SRI As-Sa'idiyyah, Seremban

SRI As-Sa'idiyyah, Seremban Sebuah pusat pendidikan Islam di Negeri Sembilan

SRIAS TELAH MENYERTAI KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL ๐Ÿ“ŒGRAND STAND PASUKAN BADAN BERUNIFOM ZON SELATAN PERINGKAT KEBANGSAA...
17/08/2026

SRIAS TELAH MENYERTAI KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL
๐Ÿ“ŒGRAND STAND PASUKAN BADAN BERUNIFOM ZON SELATAN PERINGKAT KEBANGSAAN.

๐Ÿ‘‰TARIKH : 8 OGOS 2026
๐Ÿ‘‰ LOKASI : HIDAYAH ISLAMIC SCHOOL JB
๐Ÿ‘‰ PENYERTAAN 8 ORG WAKIL DARI SRIAS
๐Ÿ‘‰ PENCAPAIAN:
๐ŸŽ–๏ธ TEMPAT KE 3 LELAKI U12
๐ŸŽ–๏ธ TEMPAT KE 4 LELAKI U12

TAHNIA KPD
1. HUD AMMAR
2. AHMAD AMRU
DAN WAKIL DARI SRIAS YG BERANI MENYAHUT CABARAN DLM KEJOHANAN THN INI.๐Ÿ‘

Alhamdulillah..Tahniah Muhammad Fawwaz dan Wan Arif A***n mewakili SRIAS untuk Kejohanan Catur Piala Dato T Rajagopalu u...
17/08/2026

Alhamdulillah..Tahniah Muhammad Fawwaz dan Wan Arif A***n mewakili SRIAS untuk Kejohanan Catur Piala Dato T Rajagopalu untuk PAJSK Kebangsaan. Bersaing 157 peserta seluruh Malaysia. Kita berjaya dapat No 26 dan 40 keseluruhan dan Naib Johan Best Player U11 ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Bento Merdeka SRIAS. Lihatkan kreativiti anak2 SRIAS yang begitu unik dan meriah. Tahniah anak2 SRIAS dan guru2 juga ibu...
17/08/2026

Bento Merdeka SRIAS. Lihatkan kreativiti anak2 SRIAS yang begitu unik dan meriah. Tahniah anak2 SRIAS dan guru2 juga ibu bapa yang sentiasa menjayakan program2 SRIAS.

Program Kepung sempena SPPIM yang dijalankan bermula 10 hingga 12 Ogos 2026. Moga usaha ini dapat membuahkan hasil yang ...
17/08/2026

Program Kepung sempena SPPIM yang dijalankan bermula 10 hingga 12 Ogos 2026. Moga usaha ini dapat membuahkan hasil yang terbaik. Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak2 dan sekolah

๐ŸŒ™ PROGRAM BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA SPPIM ๐ŸŒ™โ€œMarilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT melalui...
17/08/2026

๐ŸŒ™ PROGRAM BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA SPPIM ๐ŸŒ™

โ€œMarilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT melalui bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat, memohon agar anak-anak kita diberikan ketenangan hati, kelapangan fikiran, kekuatan ingatan dan kemudahan dalam menjawab setiap soalan peperiksaan.

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi manfaat, segala usaha diberkati dan setiap langkah mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami, terangilah hati mereka, kuatkan ingatan mereka, jauhkan kegelisahan dan kurniakanlah kejayaan yang terbaik buat mereka.

Berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya kejayaan itu milik mereka yang tidak pernah berputus asa. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ“–โœจ

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan kepada semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.โ€

Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir dalam majlis ini.

โ€œTenang dalam menjawab, yakin dengan usaha, kuatkan doa dan bertawakal kepada Allah. ๐ŸŒŸKamu sudah berusaha, kini berikan ...
17/08/2026

โ€œTenang dalam menjawab, yakin dengan usaha, kuatkan doa dan bertawakal kepada Allah. ๐ŸŒŸ
Kamu sudah berusaha, kini berikan yang terbaik!

Semoga dipermudahkan setiap jawapan dan dikurniakan kejayaan yang membanggakan.
ALL THE BEST, ANAK-ANAK SRIAS! ๐Ÿ’™๐Ÿ“šโœจโ€

๐Ÿ“š BENGKEL INTERVENSI BERFOKUS UASA 2026Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 (Rabu),  Unit Kurikulum Sekolah Rendah Islam Assa...
06/08/2026

๐Ÿ“š BENGKEL INTERVENSI BERFOKUS UASA 2026

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2026 (Rabu), Unit Kurikulum Sekolah Rendah Islam Assaidiyyah (SRIAS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Intervensi Berfokus UASA yang melibatkan penyertaan 8 orang Ketua Panitia. Bengkel ini telah disampaikan oleh *Tuan Haji Anuar Adnan Bin Ismail* mentor Kecemerlangan kurikulum .

Bengkel ini memberi fokus kepada analisis data UASA, pembinaan pelan intervensi berdasarkan kekuatan dan kelemahan murid, serta perkongsian amalan terbaik dan strategi PdP berimpak tinggi bagi meningkatkan pencapaian akademik.

Semoga segala perancangan dan tindakan susulan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memastikan setiap murid mendapat bimbingan yang terbaik dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik sekolah.

Terima Kasih kepada semua guru atas komitmen Yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung.

"Analisis yang tepat, intervensi yang berfokus, kejayaan yang diimpikan."


Kehadiran Ahli Lembaga Pengelola As Saidiyyah, Seremban dan Al Amin Nilai bagi menyantuni para PGB sempena Mesyuarat MPG...
05/08/2026

Kehadiran Ahli Lembaga Pengelola As Saidiyyah, Seremban dan Al Amin Nilai bagi menyantuni para PGB sempena Mesyuarat MPGBSIM di Klana Resort PD. Turut serta ialah Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM.Malaysia yang mewakili Presiden dan barisan LPPIN Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut telah diadakan penyampaian Anugerah Peningkatan Gred Purata Terbaik SPPIM dan SPM 2025 kepada SRIAS dan beberapa sekolah yang lain.

Aktiviti Persatuan Sains pada waktu kokurikulum hari ini. Penghasilan Baja Kompos.
05/08/2026

Aktiviti Persatuan Sains pada waktu kokurikulum hari ini. Penghasilan Baja Kompos.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan mengenai langkah-langkah ke...
05/08/2026

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan mengenai langkah-langkah keselamatan, tindakan semasa berlaku kebakaran serta cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Seterusnya, siren kecemasan dibunyikan sebagai simulasi kebakaran. Semua murid, guru dan kakitangan bergerak keluar dari bangunan melalui laluan kecemasan menuju ke kawasan berkumpul dengan teratur. Pegawai bomba membuat semakan kehadiran bagi memastikan semua warga sekolah berada dalam keadaan selamat.

Program diteruskan dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan penerangan mengenai teknik memadam kebakaran kecil. Beberapa orang guru dan murid turut diberi peluang mencuba menggunakan alat pemadam api di bawah pengawasan anggota bomba

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan atas kerjasama, bimbingan serta perkongsian ilmu dalam menjayakan Program Latihan Kebakaran. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan.

Address

Senawang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066771554

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI As-Sa'idiyyah, Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRI As-Sa'idiyyah, Seremban:

Shortcuts

Share