28/10/2024
Bayan Maghrib Perdana
Bahaya Perkauman dan Permusuhan di sebabkan Warna Kulit
IJTIMAK DAKWAH DUNIA
Pembayan : Hazratji Maulana Saad DB
Penterjemah Melayu : Maulana Lutfi Muharam
Kemuliaan manusia bukan di sebab keturunan atau warna kulit.Allah tidak melihat warna kulit dan Paras rupa seseorang ,tapi Allah Melihat Hati dan Amal seseorang hamba.sejauh mana seseorang itu amal Agama, tinggi dan mulia lah dia disisi Allah, sebaliknya jika di kurang amal Agama, maka rendahlah dia di sisi Allah .Kayu ukur kemuliaan seseorang ialah sifat Takwa kepada Allah.
Yg paling Mulia di sisi Allah ialah orang yg paling bertaqwa di kalangan kamu.untuk jawatan yg besar seperti Muazin..panggil orang solat.kerja yg sgt mulia .ramai orang nak.Tapi Rasullah Saw Tak beri kepada Muhajirin juga tidak kepada Ansar, tidak kepada Keluarga Nabi Saw Ahli bait juga tidak kepada Arab Quraisy ..Nabi Saw telah berikan kepada Saidina Bilal yg merupakan orang kulit Hitam dari Habsyah ..
Jawatan yg mana setiap hari orang akan dengar suara dia..sehari lima waktu.setiap Hari panggil orang solat..jawatan yg sgt mulia..walaupun sahabat lain juga ada minta .Nabi Saw telah memecahkan asobiyah dan perkauman ketika itu dgn memberikan jawatan yg sgt mulia iaitu Muazin kepada Saidina Bilal Bin Rabah.
Dalam Mazhab Imam Syafie rah. Jika di bandingkan Imam dan Muazin, Muazin lebih besar Pahalanya...Muazin akan tinggi tengkuknya di Padang Mahsyar.inilah kemuliaan yg Allah beri kepada Para Muazin di Mahsyar.semua orang akan nampak dia.Jawatan yg begini mulia , pertama-tama kalinya Rasulullah Saw berikan kepada Saidina Bilal yg berkulit Hitam .
Saidina Usman Bin Zaid Ra merupakan anak Zaid bin Haritsah R.a anak angkat Nabi Saw dan ibunya ialah Ummu Aiman Barakah Binti Tsa'labah Ra yg merupakan hamba ayah Nabi Saw bahkan telah menjadi seperti Ibu Angkat Nabi Saw ..Zaid bin Harisah Ra ini merupakan satu-satunya Sahabat yg Namanya Allah sebut dalam Quran secara Jelas.anaknya Usamah Bin Zaid Ra berkulit hitam sebab ibunya Ummu Aiman hamba Habsyah berkulit hitam.
Dalam perjalanan Haji Nabi Saw dari Arafah ke Mudzalifah , Nabi Saw tunggu seseorang , maka semua Sahabat dalam cuaca yg panas turut menunggu, rupanya Nabi Saw tunggu Usamah bin Zaid kerana masa haji dari Arafah ke Mudzalifah Itu , Usamah Bin Zaid Ra yg waktu itu membonceng di belakang Nabi Saw, Usamah bin Zaid lewat sampai .ada orang Yaman telah berkata , kita lambat kena tunggu hanya kerana Budak Hitam ini..Allah sgt benci perkataan sedemikian.Rasulullah Saw sgt tidak s**a perkataan itu ..Allah tak s**a perkataan itu...lelaki Yaman itu akhir hayatnya mati dalam keadaan murtad ..
Ada kalanya seseorang itu menghina kerana sebab bangsa dan warna kulit .merendahkan orang .yg mana dgn perbuatan itu Allah tak s**a dan boleh jadi penyebab dia mati dalam keadaan terkeluar Iman..
Saidina Usamah Bin Zaid ni macam cucu Nabi betul sebab Zaid Bin Harisah anak angkat Nabi Saw.jadi selalu lah dia ada dgn Nabi Saw dan di rumah Nabi Saw..Pernah satu kali dia terjatuh dan luka...Saidatina Aisyah R.a adalah sedikit perasan kurang selesa nak bersihkan luka tersebut .
Maka Nabi Saw sendiri yg bersihkan dan sisip darah dari luka Usamah bin Zaid seolah-olah Baginda Saw menunjukkan kaedah rawatan .kata Saidatina Aisyah bila melihat sifat Nabi Saw itu terus hilang rasa tak selesa pada Usamah.terus rasa sayang pada anak ini..
Antara wasiat Rasulullah Saw ialah menghantar Jemaah yg di pimpin oleh Saidina Usamah Bin Zaid Ra..Maka Abu Bakar Ra segerakan jemaah ini selepas kewafatan Nabi Saw walaupun ramai tak setuju tapi Abu bakar kata inilah wasiat Nabi Saw..Usamah bin Zaid ni muda baru dalam umur 18 tahun ..Ahli jemaah nya semua orang lama termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar ..asbab Jemaah ini di keluarkan ,maka Allah telah selesaikan segala fitnah yg ada pada waktu selepas kewafatan Nabi Saw hinggakan tentera Rom tak jadi menyerang Kota Madinah.
Ada orang pertikaikan , kenapa budak ni di lantik jadi Amir ..Maka kata Saidina Abu Bakar kalau kamu tak setuju dia jadi Amir bermakna kamu juga Tak setuju perlantikan Rasulullah Saw terhadap bapanya menjadi pimpinan di perang Muktah dulu .
Dalam Perang Khaibar, Saidina Ali Ra boleh buka seorang diri sahaja pintu Khaibar yg sepatutnya di buka oleh 20 orang .selepas perang, orang puji Saidina Ali depan Rasulullah Saw, Ali hebat , luar biasa..tapi Nabi Saw tak mengiyakan..
Nabi Saw kata Saidina Abu Dujanah juga hebat juga .buat yg sama juga .kerana Nabi Saw tak mahu lebihkan seseorang itu sebab keluarga Nabi Saw.Nabi akan puji orang lain juga .
Adalah satu perkara yg sgt penting untuk kita keluar Dakwah dgn jemaah pelbagai kaum atau suku atau berbeza tempat, jangan keluar dgn orang yg sama sahaja ,jangan keluar dgn sesama bangsa kita sahaja atau sesama suku kita sahaja ,dengan kaedah ini akan memecahkan kesombongan dan perkauman ini..
Sebagai orang beriman sangatlah penting kita mengusahakan Sifat Akhlak yg mulia..seseorang itu tidak akan capai sifat Akhlak yg mulia melainkan dia keluar Jalan Allah...ramai tidak setuju dgn pendapat ini tapi dengarlah apa yg saya nak sampaikan.
Sebab orang yg mempunyai akhlak ni ialah mereka yg boleh bersabar dgn pelbagai karakter , perangai dan sifat manusia .jadi bila dia dapat sabar inilah Akhlakul Karimah .dan sifat ini kita hanya akan dapat belajar ketika kita keluar jalan Allah kerana sewaktu keluar Jalan Allah, kita akan jumpa pelbagai jenis manusia ..kita tidak akan kenal seseorang melainkan telah musafir..mengembara ..khususnya mengembara di Jalan Allah..
Seseorang puji seseorang depan Saidina Umar R.a..Saidina Umar tanya kamu dah musafir dgn dia ke..maksudnya dgn bermusafir itu kita akan kenal dgn seseorang.
Dalam usaha Dakwah ini kita jangan ada perkauman bukan saja dari segi rupa bahkan dari segi Bahasa.contohnya merekalah patut buat dakwah ,sebab mereka boleh berbahasa arab .ataupun mereka boleh bahasa urdu..
kita eksklusif kan dakwah ni pada orang tertentu sahaja..ini salah.seolah-olah kita yg boleh berbahasa sekian-kian kita lah yg paling faham usaha Dakwah .tidak..jangan memperlekeh kan orang sebab kita pandai bahasa sekian-sekian..Usaha Dakwah ini adalah Tanggungjawab semua..semua orang kulit hitam , kulit putih ..lelaki wanita ..orang tua ..kanak2..terpelajar buta huruf..pandai bahasa, tak pandai bahasa perlu di libatkan dalam kerja Dakwah ..
Untuk itu semua sedia insyAllah keluar Jalan Allah...
Us Khann Da'ie
Muhajir Madani