21/03/2021
Alhamdulillah.. Dengan izin Allah dapatlah SK Parit Kadir mengadakan majlis Watikah Perlantikan Pemimpin muda sekolah yang terdiri dari pengawas sekolah, pengawas pusat sumber & briged bestari sekolah. Majlis seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati serta berupaya membantu sekolah bagi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Tahniah kepada semua pemimpin muda yang telah dilantik dan semoga segala tugas & tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan sebaiknya. InsyaAllah.