PIBG KV Sepang

PIBG KV Sepang Platform rasmi PIBG Kolej Vokasional Sepang
Menghubungkan ibu bapa, komuniti & pihak kolej
ke arah kecemerlangan pelajar
Stronger Together

24/08/2026
25/07/2026

🧠 Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

Kenali 7 tanda awal masalah kesihatan mental seperti perubahan emosi, gangguan tidur, perubahan selera makan, kehilangan minat, kesukaran untuk fokus, perasaan kosong dan gejala fizikal tanpa sebab yang jelas.

Mengenal pasti tanda awal membolehkan bantuan diberikan lebih awal. Jangan abaikan kesihatan mental diri sendiri atau orang di sekeliling anda. ✨️

Anda tidak keseorangan. Bantuan sentiasa ada. 💙🤍

25/07/2026
Dengan penuh rasa syukur, saya menerima Watikah Pelantikan Semula sebagai Focal Person PIBKS Daerah Sepang bagi sesi 202...
14/07/2026

Dengan penuh rasa syukur, saya menerima Watikah Pelantikan Semula sebagai Focal Person PIBKS Daerah Sepang bagi sesi 2026–2028 daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Hamid Mohamad,Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.
Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang atas kepercayaan yang terus diberikan. Amanah yang saya galas sejak tahun 2020 ini akan terus saya laksanakan dengan penuh komitmen dan keikhlasan.
Insya-Allah, saya akan terus memperkukuh kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta demi kecemerlangan pendidikan di Daerah Sepang.
"Amanah diteruskan, kolaborasi diperkasakan, pendidikan dimartabatkan."

10/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah Kolej Vokasional Sepang, barisan Timbalan Pengarah, pa...
10/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengarah Kolej Vokasional Sepang, barisan Timbalan Pengarah, para pentadbir serta semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah hadir dan menjayakan Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2026/2027.
Banyak perkara penting telah dibincangkan, khususnya berkaitan kebajikan pelajar, pengurusan asrama serta perancangan pelbagai program dan aktiviti yang akan memberi manfaat kepada warga Kolej Vokasional Sepang.
Semoga segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui semangat kerjasama dan komitmen semua pihak. Terima kasih atas sokongan dan dedikasi yang diberikan.

Tahniah kepada Team VenturoX dari Kolej Vokasional Sepang atas kejayaan cemerlang menjuarai peringkat Selangor serta mer...
15/06/2026

Tahniah kepada Team VenturoX dari Kolej Vokasional Sepang atas kejayaan cemerlang menjuarai peringkat Selangor serta meraih anugerah Best Engineered Car dan Fastest Car.
Semoga terus melakar kejayaan di pentas STEM Racing National Finals Malaysia 2026 dan mengharumkan nama KVS,Selangor serta Malaysia.
Syabas dan selamat maju jaya Team VenturoX! 🏆

20/05/2026
Berbesar hati dapat berkunjung hormat bertemu sahabat lama, YBhg. Datuk Noorazli Said selaku Penyelaras DUN Dengkil.Semo...
18/05/2026

Berbesar hati dapat berkunjung hormat bertemu sahabat lama, YBhg. Datuk Noorazli Said selaku Penyelaras DUN Dengkil.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat serta segala urusan dan amanah yang dipikul sentiasa dipermudahkan. Terima kasih atas layanan mesra serta perkongsian pandangan yang cukup bermakna dan bermanfaat.
Moga silaturahim ini terus berkekalan demi kebaikan bersama serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Address

Jalan Dengkil, Dengkil
Sepang
43800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG KV Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PIBG KV Sepang:

Shortcuts

Share

Category