06/09/2026
Apabila seorang anak mempunyai masalah membaca dan ibu bapa pernah diberitahu bahawa โIQ anak tinggi,โ kadang-kadang terus dibuat kesimp**an bahawa kalau kemampuan intelektualnya tinggi tetapi masih tidak boleh membaca, maka memang Dyslexia dan tidak perlu assessment lagi.
Sebenarnya, IQ yang tinggi tidak dengan sendirinya menentukan bahawa seseorang mempunyai Dyslexia.
Malah, kalau seseorang hanya memberitahu, โ๐๐ ๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ ๐ด๐ข๐บ๐ข 100โ120 ๐ฎ๐ข๐ค๐ข๐ฎ ๐ต๐ถโฆ ๐ต๐ช๐ฏ๐จ๐จ๐ช, ๐ฎ๐ข๐ค๐ข๐ฎ ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ถ๐ด, kita sebenarnya masih belum tahu apakah skor sebenar anak tersebut.
Dalam banyak ujian kecerdasan moden yang menggunakan skala IQ standard, skor sekitar 100 berada sekitar purata, bukannya โgeniusโ. Skor yang semakin tinggi daripada 100 menunjukkan prestasi yang semakin tinggi berbanding kump**an normatif ujian tersebut, tetapi 100 dan 120 bukan skor yang membawa maksud yang sama. Sebab itu julat yang diingati sebagai โ100โ120 macam tuโ tidak boleh terus ditafsir sebagai satu keputusan IQ yang tepat.
Kita perlu melihat laporan sebenar. Apakah instrumen yang digunakan? Adakah nombor itu overall IQ/Full Scale IQ, salah satu index score, percentile, confidence interval atau skor lain? Bila assessment dilakukan dan bagaimana keputusan itu ditafsirkan?
IQ juga bukan seperti markah peperiksaan. IQ 70 bukan bermaksud seseorang mempunyai 70% kecerdasan dan IQ 120 bukan bermaksud seseorang itu 20% lebih bijak daripada individu dengan IQ 100. Ia ialah skor berstandard yang perlu ditafsir berdasarkan instrumen dan norma yang digunakan.
Kalau IQ memang tinggi, bukankah masalah membaca itu mesti Dyslexia?
Tidak semestinya.
Kebolehan intelektual dan kemahiran membaca bukan perkara yang sama. Seorang anak boleh mempunyai penaakulan dan kebolehan menyelesaikan masalah yang baik tetapi masih mengalami kesukaran dalam phonological awareness, letter-sound knowledge, decoding, word reading, spelling atau reading fluency.
๐๐ฃ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ๐๐ก ๐ฟ๐ฎ๐จ๐ก๐๐ญ๐๐ ๐ผ๐จ๐จ๐ค๐๐๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ (๐๐ฟ๐ผ) dalam definisi Dyslexia yang dikemas kini pada 2025 memberi tumpuan kepada kesukaran word reading dan/atau spelling dari segi ketepatan, kelajuan atau kedua-duanya. IDA juga menjelaskan bahawa rujukan kepada โother cognitive abilitiesโ telah dikeluarkan daripada definisi kerana bukti tidak menyokong penggunaan jurang IQ-pencapaian atau profil kognitif untuk mengenal pasti Dyslexia. Kesukaran literasi pada tahap perkataan boleh berlaku merentasi pelbagai profil kognitif.
Jadi persoalan yang sepatutnya ditanya bukan, โIQ tinggi, jadi mesti Dyslexia?โ tetapi โApa sebenarnya yang menyebabkan anak ini sukar membaca?โ
Kita perlu melihat kemahiran membaca itu sendiri. Adakah anak sudah menguasai hubungan huruf-bunyi? Bagaimana phonological awareness, decoding, word reading, spelling dan fluency? Bagaimana p**a bahasa dan kefahamannya? Sejarah perkembangan, pengalaman pendidikan, pengajaran yang pernah diterima serta respons terhadap intervensi juga membantu kita memahami keseluruhan profil.
โTapi anak saya dah banyak kali buat assessmentโฆโ
Ini juga penting. Assessment terdahulu tidak semestinya perlu diulang, tetapi ia perlu diketahui dan diteliti.
Kalau anak pernah menjalani clinical IQ assessment, psychological assessment, educational assessment, terapi atau apa-apa penilaian lain, bawalah laporan tersebut kepada assessor seterusnya. Jangan sekadar mengatakan, โAnak saya dah pernah buat IQ test,โ โdoktor kata IQ dia tinggi,โ atau โdah pernah assessment Dyslexia,โ tetapi tiada laporan yang boleh dirujuk.
Laporan membolehkan assessor melihat apa yang telah dinilai, instrumen yang digunakan, bila assessment dilakukan, siapa yang menjalankannya, keputusan yang diperoleh dan bagaimana kesimp**an dibuat.
Membawa laporan p**a tidak bermaksud setiap keputusan terdahulu mesti diterima secara automatik. Assessor masih perlu melihat kesesuaian instrumen, tujuan assessment, kelayakan individu yang menjalankan dan mentafsirnya, hasil yang dilaporkan serta sama ada kesimp**an tersebut disokong oleh data.
Kalau assessment terdahulu dibuat dengan instrumen yang sesuai, oleh individu yang mempunyai kelayakan relevan, didokumentasikan dengan baik dan maklumatnya masih relevan, tidak semestinya ujian yang sama perlu dibuat semula.
Tetapi assessment terdahulu juga mungkin menjawab persoalan yang berbeza. Clinical IQ assessment yang lengkap mungkin sudah memberikan maklumat yang baik tentang intellectual functioning, tetapi ia tidak semestinya memberitahu kita tahap decoding, spelling, reading fluency, comprehension atau kemahiran akademik anak pada masa sekarang.
Untuk merancang intervensi, kita mungkin masih memerlukan baseline semasa supaya kita tahu apa yang sudah dikuasai, apa yang belum dikuasai dan di mana intervensi perlu dimulakan.
Sebab itu assessment yang baik bukan tentang โbuat semua test sekali lagi.โ Ia bermula dengan tiga persoalan: Apa yang kita sudah tahu? Apa yang masih belum diketahui? Dan maklumat apa yang diperlukan untuk menentukan langkah seterusnya?
Bagaimana p**a dengan Intellectual Disability (ID)?
๐ผ๐ผ๐๐ฟ๐ฟ (๐ผ๐ข๐๐ง๐๐๐๐ฃ ๐ผ๐จ๐จ๐ค๐๐๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ ๐ค๐ฃ ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ก๐ก๐๐๐ฉ๐ช๐๐ก ๐๐ฃ๐ ๐ฟ๐๐ซ๐๐ก๐ค๐ฅ๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ก ๐ฟ๐๐จ๐๐๐๐ก๐๐ฉ๐๐๐จ,, sebuah organisasi profesional antarabangsa dalam bidang intellectual dan developmental disabilities) menerangkan bahawa ID melibatkan keterbatasan signifikan dalam intellectual functioning dan adaptive functioning, dengan kedua-duanya bermula dalam tempoh perkembangan.
Jadi jika assessment kecerdasan yang sesuai, standardized dan sah, serta ditadbir dan ditafsir dengan betul, menunjukkan overall intellectual functioning yang jelas tinggi, keadaan itu tidak selari dengan kriteria ID. Sebaliknya, skor IQ yang rendah sahaja juga tidak mencukupi untuk menentukan ID kerana adaptive functioning dalam aspek conceptual, social dan practical turut perlu dinilai.
Akhirnya, kalau anak pernah menjalani assessment, jangan hanya bawa label atau ingatan tentang apa yang pernah diberitahu. Bawa laporannya.
โAnak saya pernah buat assessmentโ memberitahu kita bahawa sesuatu pernah dilakukan. Laporan assessment memberitahu kita apa yang sebenarnya dilakukan.
Dan itulah yang membolehkan assessor menentukan apa yang sudah diketahui, apa yang masih perlu dinilai dan apa langkah yang paling sesuai selepas itu.
Tujuan assessment bukan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin ujian atau label. Tujuannya adalah untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku, apa yang anak perlukan dan apa yang patut dilakukan selepas itu.
๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ฆ๐๐ฆ๐ฆ๐ ๐๐ก๐ง?
Sekiranya ibu bapa memerlukan Penilaian Pendidikan dan Pembelajaran untuk memahami profil pembelajaran anak, mengenal pasti kekuatan dan kesukaran serta menentukan keperluan intervensi yang sesuai, temujanji boleh dibuat dengan menghubungi:
๐ ๐ฌ๐ญ๐ต-๐ฏ๐ฎ๐ฌ ๐ฌ๐ญ๐ด๐ญ
Jika anak pernah menjalani sebarang assessment sebelum ini, sila bawa bersama semua laporan terdahulu untuk semakan.
๐.๐ฆ
๐โ๐ท, ๐๐ ๐ฆ๐ท (๐๐๐ธ๐), ๐ถ๐๐ ๐ฆ๐โ๐๐
Psikologis Pendidikan | Perunding Pendidikan Khas & Neurodiversiti
๐ฅ๐จ๐๐จ๐๐๐ก
โช๏ธ International Dyslexia Association (2025) โ Definition of Dyslexia & 2025 Dyslexia Definition Explanation
โช๏ธ American Association on Intellectual and Developmental Disabilities (AAIDD) โ Defining Criteria & FAQs on Intellectual Disability
โช๏ธ American Psychiatric Association โ Intellectual Disability
โช๏ธ Pearson Clinical โ WISC-V Interpretive Framework