Akademi Al-Quran Darul Mukmin

Akademi Al-Quran Darul Mukmin

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Al-Quran Darul Mukmin, School, Jalan Kg. Tampi-Tampi, Semporna.

Akademi Al-Quran Darul Mukmin merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang berpusat di Kampung Tampi-Tampi, Semporna, Sabah, Penubuhan akademi ini tercetus daripada aspirasi murni untuk melahirkan generasi yang celik Al-Quran.

26/07/2026

26.07.2027 | AHAD

Ali-Imran (3:104)

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ١٠٤

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya



20/07/2026

📢 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA.

📝🕌KELAS BAHASA ARAB
📖📚BONUS Tadabbur Al-Quran

Akademi Al-Quran Darul Mukmin (AQDM) membuka pendaftaran bagi:

Kelas ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah.

👨‍🏫 Tenaga Pengajar
Ustaz Mohammad Azlan bin Norudin
Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir

📅 Hari: Selasa
🕒 Masa: 7.00 malam – 9.00 malam
📍 Tempat: Akademi Al-Quran Darul Mukmin (AQDM)
🔁 Kekerapan: Seminggu sekali
✅Kelas bermula : Bulan Ogos

Antara kelebihan kelas:
✅ Pengajian menggunakan modul Bahasa Arab
✅ Sesuai untuk murid sekolah rendah dan menengah
✅ Yuran berpatutan
✅ Kelas kondusif dan berhawa dingin
✅ Bimbingan Bahasa Arab serta bonus Tadabbur Al-Quran

Syarat:
✅ Boleh membaca Al-Quran
✅ Berminat mempelajari Bahasa Arab
✅ Bersedia mengikuti kelas secara konsisten

⚠️ Penyertaan terhad kepada 20 orang pelajar sahaja!
Daftar segera sebelum tempat penuh.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:

📞 016-801 3438
Ustaz Nunhati bin Malizaman

📞 013-883 6902
Ustaz Azeri bin Simun

📞 016-887 5205
Ustaz Azli bin Rahmatullah

20/07/2026

Setinggi-tinggi Syukur dan Tahniah

Seluruh warga Akademi Al-Quran Darul Mukmin (AQDM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT serta tahniah kepada:

*Ustaz Azeri bin Simun*
Timbalan Pengerusi Akademi Al-Quran Darul Mukmin (AQDM)

atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna.

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang diberkati Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin, menyumbang bakti, dan terus memperkasakan pendidikan Islam demi kemajuan ummah dan kecemerlangan pendidikan di daerah Semporna.

Ikhlas daripada:
*Ustaz Nunhati bin Malizaman*
Pengerusi Akademi Al-Quran Darul Mukmin (AQDM)
serta seluruh warga AQDM.

18/07/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya.

Dengan penuh rasa syukur, Ust. Azli bin Rahmatullah (Mudir Akademi Al-Quran Darul Mukmin - AQDM) telah dianugerahkan Ijazah Sanad Al-Quran dalam Qiraat Riwayat Hafs daripada Imam ’Asim al-Kufi melalui Tariq Asy-Syatibiyyah, dengan sanad ke-30 yang bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW.

Ijazah ini telah dikeluarkan oleh Maahad Tahfiz Al-Quran & Turath Aktif (AKTIF) (No. Pendaftaran: JAIM/SAS(M)131) pada 16 Muharram 1448H, bersamaan 1 Julai 2026.

Penganugerahan ini bukan sekadar satu penghormatan, bahkan merupakan amanah yang besar untuk terus memelihara bacaan Al-Quran, beramal dengannya serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat dengan penuh keikhlasan.

Semoga Allah SWT memberkati ilmu yang dikurniakan, mengurniakan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada Al-Quran, serta menjadikannya asbab lahirnya lebih ramai generasi yang mencintai dan menghayati kalam-Nya.

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا، وانفعنا به في الدنيا والآخرة. آمين

03/07/2026

Salam Sayyidul Ayyam 1448H


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”.

[Riwayat Muslim (4867)]

Photos from Akademi Al-Quran Darul Mukmin's post 26/06/2026

Assalamualaikum w.b.t.

TB | KHAMIS | MALAM 10 MUHARAM.
24.06.2026

Warga AQDM mengambil ruang meraih keberkatan, menyelami roh dan semangat hijrahnya Rasullullah S.A.W dalam Majlis Kesyukuran Awal Muharam 1448H.

Pengisian majlis:
• Bacaan Surah Yasin dan 10 ayat awal serta 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi
• Tahlil
• Solat Isyak berjemaah
• Tazkirah Awalal Muharam
• Penyampaian hadiah pelajar terbaik.
* Jamuan

Terima kasih kepada semua hamba Allah yang memberi sumbangan sedekah,tenaga & ilmu dalam usaha melahirkan generai Qurani di AQDM.

Firman Allah SWT:

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;

Surah al-Nisa’ (100)



08/05/2026

JUMAAT I 08.05.2026 | 1447H
- MELAHIRKAN GENERASI QURANI -

Want your school to be the top-listed School/college in Semporna?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Kg. Tampi-Tampi
Semporna