Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Senai Utama

Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Senai Utama SK Senai Utama, Jln Senai Utama, Tmn Senai Utama, 81400 Senai Johor.
(1)

Salam SeSTa Unggul,Penyampaian barangan keperluan dan wang tunai sebanyak RM1800 kepada ibu Nur Dayana Dhia binti Mohd N...
14/08/2026

Salam SeSTa Unggul,

Penyampaian barangan keperluan dan wang tunai sebanyak RM1800 kepada ibu Nur Dayana Dhia binti Mohd Nafiis (4 Al Batani) dan Ariana Rose binti Mohd Nafiis (1 Al Farabi) oleh Puan Hajah Rosmayati Binti Hassan [14/8/2026].Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang menyumbang,Semoga sentiasa dimurahkan rezeki..Aaminn

Unit Kebajikan HEM SeSTa

Sekalung tahniah diucapkan kepada para guru yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SK Senai Utama, Pejabat ...
24/07/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada para guru yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SK Senai Utama, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai bagi tahun 2025.

Sinergi Kualiti Semarak Unggul 💐

Salam SeSTa Unggul,Untuk makluman semua ibu bapa, Unit Bantuan SeSTa telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM...
17/07/2026

Salam SeSTa Unggul,

Untuk makluman semua ibu bapa, Unit Bantuan SeSTa telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 5,000 dan barangan keperluan kepada keluarga Adik Muhammad Idham bin Abd Razak daripada kelas 5 Al-Ghazali yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 12/7/2026 dan juga kehilangan bapa beberapa tahun lepas.

Terima kasih atas sumbangan guru-guru dan ibu bapa SeSTa.Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn

✨ Selamat Datang ke SK Senai Utama ✨Warga SK Senai Utama mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Mi...
02/07/2026

✨ Selamat Datang ke SK Senai Utama ✨

Warga SK Senai Utama mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Mira Nabila.

Semoga kehadiran cikgu dapat menyumbang bakti serta memperkasakan kecemerlangan sekolah.

Selamat maju jaya. 🌷

SALAM MAAL HIJRAH 1448HSemoga tahun baru Islam ini membawa lebih banyak ketenangan, rezeki, dan keberkatan.
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Semoga tahun baru Islam ini membawa lebih banyak ketenangan, rezeki, dan keberkatan.

9 Jun 2026Alhamdulillah pasukan sepak takraw SesTa telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan pada tahun ini, diman...
17/06/2026

9 Jun 2026

Alhamdulillah pasukan sepak takraw SesTa telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan pada tahun ini, dimana pasukan telah sampai ke peringkat kalah mati, setelah berhempas pulas dalam peringkat kumpulan.

Semoga keputusan ini menjadi
pemangkin semangat untuk anak2 SesTa terus mengorak langkah ke peringkat seterusnya di tahun hadapan. Insyallah akan ada rezeki kita. Terima kasih semua.

PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI DAN KARNIVAL ‘SIHAT ITU SAYA’ PERINGKAT DAERAH KULAI 2026Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)Tempat...
15/06/2026

PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI DAN KARNIVAL ‘SIHAT ITU SAYA’ PERINGKAT DAERAH KULAI 2026

Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Tempat : Exhibition Hall, The Commune Mall

Penglibatan 5 orang ahli Kelab Doktor Muda (tahap 2) dan 6 orang murid tahap 1 bersama ibu bapa masing-masing. Turut hadir 2 orang guru Kelab Doktor Muda.

Penyertaan dalam Pertandingan Mewarna :

✅ Keputusan

📍Kategori A (tahap 1)
- Qaseh Miqayla
(No. 8 daripada 41 peserta : 10 peserta terbaik)

📍Kategori B (tahap 2)
- Zuhaira Zhafira
(No. 7 daripada 50 peserta : 10 peserta terbaik)

📍Sijil penyertaan untuk semua peserta
- Ayra Sofia
- Nur Ayna Zulaikha
- Nuha Hana
- Qaseh Miqaila
- Nur Raudhatul Jannah
- Najihatul Sakinah
- Zuhaira Zhafira
- Nur Aimy Darwisyah
- Annur Asy Syura
- Qiara Bella Anissa
- Nur Syahindah

Tahniah anak-anak SesTa & terima kasih buat ibu bapa 👏👏👨‍⚕️

Selamat datang ke SK Senai Utama buat Cikgu Suriyani binti Mahaiyidin, Guru Pendidikan Khas.
15/06/2026

Selamat datang ke SK Senai Utama buat Cikgu Suriyani binti Mahaiyidin, Guru Pendidikan Khas.

Tahniah dan syabas buat 2 penari kita kerana telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan TASEEM bagi Kategori Sekolah R...
15/06/2026

Tahniah dan syabas buat 2 penari kita kerana telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan TASEEM bagi Kategori Sekolah Rendah Tarian Tradisional Duo Daerah Kulai secara online.

Terima kasih atas sokongan semua🌷

Tahniah dan syabas buat IZZ ARIQ ATHAR BIN ABDUL MUHAIMIN kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 Kejohanan Boling Ten...
15/06/2026

Tahniah dan syabas buat IZZ ARIQ ATHAR BIN ABDUL MUHAIMIN kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 Kejohanan Boling Tenpin dan akan mewakili Daerah Kulai ke MSSJ.

Terima kasih juga buat pentadbir dan rakan-rakan guru serta ibu bapa yang turut menyokong anak-anak SeSTa.

Address

Jalan Senai Utama, Taman Senai Utama
Senai
81400

Telephone

+6075989323

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Senai Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share