Pusat Pengajian Anak Bajau Laut

Pusat Pengajian Anak Bajau Laut

Share

✅Pusat Pengajian Maktab Tarbiah di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah

✅Dikelolakan dibawah Komuniti Dakwah Tarbiah dan Semporna Prihatin

14/05/2026

Matanya tidak sempurna melihat dunia, tapi hatinya sangat ikhlas untuk belajar.

Inilah Asis bin Alif,
salah seorang anak Bajau Laut yang belajar di Maktab Tarbiah Semporna. Beliau diuji dengan masalah penglihatan sebelah mata, dipercayai akibat katarak.

Namun ujian itu tidak mematahkan semangatnya.

Setiap kali hadir ke kelas, adik Asis tetap belajar: mengaji, mengenal huruf, membaca, mengira dan memahami agama, Dengan harapan, suatu hari nanti ilmu itu mampu menjadikan dirinya insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Matanya mungkin terbatas,
tetapi semangatnya mencari ilmu sangat terang.

Ayuh bantu anak-anak Bajau Laut terus mendapat pendidikan di Maktab Tarbiah Semporna.
Kerana setiap huruf yang mereka pelajari, adalah cahaya untuk masa depan mereka.




11/05/2026

Pada sesi pembelajaran hari ini, anak-anak dibimbing untuk mengenal salah satu asas terpenting dalam kehidupan seorang Muslim, iaitu solat.

Kami menekankan kepada pelajar tahap 1, 2 dan 3 bahawa solat bukan sekadar rutin harian, tetapi tanda hubungan seorang hamba dengan Allah. Seawal usia ini, mereka perlu mula memahami bahawa apabila mencapai umur baligh, solat menjadi kewajipan yang mesti dijaga dengan penuh kesedaran.

Moga dengan didikan kecil hari ini, lahir generasi yang bukan sahaja tahu cara bersolat, tetapi mencintai solat sebagai kekuatan dalam hidup mereka.




08/05/2026

Petang itu dipenuhi tawa anak-anak Bajau Laut. Mereka bersukan, bermain dan bergembira bersama kawan-kawan. Walaupun hidup dalam kesusahan, mereka tetap membesar dengan jiwa yang kuat dan senyuman yang menghidupkan harapan.

Ayuh bantu pendidikan anak-anak Bajau Laut melalui Maktab Tarbiah. Sumbangan kecil kita hari ini mampu menjadi cahaya besar untuk masa depan mereka.




05/05/2026

Ada manusia menggunakan air untuk bergerak menuju ketaatan.

Ada p**a manusia yang menggunakan air untuk berpesta & tenggelam dalam kelalaian, meraikan maksiat atas nama hiburan dan kebebasan.

Sesungguhnya air adalah makhluk Allah yang taat, kelak mereka akan menjadi saksi di akhirat, samaada nikmat yang Allah bagi digunakan untuk ketaatan ataupun kemungkaran.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (al fatihah : 6)




30/04/2026

✨Pendidikan mampu mengubah nasib mereka ✨

Daripada terus terpinggir, kepada insan yang mampu memberi manfaat kepada keluarga, komuniti dan masyarakat sekeliling.

Ayuh, kita suluhkan cahaya ilmu buat mereka.

Agar mereka mampu bangkit, terus belajar, dan terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran.




29/04/2026

Realitinya hari ini, kita melihat semakin ramai anak muda terjerumus dalam aktiviti yang melanggar syariat.

Bukan kerana mereka tidak tahu…
tetapi kerana mereka tidak dibimbing, tidak dipimpin, dan tidak ditunjukkan jalan.

Sebab itu, generasi seterusnya, mereka yang masih kecil ini perlu kita lindungi.
Perlu kita isi dengan didikan yang betul, sebelum dunia luar mengisi mereka dengan perkara yang salah.

Agar bila mereka membesar nanti, di antara syariat dan hawa nafsu… mereka punya kekuatan & kejelasan untuk sentiasa memilih syariat Allah.

Dan mungkin…
usaha kecil kita hari ini, akan menjadi benteng besar yang menyelamatkan masa depan mereka.

Teruskan bersama kami dalam membina generasi harapan 🤍




27/04/2026

Di saat kawan-kawannya seronok bermain, dia diam-diam capai muqaddam. Duduk bersandar di dinding, perlahan-lahan dia ulang satu per satu huruf yang baru dia belajar tadi.

“Impian dia sederhana je…”
Nak belajar. Nak membaca. Mereka tak pernah minta yang besar-besar,
kerana mereka faham… hidup mereka tidak memberi banyak pilihan.

Tapi dalam diam,
ada keikhlasan untuk menuntut ilmu, dan keinginan kecil… untuk lebih dekat dengan Allah.
Tanpa riuh.Tanpa dipaksa.

Dan mungkin…sumbangan kita mampu melahirkan lebih ramai jiwa jiwa yang ikhlas untuk menuntut ilmu dan memberi harapan yang baru untuk kehidupan mereka yang kekurangan.




24/04/2026

Siapa sangka, daripada RM1 dan RM2 yang disumbangkan, Allah izinkan lahirnya sebuah perubahan yang besar.
Dulu mereka tidak pandai membaca Al-Quran.
Hari ini, mereka sudah mampu membaca, mengikut, dan akhirnya berjaya mengkhatamkannya.

Kecil pada nilai, besar pada kesannya.
Mungkin bagi kita cuma sedikit, tetapi bagi mereka itulah jalan yang membuka peluang untuk mengenal Kalam Allah.




20/04/2026

Semoga seluruh penduduk Kampung Bahagia, Sandakan diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan selepas musibah yang amat menguji ini.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menzahirkan keprihatinan melalui doa, sokongan moral dan bantuan yang sewajarnya buat seluruh mangsa yang terjejas.



05/01/2026

"Kasut ndak susun elok-elok, Ustazah ndak mau mengajar "😆

Bukan marah, tapi sebab nak ajar:
jaga adab dulu, baru masuk ilmu.

Di sini, tarbiah bermula dari perkara kecil…termasuk susun kasut sama-sama

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.



Want your school to be the top-listed School/college in Semporna?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pulau Bum-Bum
Semporna