yang diadakan serentak bersama Pelancaran Program Minda Sihat telah dilaksanakan sebagai usaha memupuk budaya kasih sayang, kesejahteraan emosi serta hubungan yang harmoni dalam kalangan warga sekolah. Program ini merupakan inisiatif untuk memastikan setiap murid berasa dihargai, disayangi dan berada dalam persekitaran sekolah yang selamat, positif serta menyokong perkembangan emosi dan mental yang sihat.

Melalui program ini, murid-murid turut didedahkan dengan amalan 5S iaitu Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Selamat sebagai budaya harian dalam kehidupan di sekolah. Amalan ini bertujuan membentuk sikap mesra, berhemah serta saling menghormati antara murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Selain itu, pelancaran Program Minda Sihat turut memberi pendedahan awal kepada murid bahawa pelbagai aktiviti berkaitan kesejahteraan emosi, pengurusan diri serta sokongan psikososial akan dilaksanakan sepanjang tahun. Inisiatif ini bertujuan membantu murid memahami kepentingan menjaga kesihatan mental, mengurus emosi dengan baik serta membina daya tahan diri dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan kehidupan.

Program ini diharapkan dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi, sahsiah dan sosial, di samping mengamalkan budaya penyayang dalam kehidupan seharian serta menyumbang kepada pembentukan persekitaran sekolah yang ceria, harmoni dan sejahtera.

πŸ“Έ Sekitar momen Pelancaran Program Sekolah Penyayang & Program Minda Sihat SK Kota Warisan 2026

[Program Sayangi Diri SK Kota Warisan 2026]πŸ“… Hari: SelasaπŸ“† Tarikh: 3 Februari 2026⏰ Masa: 7.30 pagi - 9.00 pagi (Tahun 6...
10/03/2026

[Program Sayangi Diri SK Kota Warisan 2026]
πŸ“… Hari: Selasa
πŸ“† Tarikh: 3 Februari 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi - 9.00 pagi (Tahun 6)
πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka, SK Kota Warisan
πŸ‘₯ Sasaran: Murid Perempuan Tahap 2 SK Kota Warisan

Program Sayangi Diri telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada murid perempuan tentang kepentingan menjaga diri, menghargai nilai diri serta membina keyakinan dan harga diri yang positif. Program ini memberi penekanan kepada aspek penjagaan diri, keselamatan diri, batas pergaulan serta kesedaran tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri sebagai remaja yang sedang membesar.

Program ini diharapkan dapat membentuk murid perempuan yang lebih berkeyakinan, berpengetahuan tentang penjagaan diri serta mampu membuat keputusan yang positif demi kesejahteraan diri, seterusnya membesar sebagai individu yang berakhlak mulia dan berdaya saing.

πŸ“Έ Sekitar momen Program Sayangi Diri SK Kota Warisan 2026

Address

Kota Warisan
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaunseling SKKW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category