13/08/2026
🤲🏻Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ingin dimaklumkan bahawa pasukan Bola Baling L12 telah berjaya meraih *Naib Johan Kejohanan Bola Baling MSSNS Tahun 2026*. 🥈🏆
🏀Tahniah dan syabas diucapkan kepada Qusyairi, Naqeeb, & Raiqal atas semangat juang, kesungguhan dan usaha yang telah diberikan sepanjang kejohanan.
🌟Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga kepada guru² & ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan.
🌟Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pingat, tetapi bukti bahawa usaha, disiplin dan semangat tidak pernah mengkhianati hasil.*
Tahniah anak-anak! Terima kasih kerana telah *mengharumkan nama sekolah dan mengangkat nama sekolah di persada negeri.*❤️🏆