Bacalah - Belajar Mengaji

Bacalah - Belajar Mengaji

Share

Medium belajar mengaji terkini walau di mana anda berada. Tiada ALASAN untuk menolak.

17/07/2023

Solat lah walaupun u olls belum baik,
Solat lah walaupun u olls masih s**a berbuat dosa,
Solat lah walaupun u olls masih belum menutup aurat,
Solat lah walaupun u olls s**a berbohong,
Solat lah walaupun u olls masih s**a mengumpat,
Solat lah walaupun u olls sudah berlumuran dosa.

Kerana dengan solatlah hal-hal yang buruk yang sering kita lakukan akan berkurang secara bertahap.

Sentap betul peringatan ni.. betul la orang kata, kebenaran itu menyakitkan.

Jika dosa itu u olls nampak, dah tentu secalit pun tak nak buat. Tapi disebabkan tak nampak, u olls menidakkan dan buat buat tak nampak dan tak alert.

Pesanan ini untuk saya juga..
SOLATLAH..

Selamat pagi☺️


30/06/2023

Nabi Ibrahim tidak disuruh bunuh anaknya Nabi Ismail. Bukan ayat arahan untuk sembelih Ismail. Allah suruh Nabi Ibrahim bunuh rasa memiliki terhadap Ismail.

Bunuh rasa hak hakiki memiliki itu. Bunuh rasa sayang pada dunia. Hakikatnya apa pun yang kita ada hari ini adalah kepunyaan ALLAH.

Raya korban ini bukan sekadar korbankan binatang. Saya ulang, bukan ye.. Tapi korban rasa pemilikan pada benda benda kecil yang ada dalam diri setiap insan. Rasai semua pemilikan adalah milik Allah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua followers seorang insan bernama Hartini Hamid.


20/05/2023

Hidup ini keras dan tidak mudah tetapi Allah berjanji setiap kesulitan ada kemudahan. Maka carilah..

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua..


20/05/2023

Jika anda seorang yang menggemari untuk belajar kosa kata bahasa Arab Al Quran dan ada keinginan yang mendalam untuk mempelajarinya dengan mudah, saya excited untuk berkongsi dengan anda tentang apps Think Quran. Apps ini adalah sebagai alat pembelajaran kosa kata Bahasa Arab Al Quran yang fokus kepada memperkaya kosa kata anda dengan perkataan yang berulang dalam Al-Quran.

Dalam journey saya belajar kosa kata bahasa Arab terutama untuk memahami kalimah dalam Al Quran, saya berdepan dengan banyak cabaran dan kes**aran. Tapi, melalui penggunaan apps Think Quran, saya dapat merasakan perbezaan yang ketara dalam pemahaman saya tentang kosa kata yang sering digunakan dalam Al-Quran. Sekarang, saya terpanggil untuk bantu anda merasakan pengalaman yang sama.

Saya akan mula berkongsi dengan anda semua pengalaman saya belajar kosa kata yang indah dalam Al-Quran dengan cara yang menyeronokkan dan mudah diingat. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kefahaman anda tentang kosa kata bahasa Arab Al-Quran.

Teruskan follow dan like page Bacalah - Belajar Mengaji dan jangan lepaskan sebarang content menarik yang akan saya kongsi dengan anda semua. Bersama-sama, kita akan mencapai keistimewaan dalam mempelajari kosa kata bahasa Arab al-Quran.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin berbincang mengenai aplikasi Think Quran, jangan teragak agak untuk menghubungi saya. Saya dengan hati yang terbuka akan membantu anda dalam apa je bentuk persoalan yang diperlukan.

Saya dahului ucapan terima kasih kepada anda yang menyokong saya dalam journey ini. Jom kita mulakan bersama sama dan rasakan pengalaman belajar 31 kosa kata secara PERCUMA di aplikasi Think Quran sekarang untuk meningkatkan pemahaman kita tentang kosa kata bahasa Arab al-Quran.

Jangan lupa untuk Like dan Share FB Page saya untuk dapatkan content menarik setiap hari. Jom bersama saya dalam perjalanan belajar kosa kata Bahasa Arab ini.

17/05/2023

Kita mesti mempunyai niat ingin belajar al-Quran, tapi bermonolog sendiri. Boleh ke saya belajar Al-Quran walau umur dan meningkat ini?

Jangan risau! Di sini kami kongsikan tip untuk belajar al-Quran.

1. Tajdid niat kerana Allah S.W.T.
2. Mendengar bacaan ayat al-Quran
3. Mengulang-ulang bacaan ayat al-Quran.
4. Mulakan dengan perlahan-lahan.
5. Tidak berputus asa.

Kaedah belajar mudah kosa kata bahasa arab Al-Quran menggunakan Think Quran.


30/04/2023

Alhamdulillah rezeki memang tidak salah alamat. Usahakan untuk jadi diri sebagai magnet rezeki. Al Quran salah satu penarik rezeki yang super kuat terutama apabila kita berusaha faham setiap kosa kata Nya.

17/04/2023

Semoga Al-Quran sentiasa tersemat di hati kita.

"Ya Allah, jadikan diri kami sentiasa membaca Al-Quran dan mempelajarinya."

"Ya Allah, jadikan diri kami mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran."

"Ya Allah, jadikan diri kami orang yang dapat menyebarluaskan ajaran Al-Quran agar diri kita selamat daripada murka Allah, laknat dan kebencian-Nya."

Aa miinn 🤲🏻

InsyaAllah..

15/04/2023

Al-Quran mampu melembutkan hati, maka janganlah biarkan hari hari kita berlalu tanpa membaca Al-Quran, bacalah walaupun hanya satu muka surat.

15/04/2023

Semoga kita semua dipermudah segala urusan, diterima segala kebaikan dan dikurniakan kejayaan dunia akhirat.

12/04/2023

Orang yang bersih hatinya, mereka tidak akan pernah kenyang untuk sentiasa membaca dan bersama Al-Quran.

Kebersihan hati kita dapat diukur melalui hubungan kita dengan Al-Quran.

Andai kita cepat jemu, rasa malas untuk membaca Al-Quran, mungkin ketika itu hati kita tengah kotor.

Muhasabahlah. Bersihkanlah hati dengan zikir dan istighfar. Moga kita akan rasa cinta dengan Al-Quran.

23/07/2021

Jangan terlalu lama tak baca Al-Quran, nanti lidah jadi keras, bacaan jadi gagap. Nak baca pun tak lancar, tajwid berterabur. Sama-sama kita muhasabah.


Want your school to be the top-listed School/college in Sepang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00