07/02/2026
Slot 2: Pengukuhan Pengaruh Positif oleh Puan Noor Zarina Zabidi
Head of Marketing & Trainer, Dzul Iman
Dalam slot kedua, Puan Noor Zarina Zabidin menyampaikan panduan keibubapaan berasaskan pendekatan prophet parenting yang menekankan penyelarasan antara emosi, akhlak dan tindakan ibu bapa dalam mendidik anak.
Beberapa rumusan penting yang ditekankan termasuklah:
• Mendidik bermula dengan diri kita sendiri, kerana ibu bapa adalah teladan utama dalam pembentukan akhlak anak.
• Ibu bapa berperanan sebagai pembawa pengaruh (influencer) dan bukan sekadar pengarah yang memberi arahan tanpa contoh.
• Mengajar anak berfikir (thinking), bukan menengking, agar mereka belajar membuat pertimbangan dan pilihan yang baik.
Beliau turut mengingatkan bahawa proses perubahan memerlukan kesabaran jangka panjang, serta pentingnya doa dalam membentuk anak secara berterusan.
Semoga perkongsian ini membuka ruang refleksi dan membantu para ibu bapa memperkukuh pendekatan dalam mendidik generasi masa hadapan. 🌿✨