Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan

Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR)

MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN HANDAU, PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SI...
14/08/2026

MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN HANDAU, PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN KELAS I SIRI 84/26

SENDAYAN, 6 Ogos 26 – Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran HANDAU, Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 84/26 bertempat di Dataran Munsyi, INSTAR. Seramai 42 Penuntut Kursus (PK) telah berjaya menamatkan kursus ini yang telah bermula pada 13 Apr 26 dan tamat pada 7 Ogos 26.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapannya mengingatkan kepada para penuntut agar praktikkan segala ilmu teori dan praktikal yang telah dipelajari sepanjang berkursus dengan sebaik-baiknya dan jadikan ianya sebagai panduan disepanjang bertugas di pangkalan/unit masing-masing. Beliau juga mengingatkan supaya sentiasa menjaga mutu kerja, menjaga disiplin diri, bersikap terbuka menerima teguran dan meningkatkan ilmu pengetahuan di sepanjang perkhidmatan. Beliau juga mengingatkan supaya sentiasa berintegriti serta jauhkan diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif seperti berjudi, mengambil benda-benda terlarang seperti dadah yang mana boleh menjejaskan prestasi ditempat kerja dan juga disiplin diri.

Diakhir ucapan, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Akademik Terbaik Kursus. Penerima Anugerah Penuntut Keseluruhan terbaik Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 84/26 telah dinobatkan kepada LU I Muhamad Yusuff bin Mohd Noor. Manakala Anugerah Penuntut Akademik terbaik telah disandang oleh LU I Muhammad Daniel Haziq bin Abd Gafar.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan penuntut ini adalah sebagai contoh dan pendorong semangat kepada semua anggota untuk terus berusaha gigih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TUDM.

Turut hadir dalam majlis ini Adalah Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Ketua Bahagian Latihan, serta pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

SESI EXECUTIVE TALK BERSAMA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA BAGI KURSUS ASAS PEGAWAI TADBIR SIRI 50/26Sendayan, 4 ...
11/08/2026

SESI EXECUTIVE TALK BERSAMA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA BAGI KURSUS ASAS PEGAWAI TADBIR SIRI 50/26

Sendayan, 4 Agos 26 - Telah berlangsung Sesi Executive Talk bersama YBhg Lt Jen Dato Sri’ Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, bersama para penuntut Kursus Asas Pegawai Tadbir (KAPT) Siri 50/26 yang bertempat di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Sesi ini merupakan platform yang amat bermakna kepada para penuntut untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta mendapatkan pandangan daripada seorang pemimpin yang telah melalui pelbagai cabaran dan pengalaman dalam perkhidmatan. Setiap amanat dan perkongsian yang disampaikan memberi penekanan terhadap kepentingan kepimpinan berintegriti, disiplin yang tinggi, profesionalisme, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan amanah kepada organisasi dan negara.

Melalui sesi yang penuh inspirasi ini, para penuntut turut diingatkan bahawa menjadi seorang pegawai bukan sekadar menyandang pangkat, tetapi memikul satu tanggungjawab besar untuk memimpin dengan teladan, membuat keputusan yang bijaksana serta sentiasa mengutamakan kepentingan perkhidmatan melebihi kepentingan diri.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nasihat yang telah dikongsikan menjadi pedoman serta pembakar semangat kepada semua penuntut KAPT Siri 50/26 untuk terus menimba ilmu, memperkukuh jati diri, meningkatkan kompetensi serta membentuk sahsiah kepimpinan yang cemerlang. Diharapkan mereka akan terus melangkah ke hadapan sebagai pegawai yang berwibawa, berintegriti, berfikiran strategik dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan Tentera Udara Diraja Malaysia serta kedaulatan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg Lt Jen Dato’ Sri Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM atas kesudian meluangkan masa bersama para penuntut serta berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi yang amat bernilai.

“Kepimpinan yang hebat bukan diukur melalui kedudukan, tetapi melalui nilai, teladan dan impak yang ditinggalkan kepada mereka yang dipimpin.”

SELAMAT HARI ULANG TAHUN INSTAR KE-54Semoga INSTAR terus unggul sebagai institusi latihan dalam melahirkan warga cawanga...
08/08/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN INSTAR KE-54

Semoga INSTAR terus unggul sebagai institusi latihan dalam melahirkan warga cawangan tadbir TUDM yang kompeten, berdisiplin, profesional dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi TUDM ke arah pembentukan angkatan udara masa hadapan.

54 Tahun Menempa Kecemerlangan, Membentuk Warga Udara Berkaliber.

Selamat Ulang Tahun INSTAR Ke-54. Berilmu dan Berkhidmat

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS LANJUTAN TETUANG SIRI 7/26Sendayan, 4 Ogos 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pen...
05/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS LANJUTAN TETUANG SIRI 7/26

Sendayan, 4 Ogos 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Lanjutan Tetuang Siri 7/26 yang bermula pada 3 Ogos 26 dan dijangka akan tamat pada 28 Okt 26. Majlis Perasmian Pembukaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR bertempat di Dewan Al-Fateh, INSTAR. Seramai 10 penuntut telah terpilih untuk menghadiri kursus pada siri kali ini.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani kursus kepada semua penuntut. Beliau turut mengingatkan para penuntut agar memanfaatkan sepenuhnya sesi pembelajaran di INSTAR demi mencapai objektif kursus masing-masing. Beliau juga mengingatkan kepada semua penuntut kursus agar tidak terlibat di dalam kes buli dan sebarang aktiviti yang tidak bermoral.

Turut hadir pada majlis ini adalah Mej Ahmad Syafiq bin Abdullah TUDM, Ketua Sekolah Pentadbiran serta barisan pegawai dan jurulatih INSTAR.

Selamat menjalani kursus dan semoga semua penuntut kursus akan dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya.

Pegawai Memerintah INSTAR dan seluruh warga INSTAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Panglima Tentera U...
02/08/2026

Pegawai Memerintah INSTAR dan seluruh warga INSTAR merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia, Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Pengiktirafan ini mencerminkan penghargaan terhadap kepimpinan, khidmat bakti dan sumbangan berterusan mereka kepada Angkatan Tentera Malaysia serta negara.

Sekalung tahniah dan semoga terus cemerlang menabur bakti demi agama, bangsa dan tanah air.

Hari Pahlawan merupakan detik penuh bermakna untuk mengenang jasa, pengorbanan dan semangat juang para pahlawan negara y...
31/07/2026

Hari Pahlawan merupakan detik penuh bermakna untuk mengenang jasa, pengorbanan dan semangat juang para pahlawan negara yang telah mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran Malaysia. Keberanian serta pengorbanan mereka menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan tanah air.

Selamat menyambut hari Pahlawan. Ikhlas daripada Pegawai Memerintah dan seluruh warga INSTAR.

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS ASAS PEGAWAI TADBIR SIRI 50/26SENDAYAN, 22 Jul 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan...
24/07/2026

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS ASAS PEGAWAI TADBIR SIRI 50/26

SENDAYAN, 22 Jul 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Asas Pegawai Tadbir Siri 50/26 yang bermula pada 22 Jul 26 dan akan tamat pada 13 Nov 26. Majlis Perasmian Pembukaan ini telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR bertempat di Dewan Al-Fateh, INSTAR. Seramai 11 x pegawai telah terpilih untuk menghadiri kursus pada siri ini.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani kursus kepada semua penuntut. Beliau turut mengingatkan para penuntut agar memanfaatkan sepenuhnya sesi pembelajaran di INSTAR demi mencapai objektif kursus masing-masing. Beliau juga mengingatkan kepada semua penuntut kursus agar tidak terlibat di dalam kes buli.

Turut hadir pada majlis ini adalah Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Ketua Bahagian Latihan INSTAR bersama barisan pegawai dan jurulatih INSTAR.

Selamat menjalani kursus dan semoga semua penuntut kursus akan dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 26/26SENDAYAN, 16 Ju...
24/07/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMBANTU PERTAHANAN PENINGKATAN KELAS II SIRI 26/26

SENDAYAN, 16 Jul 26 - Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Junaidi bin Abdul Aziz TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 26/26. Seramai 42 penuntut kursus telah berjaya menamatkan kursus yang telah bermula pada 30 Mac 26 dan tamat pada 17 Jul 26.

Pegawai Memerintah INSTAR di dalam ucapannya mengingatkan kepada para penuntut agar sentiasa gunakan ilmu sepanjang berkursus dengan sebaik-baiknya dan jadikan ianya sebagai panduan disepanjang bertugas. Beliau juga mengingatkan agar sentiasa menjaga mutu kerja, menjaga disiplin diri, bersikap terbuka menerima teguran serta sentiasa bersifat inovatif, kreatif dan memiliki daya saing yang sihat.

Diakhir ucapan, Pegawai Memerintah mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Akademik Terbaik Kursus. Bagi Anugerah Penuntut Keseluruhan terbaik telah dinobatkan kepada Kpl U Muhammad Zulkhermy bin Mohd Fariz Tan daripada MTI - Perundangan. Manakala bagi Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh Kpl U Muhammad Zahim bin Johari daripada PASKAU TUDM. Beliau menyatakan bahawa kejayaan penuntut ini adalah sebagai contoh dan pendorong semangat kepada semua anggota untuk terus berusaha gigih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada TUDM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Ketua Bahagian Latihan INSTAR serta pegawai dan barisan jurulatih INSTAR.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

PERHIMPUNAN PEGAWAI MEMERINTAH INSTAR SIRI 2/26SENDAYAN, 16 Jul 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INST...
24/07/2026

PERHIMPUNAN PEGAWAI MEMERINTAH INSTAR SIRI 2/26

SENDAYAN, 16 Jul 26 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Perhimpunan Pegawai Memerintah INSTAR Siri 2 bagi tahun 2026 bertempat di Dataran Munsyi, INSTAR. Perhimpunan ini melibatkan 6 x Flait perbarisan dan ketua perhimpunan diketuai oleh Kapt Mohamad Noor Fauzi bin Anuar TUDM. Perhimpunan pada kali ini terdiri daripada 1 x Pegawai, 6 x PTTK dan 198 x LLP melibatkan Penuntut Kursus daripada Kursus Pembantu Pertahanan Peningkatan Kelas II Siri 26/26, Kursus Pembantu Pertahanan Kelas I Siri 85/26, Kursus Pembantu Pentadbiran Kelas II Siri 91/26, Kursus Pembantu Pertahanan Kelas II Siri 75/26 dan Kursus Jurulatih Jasmani Kelas II Siri 8/26. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh semua Pegawai, Jurulatih serta Kakitangan Tadbir Awam yang berkhidmat di INSTAR.

Perhimpunan ini juga memberi peluang kepada Pegawai Memerintah INSTAR untuk mendekati pegawai/jurulatih serta staf awam untuk menyampaikan Hasrat dan aspirasi pucuk pimpinan tertinggi ATM amnya dan TUDM khasnya serta menjadi medium selaku Pegawai Memerintah dalam menguruskan pentadbiran institut bagi tahun 2026. Dalam ucapan Pegawai Memerintah pada perhimpunan kali ini. Beliau memberitahu ancaman bukan lagi terhad kepada peperangan konvensional, malah melibatkan ancaman rentas domain seperti serangan siber, penggunaan sistem tanpa pemandu, peperangan elektronik, manipulasi maklumat, ancaman terhadap infrastruktur kritikal serta persaingan geopolitik yang semakin mencabar. keadaan ini menuntut supaya tentera udara diraja malaysia terus berkembang sebagai sebuah angkatan udara yang moden, berupaya dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

Selain itu, beliau menerangkan berkenaan CAP55 iaitu pelan transformasi strategik yang akan menentukan hala tuju pembangunan TUDM sehingga tahun 2055. Pelan ini dibangunkan bagi memastikan TUDM memiliki struktur angkatan yang lebih mampan, berkeupayaan tinggi serta mampu menghadapi spektrum ancaman masa hadapan. pelaksanaan CAP55 bukan hanya tertumpu kepada perolehan aset baharu seperti pesawat tempur, pesawat latihan, sistem radar atau sistem pertahanan udara. Lebih utama ialah membina sebuah organisasi yang mempunyai modal insan kelas pertama, budaya kerja berprestasi tinggi, pengurusan logistik yang mampan serta keupayaan operasi yang sentiasa berada pada tahap kesiagaan optimum. Semua warga TUDM perlu memahami bahawa aset yang moden hanya akan memberi kelebihan sekiranya diurus dan dioperasikan oleh anggota yang berilmu, kompeten, berintegriti dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Pegawai Memerintah mengingatkan setiap warga INSTAR hendaklah sentiasa meningkatkan kompetensi profesional melalui latihan, pembelajaran sepanjang hayat, penguasaan teknologi baharu dan kesediaan menerima perubahan. Selaras dengan aspirasi Angkatan Tentera Malaysia, konsep angkatan masa hadapan memberi penekanan kepada pembentukan angkatan yang lebih tangkas, saling bersepadu, berteknologi tinggi serta mampu beroperasi secara bersama dalam pelbagai domain. TUDM memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan aspirasi ini melalui peningkatan kesiagaan operasi udara, pemantapan keupayaan pemantauan ruang udara, pembangunan keupayaan rangkaian digital, integrasi sistem perintah dan kawalan serta kerjasama yang lebih erat dengan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan agensi keselamatan yang lain.

Di akhir ucapan, beliau turut menyampaikan pesanan kepada Jurulatih dan Penuntut Kursus supaya mengekalkan dan meningkatkan prestasi yang baik dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik agar kekal kompeten sebagai seorang anggota Cawangan Tadbir.

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG MEMOHONSENDAYAN, 17 Jul 26 - Petunjuk atau hidayah itu milik Allah SWT ...
18/07/2026

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG MEMOHON

SENDAYAN, 17 Jul 26 - Petunjuk atau hidayah itu milik Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-NYA yang dikehendaki dan memohon kepada-NYA. Tiada nikmat yang lebih bernilai di dunia selain nikmat iman dan Islam.

Bertempat di Pusat Islam, PU Sendayan pada 17 Jul 26 telah menjadi tarikh keramat buat LU II Richard anak Senero daripada Penuntut Kursus Jurulatih Jasmani Kelas II Siri 8/26 yang melafazkan dua kalimah syahadah di Pusat Islam, PU Sendayan dengan disaksikan oleh Sjn U Amirrul Shafiq bin Nor Mohamad.

Saudara baharu Islam ini memilih nama Mohammad Richard Haidar bin Senero. Penuntut Kursus Jurulatih Jasmani Kelas II Siri 8/26 dari Sekolah Jasmani dan Sukan, INSTAR ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis khas pada 17 Jul 26. Majlis tersebut dipimpin oleh Pegawai Agama Pangkalan dan disaksikan oleh Komander Pangkalan, Pegawai Memerintah INSTAR, Pegawai- Pegawai Kanan, serta warga PU Sendayan yang turut hadir berkongsi kegembiraan atas peristiwa bersejarah tersebut.

Address

Pangkalan Udara Sendayan
Sendayan Village
71950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan:

Shortcuts

Share