Pejabat Penerangan Daerah Semporna

Pejabat Penerangan Daerah Semporna Pejabat Penerangan Daerah,
peti Surat 14, 91308 Semporna
Sabah
No. Telefon : 089-781626
No. Fax : 089-781190
email : [email protected]

26/09/2026

[TERKINI]

๐Ÿ“Œ Lebih 86 peratus pesakit di Perlis bertemu doktor dalam tempoh kurang 60 minit menerusi projek rintis EMR di bawah PERSADA - Fahmi Fadzil

๐Ÿ“Œ Penghantaran ubat melalui pos secara percuma bermula 1 Okt ini kepada pesakit yang membuat permohonan - Fahmi

Sumber: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil


Fahmi Fadzil

26/09/2026

[TERKINI]

๐Ÿ“Œ Kerajaan terus beri perhatian terhadap agenda pembangunan Bumiputera selaras prinsip keadilan sosial - PM Anwar

๐Ÿ“Œ Kampus UiTM Jalan Othman ditukar nama kepada Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman - PM Anwar

๐Ÿ“Œ PM Anwar umum peruntukan RM2.5 juta menaik taraf Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman

Sumber: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berita penuh menyusul

26/09/2026

Malaysia mengumumkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia sebagai usaha memperkukuh diplomasi halal antara kedua-dua negara




26/09/2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Okt ini.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu, akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2612102


Fahmi Fadzil
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

26/09/2026

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah yang lebih tegas bagi memastikan graduan mendapat pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka serta gaji yang adil dalam Belanjawan 2027, yang akan dibentangkan pada 9 Okt.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan ketika ini dalam peringkat akhir menyiapkan belanjawan tersebut dan akan merangka usaha yang lebih serius, agar kenaikan gaji setara dengan kelayakan para graduan.

โ€œSaya pernah buat kajian dulu tentang kenaikan produktiviti dan kenaikan upah. Contoh Korea Selatan terutamanya, produktiviti tinggi, upah pun ikut (meningkat).

โ€œDi Malaysia, produktiviti terus meningkat, tapi kadar upah itu meningkat sedikit sahaja. Jadi terpaksa kita gunakan kuasa kerajaan untuk menekan sedikit,โ€ kata Perdana Menteri.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2612143


26/09/2026

Address

Peti Surat 14
Semporna
91308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

089-781626

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share