SRITI BBST Sepang

Call Directions Contact the school

SRITI BBST Sepang SRITI TAHFIZ BBST ditubuhkan pada tahun 2019. SRITI menjadi kesinambungan kepada anak-anak lepasan tadika yang menitik-beratkan hal ehwal agama.

SRITI juga ingin memastikan pendidikan agama pelajar semakin terkehadapan

*💫 SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2026 💫*🤲🏻 اللهم يسر ولا تعسر، اللهم تمم بالخيرYa Allah, kami ...
21/09/2026

*💫 SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2026 💫*

🤲🏻 اللهم يسر ولا تعسر، اللهم تمم بالخير

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar dipermudahkan segala urusan calon-calon PSRA. Ilhamkanlah jawapan yang tepat ketika mereka menjawab setiap soalan, tenangkan hati mereka, lapangkan fikiran mereka serta kurniakanlah kejayaan yang cemerlang.

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekalan untuk membentuk mereka menjadi insan yang soleh, berilmu dan hebat pada masa hadapan. 🤲🏻

Sekalung doa dipanjatkan buat murid-murid Tahun 6 SRITI Bandar Baru Salak Tinggi yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2026.

📍 DOA MEMOHON KEJAYAAN

‎اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضَاءِ، وَمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ، وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ، وَالنَّصْرَ عَلَى الْأَعْدَاءِ

“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, kedudukan bersama para syuhada, kehidupan orang-orang yang bahagia serta kemenangan atas segala kesukaran.”

مَعَ التَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ 🤲🏻✨

Kami membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk bekerja di SRITI SepangPenempatan di SRITI BBSTGuru : kekosongan ...
11/08/2026

Kami membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk bekerja di SRITI Sepang
Penempatan di SRITI BBST
Guru : kekosongan 1 (Keutamaan calon lelaki)
In Sya Allah kita sediakan
1. Makan dan minum
2. EPF & SOCSO
3. Kenaikan tahunan
Sekiranya berminat boleh hantar resume ke:
[email protected]
[email protected]
Hubungi:
0147391080 (ainullutfi)
0105382019 (admin)

Membina generasi rabbani murobbi

𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐄𝐍𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐍𝐄𝐑Sekitar suasana anak-anak tahun 6 yang sedang mengulangkaji bersama rakan-rakan dalam kumpulan belaj...
09/08/2026

𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐄𝐍𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐍𝐄𝐑

Sekitar suasana anak-anak tahun 6 yang sedang mengulangkaji bersama rakan-rakan dalam kumpulan belajar (study group).

Antara inisiatif pihak sekolah mengadakan program “Smart Parent Partner” yang melantik sebahagian ibu ayah sebagai mentor dalam kumpulan belajar anak-anak tahun 6 khususnya yang bakal menghadapi ujian besar PSRA nanti.

Semoga usaha ini meningkatkan semangat anak-anak untuk lebih kuat ulangkaji subjek-subjek akademik khususnya diniyah. Semoga anak-anak SRITI BBST terus cemerlang dan maju jaya dunia akhirat.

𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙂𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙍𝙖𝙗𝙗𝙖𝙣𝙞 𝙈𝙪𝙧𝙖𝙗𝙗𝙞


Kami membuka peluang kepada mereka yang berminat… untuk bekerja di sriti sepang…Penempatan di SRITI BBSTGuru : kekosonga...
12/05/2026

Kami membuka peluang kepada mereka yang berminat… untuk bekerja di sriti sepang…
Penempatan di SRITI BBST
Guru : kekosongan 2
Penolong Pembantu dapur : kekosongan 1
In Sya Allah kita sediakan
1. Makan dan minum
2. ⁠epf & socso
3. ⁠kenaikan tahunan
Sekiranya berminat boleh hantar resume ke:
[email protected]
[email protected]
Hubungi:
0147391080 (ainullutfi)
0105382019 (admin)

Membina generasi rabbani murobbi

*PENDAFTARAN SESI 2027 SRITI SEPANG* *BBST / KOTA WARISAN* 𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 *w.b.t...* Pihak pengurusan SRITI SEPANG memb...
14/04/2026

*PENDAFTARAN SESI 2027 SRITI SEPANG*
*BBST / KOTA WARISAN*

𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 *w.b.t...*
Pihak pengurusan SRITI SEPANG membuka peluang kepada Ibubapa/penjaga yang ingin menghantar anak-anak ke SRITI BBST / Kota Warisan.

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧:
1- Silibus KPM + JAIS + Pra Tahfiz
2- Waktu Persekolahan :
7.30 Pagi - 5.00 Petang

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:
1- Mampu menghafal surah-surah
pendek.
2- Warganegara Malaysia

𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 *:* *RM250*
(*WAJIB* sertakan Resit Dalam Google Form Pendaftaran)

> Tarikh Tutup Pendaftaran & Penghantaran Borang : 30 April 2026 (Pihak Pengurusan boleh meminda tarikh)
>𝐊𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢 𝐛𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 :

1. Pautan Pendaftaran 2027 :
- https://forms.gle/PnAznffiKVTWSRxAA (BBST)
- https://forms.gle/2xqmS8RxVXeqEzo2A (KOTA WARISAN)

2. Dokumen Pendaftaran : https://drive.google.com/drive/folders/1Icc5B5mzkHqF6EcJnDzwyUyyULH1FWtt *(WAJIB HANTAR BORANG LENGKAP KEPADA PIHAK SEKOLAH)*
- Borang pendaftaran.
- ⁠Borang kesihatan murid.
- ⁠Rekod Ctos & Cris
- ⁠Penyata gaji yang disahkan / Borang pengesahan pendapatan yang disahkan

*kesemua borang ini hendaklah di muat naik di googleform, kemudian boleh dihantar ke sekolah


Pembayaran boleh dibuat ke akaun: 𝐌𝐀𝐘𝐁𝐀𝐍𝐊 : 𝟓𝟔𝟐𝟑𝟕𝟓𝟒𝟎𝟗𝟐𝟗𝟗 (𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐔𝐑𝐂𝐄𝐒)

𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭, 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢:
0147391080 (Pengerusi SRITI)
01111415845 (Pengetua Kota Warisan)
01135509987 (Admin SRITI KW)
0105382019 (Admin SRITI BBST)



🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🌙۞ الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، ولله الح...
20/03/2026

🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🌙

۞ الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد ۞

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita merafakkan kepada Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan kepada kita kerana memberi kita peluang melalui bulan Ramadan bulan yang penuh barakah.

Moga-moga Ramadan yang kita tempuhi pada tahun ini menjadi satu madrasah buat diri kita untuk lebih menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah, sabar dalam mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

Bersempena ketibaan Aidilfitri pada tahun ini, marilah kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim, saling memaafkan antara satu sama lain, memupuk sifat-sifat mahmudah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah .

Dikesempatan ini juga pihak SRITI Bandar Baru Salak Tinggi mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin” kepada semua.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga tercinta.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ، وجعلنا وإياكم من العائدين والفائزين والمقبولين ، كل عام وأنتم بالخير .

𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐁𝐁𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐁𝐁𝐈



‘idinwalfaizin

🕌 Majlis Khatam al-Quran Dan Iftar Perdana SRITI BBST 2026 🕌📍Perhatian ibu bapa / penjaga murid SRITI BBST, Assalamualai...
06/03/2026

🕌 Majlis Khatam al-Quran Dan Iftar Perdana SRITI BBST 2026 🕌

📍Perhatian ibu bapa / penjaga murid SRITI BBST,

Assalamualaikum wbt

Merujuk perkara & poster diatas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan *Majlis Khatam al-Quran Dan Iftar Perdana* mengikut ketetapan berikut:
📌 Tarikh : 6 Mac 2026
📌 Hari : Jumaat
📌 Masa : 5.30 petang - sebelum 8.15 malam*
📌 Tempat : Dewan SRITI BBST (Sebelah Blok Baru)
📌 Penglibatan : Semua Murid, Guru & Staff SRITI BBST SAHAJA

📝Bagi persiapan program pada hari tersebut, murid dibenarkan untuk pulang pada pukul 12.30 petang

Sebarang persoalan & kemusykilan boleh hubungi Muallim Asyraf (010-336 9910)

Kerjasama & sokongan dari semua ibu bapa/penjaga amat dihargai.

Sekian, Terima kasih.

🌟 AYUH BERSAMA MEMBINA GENERASI CEMERLANG! 🌟🎉 Mahrajan Amal Islami (MAIS) SRITI Kawasan Sepang📅 Tarikh: Sabtu, 4 April 2...
06/03/2026

🌟 AYUH BERSAMA MEMBINA GENERASI CEMERLANG! 🌟

🎉 Mahrajan Amal Islami (MAIS) SRITI Kawasan Sepang
📅 Tarikh: Sabtu, 4 April 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi - 2.30 petang
📍 Tempat: SRITI Kota Warisan

✨ Dipenuhi dengan aktiviti menarik, ilmu bermanfaat dan pengalaman bermakna.

"Bittaufiq Wannajah"




🎊 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 🎊9A - 12 orang 8A - 12 orang 7A - 3 orang 6A - 5 orang 5A - 7 orang 4A - 5 orang3A ...
02/03/2026

🎊 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐏𝐊𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟓 🎊

9A - 12 orang
8A - 12 orang
7A - 3 orang
6A - 5 orang
5A - 7 orang
4A - 5 orang
3A - 3 orang
2A - 4 orang

Pihak Sriti BBST mengucapkan tahniah dan syabas buat anak-anak yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2025.

Semoga kejayaan ini terus menjadi batu loncatan dan semangat kepada murid-murid untuk terus menimba ilmu di mana jua berada. Apa pun keputusan yang diperolehi sedikit sebanyak menjadi pencetus langkah untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.



Selamat BERBUKA……………………….Alhamdulillah dah masuk 2 Ramadan malam ni. Semoga amalan kita diterima……………………….JOM TUNAIKAN Z...
21/02/2026

Selamat BERBUKA
……………………….
Alhamdulillah dah masuk 2 Ramadan malam ni. Semoga amalan kita diterima
……………………….
JOM TUNAIKAN ZAKAT FITRAH
boleh scan ATAU klik link : https://kirazakat.com/?ref=stst
……………………….
Manfaat berzakat dengan SRITI SEPANG:
💵 boleh claim cukai
🍉 Menerima semua bentuk jenis Zakat.
……………………….
Sedikit sebanyak zakat tuan puan, dapat membantu *Pembangunan* SRITI SEPANG
……………………….
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami: wasap.my/60147391080/zakatsritisepang

Address

Sepang

Telephone

+60147391080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI BBST Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI BBST Sepang:

Shortcuts

Share