Sriti Kota Warisan

Sriti Kota Warisan SRITI KOTA WARISAN ditubuhkan pada tahun 2021. SRITI menjadi kesinambungan kepada anak-anak lepasan tadika yang menitik-beratkan hal ehwal agama.

SRITI juga ingin memastikan pendidikan agama pelajar semakin terkehadapan. Sekiranya tuan & puan ingin menyumbang ke SRITI KOTA WARISAN, di bawah pengendalian SRITI Sepang Resources, tuan puan boleh menyumbang ke akaun Maybank: 562375409299 (SRITI SEPANG RESOURCES). Semoga sumbangan tuan puan Allah kurniakan rezeki yang barakah dan luas.

09/08/2026

๐˜พ๐™ค๐™ง๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž ๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™ก๐™ž๐™  ๐™จ๐™š๐™—๐™ช๐™–๐™ ๐™„๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™–๐™ฃ: ๐™ˆ๐™„๐™Ž๐™„ ๐™ƒ๐˜ผ๐™-๐™๐™๐™„๐˜พ๐™† ๐™†๐™€๐™Ž๐™๐™‚๐˜ผ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah SWT.

Hari ini, kita berdiri bukan sekadar sebagai pemenang.

Hari ini, kita berdiri sebagai sebuah pasukan yang telah membuktikan bahawa kita tidak mudah mengalah!

Kita telah membuktikan bahawa SRITI Selangor mempunyai jiwa juara!

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Kontinjen SRITI Negeri Selangor yang telah berjaya merealisasikan Misi Hat-Trick KESUGA 2026, di bawah kepimpinan Ustaz Arif Helmi S. Azmi.

Alhamdulillah, Allah dah kabulkan doa kita.

Tetapi saya mahu semua kita ingat satu perkara...

Kemenangan ini bukan kemenangan yang mudah!

Hanya kita yang berada dalam perjalanan ini tahu bagaimana susahnya untuk sampai ke tahap ini.

Ada ketika kita diuji,
Ada ketika kita hampir patah semangat, Ada ketika kita tertanya-tanya..

โ€œBolehkah kita pertahankan kejuaraan ini?โ€

Tetapi kita tidak berhenti,
Kita tidak mengalah,
Kita terus mencari ruang.
Kita terus mencari peluang.
Kita terus berusaha.
Dan selagi ada ruang untuk kita berjuang...

Kita akan berjuang!
Selagi ada peluang...
Kita akan rebut peluang itu!
Dan selagi Allah memberikan kita kekuatan...

Kita akan terus melangkah!
Akhirnya, dengan izin Allah SWT...

๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ง-๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

ALHAMDULILLAH..

Saya ingin mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kontinjen SRITI Selangor.

Terima kasih kepada Pengurus setiap acara

Terima kasih kepada para Jurulatih yang tidak pernah jemu membimbing anak-anak SRITI.

Terima kasih kepada Guru-Guru Pengiring yang sentiasa bersama para atlet, menjaga kebajikan dan memberikan sokongan.

Dan paling utama...

Tahniah kepada seluruh ๐—”๐˜๐—น๐—ฒ๐˜ ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ

Kalianlah yang turun ke gelanggang.

Kalianlah yang berlari.
Kalianlah yang berjuang.
Kalianlah yang membawa nama SRITI Selangor.
Dan kalian telah melakukannya dengan penuh keberanian dan semangat juang!

Muallim bangga dengan kalian!

Muallim terharu melihat perjuangan kalian!

Dan Muallim sangat teruja melihat komitmen yang kalian tunjukkan sehingga ke saat terakhir.

Tidak dilupakan...

Terima kasih kepada ibu dan ayah. Doa kalian mengiringi setiap langkah anak-anak. Sokongan kalian memberikan kekuatan kepada mereka.

Dan tidak dilupakan kepada seluruh para penyumbang, yang memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk...

Jazakumullahu khairan kathira.

Mungkin nama kalian tidak disebut di sini.

Tetapi percayalah...

Sumbangan kalian adalah sebahagian daripada kemenangan ini.

Saya juga ingin memberikan ucapan tahniah dan terima kasih secara khusus kepada seluruh team Sektor Pembangunan Murid SRITI Selangor, di bawah pimpinan Ustaz Aizat Izzati Abd Razak.

Kalian telah menunjukkan bahawa apabila kita bekerja dalam satu pasukan...

Apabila kita mengetepikan kepentingan diri...

Apabila kita menggabungkan tenaga, pengalaman dan kepakaran...

Kita menjadi lebih kuat!
Inilah kekuatan sebenar kita.
Bukan seorang.
Bukan dua orang.
Tetapi kita semua!

Kejayaan hari ini mengajar kita satu perkara yang sangat besar.

Juara bukan lahir ketika menang.
Juara lahir ketika diuji.
Ketika kita hampir berputus asa...

Tetapi kita memilih untuk terus berjuang. Ketika keadaan tidak menyebelahi kita...

Tetapi kita memilih untuk terus percaya.Ketika jalan terasa sukar...

Tetapi kita memilih untuk terus melangkah.

Itulah mentaliti seorang juara!

Dan hari ini, kalian telah membuktikannya.

Kita bergerak dengan mentaliti juara.

Kita berjuang dengan jiwa juara.

Maka Allah izinkan kita membawa pulang kejuaraan!

Buat Anak-anak Muallim SRITI Selangor yang disayangi...

Simpan pengalaman ini.
Simpan perjuangan ini.
Simpan rasa susah yang kita lalui.

Kerana suatu hari nanti, apabila kalian berdepan dengan cabaran yang lebih besar dalam kehidupan...

Ingatlah hari ini.
Ingat bahawa kita pernah berada dalam keadaan hampir berputus asa...

Tetapi kalian terus bangkit.

Ingat bahawa kalian pernah berdepan dengan cabaran...

Tetapi kalian terus melangkah.

Dan ingat bahawa...
Dengan usaha, doa, kesatuan dan tawakal kepada Allah SWT, kita mampu mencapai sesuatu yang luar biasa.

Sekali lagi saya katakan...

MISI HAT-TRICK KITA BERJAYA!

Alhamdulillah!

KEMENANGAN INI ADALAH KEMENANGAN KITA BERSAMA!

Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat.

Jangan berhenti di sini.

Kita pertahankan apa yang telah kita capai.

๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ

๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ-๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Dan kita terus buktikan bahawa...

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—จ๐—”๐—ง

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—๐—œ๐—ช๐—”-๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”!

Tahniah Kontinjen SRITI Selangor!

ALHAMDULILLAH!

๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ง-๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ โ€” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”

๐—ญ๐—จ๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ข๐— ๐—”๐—ฅ
Pengarah
SRITI Selangor

09/08/2026

๐Ÿ”ฅ ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ง-๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐Ÿ”ฅ
๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ† 5 EMAS | 5 PERAK | 4 GANGSA ๐Ÿ†

Alhamdulillah! Syabas Kontinjen SRITI Selangor!

Untuk kali ketiga berturut-turut, SRITI Selangor sekali lagi membuktikan kehebatan di KESUGA SRITI Malaysia 2026 dengan mempertahankan gelaran JUARA KESELURUHAN!

Kejayaan ini adalah hasil semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh, serta doa dan sokongan padu seluruh warga SRITI Selangor. Kemenangan ini milik kita semua! ๐Ÿ’ชโค๏ธ๐Ÿ’›

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua atlet, jurulatih, guru pengiring, serta penyokong yang tidak pernah putus memberi semangat. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk kecemerlangan yang berterusan! ๐Ÿš€

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"




Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Alhamdulillah, seluruh warga SRITI Kota Warisan merakamkan setinggi-tinggi uc...
22/07/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, seluruh warga SRITI Kota Warisan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

๐ŸŒŸ Awfa Haseena Binti Nurazul

atas kejayaan terpilih mewakili Negeri Selangor ke KESUGA Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Pahang.

Pencapaian ini merupakan satu penghormatan untuk sekolah dan seluruh warga SRITI Kota Warisan. Semoga Awfa Haseena terus diberikan kesihatan, kekuatan, serta dipermudahkan urusan untuk memberikan persembahan terbaik di peringkat kebangsaan.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau berjaya mengharumkan nama SRITI Kota Warisan, Daerah Sepang dan Negeri Selangor.

Tahniah dan selamat maju jaya! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SRITI Kota Warisan.

โ€œTerus Melakar Kecemerlangan, Mengharumkan Nama Sekolah di Pentas Kebangsaan.โ€ ๐Ÿ†๐Ÿ’š

Alhamdulillah..๐ŸคฒDengan izin Allah SWT, murid SRITI Kota Warisan telah berjaya menamatkan penyertaan dalam KESUGA Negeri ...
15/07/2026

Alhamdulillah..๐Ÿคฒ

Dengan izin Allah SWT, murid SRITI Kota Warisan telah berjaya menamatkan penyertaan dalam KESUGA Negeri Selangor dan MSSD Bola Jaring.

Terima kasih kepada semua atlet yang berjuang tanpa mengenal penat, para jurulatih dan guru pengiring yang sentiasa membimbing, serta ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan doa dan sokongan.

Menang atau kalah bukanlah penamat, tetapi setiap pengalaman yang dilalui menjadi bekalan untuk terus belajar, memperbaiki diri dan melangkah lebih jauh.

Semoga semangat, disiplin dan ukhwah yang terjalin sepanjang kejohanan ini terus kekal. Insya-Allah, kita akan kembali dengan persiapan yang lebih baik pada masa akan datang.

Terima kasih atas setiap doa, sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

๐Ÿ’™ SRITI Kota Warisan, terus melangkah.

๐Ÿ† *SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN (KW) SRITI SEPANG*๐Ÿ†Assalamualaikum w.b.t.Seluruh warga SRITI Sepang mengucapkan selamat m...
07/07/2026

๐Ÿ† *SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN (KW) SRITI SEPANG*๐Ÿ†

Assalamualaikum w.b.t.

Seluruh warga SRITI Sepang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai Kontinjen KW yang akan mewakili *SRITI Sepang dalam Kejohanan Sukan Olahraga (KESUGA) SRITI Negeri Selangor 2026.*

Semoga setiap atlet diberikan kesihatan yang baik, semangat juang yang tinggi, disiplin yang cemerlang serta dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung.

Bertandinglah dengan penuh keyakinan, menjaga adab dan akhlak sebagai pelajar SRITI, serta memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama SRITI Sepang.

Terus berjuang, terus melakar kejayaan!

๐Ÿ’™๐Ÿค SRITI Sepang Hebat
๐Ÿ… KW Berjuang, SRITI Gemilang

๐Ÿ† ๐™†๐™€๐™…๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™Š๐™‡๐˜ผ๐™ƒ๐™๐˜ผ๐™‚๐˜ผ (๐™†๐™€๐™Ž๐™๐™‚๐˜ผ) ๐™Ž๐™๐™„๐™๐™„ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Š๐™ 2026 ๐Ÿ†โœจ Debaran semakin terasa, semangat semakin membara!Hari ...
04/07/2026

๐Ÿ† ๐™†๐™€๐™…๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™Š๐™‡๐˜ผ๐™ƒ๐™๐˜ผ๐™‚๐˜ผ (๐™†๐™€๐™Ž๐™๐™‚๐˜ผ) ๐™Ž๐™๐™„๐™๐™„ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Š๐™ 2026 ๐Ÿ†

โœจ Debaran semakin terasa, semangat semakin membara!
Hari yang dinanti-nantikan kini semakin hampir.

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat kesukanan dalam Kejohanan Sukan Olahraga (KESUGA) SRITI Negeri Selangor 2026 yang akan berlangsung seperti berikut:

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ•, ๐Ÿ– & ๐Ÿ— ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š, ๐‘๐š๐›๐ฎ & ๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐”๐Š๐Œ ๐๐š๐ง๐ ๐ข & ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Œ๐๐Š๐‰ ๐๐š๐ง๐ ๐ข

๐Ÿ… Sebanyak 4 acara sukan akan dipertandingkan, menghimpunkan para atlet muda SRITI dari seluruh Negeri Selangor untuk bersaing dengan penuh semangat, disiplin dan ukhuwah.

๐Ÿ’š ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚ ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด

"๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘–๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘ก, ๐‘ก๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘– ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ข๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž, ๐‘‘๐‘–๐‘ ๐‘–๐‘๐‘™๐‘–๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘ข๐‘›๐‘—๐‘ข๐‘˜๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘›."


PENDAFTARAN SESI 2027 SRITI SEPANG SRITI KOTA WARISAN๐€๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ข๐ค๐ฎ๐ฆ w.b.t...Pihak pengurusan SRITI SEPANG membuka pelua...
30/06/2026

PENDAFTARAN SESI 2027 SRITI SEPANG
SRITI KOTA WARISAN

๐€๐ฌ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ข๐ค๐ฎ๐ฆ w.b.t...
Pihak pengurusan SRITI SEPANG membuka peluang kepada Ibubapa/penjaga yang ingin menghantar anak-anak ke SRITI Kota Warisan.

๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง:
1- Silibus KPM + JAIS + Pra Tahfiz
2- Waktu Persekolahan :
7.30 Pagi - 5.00 Petang

๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค๐š๐ง ๐ข๐š๐ฅ๐š๐ก:
1- Mampu menghafal surah-surah
pendek.
2- Warganegara Malaysia

๐˜๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง : RM250
(WAJIB sertakan Resit Dalam Google Form Pendaftaran)

> Tarikh Tutup Pendaftaran & Penghantaran Borang : 30 Julai 2026 (Pihak Pengurusan boleh meminda tarikh)
>๐Š๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ข ๐ฉ๐š๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข ๐›๐จ๐ซ๐š๐ง๐  :

1. Pautan Pendaftaran 2027 :
- https://forms.gle/2xqmS8RxVXeqEzo2A (KOTA WARISAN)

2. Dokumen Pendaftaran : https://drive.google.com/drive/folders/1Icc5B5mzkHqF6EcJnDzwyUyyULH1FWtt (WAJIB HANTAR BORANG LENGKAP KEPADA PIHAK SEKOLAH)
- Borang pendaftaran.
- โ Borang kesihatan murid.(Perlu pengesahan doktor)
- โ Rekod Ctos & Cris
- โ Penyata gaji yang disahkan / Borang pengesahan pendapatan yang disahkan

Kesemua borang ini hendaklah di muat naik di google form, kemudian perlu dihantar ke sekolah.


Pembayaran boleh dibuat ke akaun: ๐Œ๐€๐˜๐๐€๐๐Š : ๐Ÿ“๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ•๐Ÿ“๐Ÿ’๐ŸŽ๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ— (๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐๐† ๐‘๐„๐’๐Ž๐”๐‘๐‚๐„๐’)

๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ, ๐‡๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐ข:
01111415845 (Pengetua Kota Warisan)
01135509987 (Admin SRITI KW)


๐ŸŒŸ UCAPAN PENGHARGAAN ๐ŸŒŸ๐Ÿคฒ Alhamdulillah, pihak SRITI Kota Warisan merakamkan setinggi-tinggi *penghargaan dan ucapan terim...
12/06/2026

๐ŸŒŸ UCAPAN PENGHARGAAN ๐ŸŒŸ

๐Ÿคฒ Alhamdulillah, pihak SRITI Kota Warisan merakamkan setinggi-tinggi *penghargaan dan ucapan terima kasih* kepada seluruh ibu bapa serta penjaga yang telah menyumbang kertas A4 sempena *Kempen 1 A4 1 Murid* yang berlangsung sepanjang bulan Mei yang lalu.

๐Ÿ“š Setiap helaian yang disumbangkan membawa nilai yang besar dalam membantu kelancaran proses pembelajaran dan pendidikan anak-anak di sekolah.

๐Ÿ’ Sesungguhnya, sokongan dan keprihatinan yang diberikan amat menyentuh hati serta menjadi bukti semangat kebersamaan dalam usaha membina generasi pewaris ummah.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT menerima segala sumbangan sebagai amal soleh yang berpanjangan dan mengurniakan keberkatan kepada para penyumbang serta keluarga.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

Pihak Pentadbiran,
Sriti Kota Warisan.

๐Ÿ“ข Jawatan Kosong Guru AkademikSRITI Kota Warisan menawarkan  1 kekosongan jawatan guru untuk mengajar Bahasa Inggeris & ...
24/04/2026

๐Ÿ“ข Jawatan Kosong Guru Akademik

SRITI Kota Warisan menawarkan 1 kekosongan jawatan guru untuk mengajar Bahasa Inggeris & Matematik.

๐Ÿ’ฐ Gaji RM1700 โ€“ RM1800
โœ… EPF & SOCSO
๐Ÿฝ๏ธ Makan & minum disediakan
๐Ÿ“ˆ Kenaikan tahunan

๐Ÿ“ž Hubungi:
Guru Besar: 011-1141 5845
Admin: 011-3550998
๐Ÿ“ง Resume: [email protected]

โœจ Jom sertai kami!

โ€œMembina Generasi Rabbani Murabbiโ€

Address

Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sriti Kota Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sriti Kota Warisan:

Shortcuts

Share