SK BUBUL, Semporna

SK BUBUL, Semporna

Share

Nama Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Bubul

Alamat:
SK Bubul, Peti Surat 130, 91308 Semporna, Sabah

Kod Sekolah:
XBA3302

No. Telefon:
089-781158

Photos from SK BUBUL, Semporna's post 02/05/2026

🌟 Alhamdulillah.🌟

Pasukan Nasyid SK Bubul: Soutul Harmoni telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah (PEMANIS) Peringkat Daerah Semporna. 🎀🎢

✨ Turut meraih Anugerah Khas:
- Lirik Terbaik
- Muzik Terbaik
- Solo Terbaik

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para peserta, jurulatih, pentadbir sekolah, ibu bapa serta seluruh warga SK Bubul atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan.✨

πŸ”₯ Road to Tenggara πŸ”₯

01/05/2026
Photos from Jabatan Penerangan Sabah's post 29/04/2026
Photos from SK BUBUL, Semporna's post 23/04/2026

πŸ’« Sambutan Mega Raya SK Bubul, Semporna.

KHAMIS | 16.04.2025 | 8:00 PAGI - 11:50 PAGI

Sekitar suasana meriah Majlis Sambutan Mega Raya peringkat sekolah yang berlangsung dengan penuh berkat dan kegembiraan. Majlis ini berlangsung dalam suasana harmoni dan mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak. πŸŽ‰πŸ€

Kehadiran para tetamu jemputan, PIBG, barisan pentadbir, AKP, guru dan murid dengan busana hari raya yang berwarna-warni memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya SK Bubul, Semporna. πŸŒΈβœ¨πŸ’«

17/04/2026

SAMBUTAN MEGA RAYA SK BUBUL, SEMPORNA

Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan penuh warna-warni di SK Bubul, Semporna πŸ’«πŸŽ‰

Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan kenangan ini kekal terpahat di hati 🀝🫢🏻

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™

17/04/2026

Sambutan Mega Raya Peringkat SK Bubul, Semporna. 🌸✨

31/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin πŸŒ™βœ¨

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, kami warga SK Bubul, Semporna ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang meraikannya. Semoga syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua.

🌸 Ikhlas daripada: Warga SK Bubul, Semporna 🌸

20/03/2026

✨ Program Ihya Ramadhan SK Bubul ✨

Alhamdulillah, sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, SK Bubul telah yg menganjurkan Program Ihya Ramadhan bagi mengimarahkan lagi suasana Ramadan dalam kalangan warga sekolah. πŸŒ™
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti tadarus Al-Quran, pertandingan mini MTQ, pertandingan buku skrap, doodle hijaiyah, vlog ramadhan serta pengisian rohani yang memberi manfaat kepada semua murid.

Semoga program ini dapat menyemai rasa cinta kepada Al-Quran, membentuk akhlak mulia, dan meningkatkan amalan ibadah dalam diri setiap murid. 🀲
Terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid serta ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT. 🌟




16/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan βœ¨πŸŒ™

Alhamdulillah, Program Agihan Pek Makanan Anjuran KESTAB SK Bubul, Semporna telah terlaksana dengan jayanya. 🀝✨

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan komuniti setempat serta berkongsi rezeki dalam bulan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua warga SK Bubul, Semporna yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT. 🀲🏻

Want your school to be the top-listed School/college in Semporna?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Semporna
91308