Kolej Komuniti Semporna Sabah

Kolej Komuniti Semporna Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Komuniti Semporna Sabah, School, MEDAN INDANI, LOT 1A/6A & 9A/10A, Jalan SUNGAI YAI-YAI, PETI SURAT 402, SEMPORNA, Semporna.

Kolej Komuniti Semporna merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah naungan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi yang menawarkan Program Sijil Pengembaraan Pelancongan. IPTA pertama ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Semporna - menyediakan peluang pengajian dalam bidang pelancongan dan pengembaran kepada anak tempatan yang berminat menceburi bidang ini.

TEAM KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA DI KONVOFEST POLYCC ZON SABAH SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ ...
24/09/2026

TEAM KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA DI KONVOFEST POLYCC ZON SABAH SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI SABAH TAHUN 2026

Sekitar kemeriahan Gerai Keusahawanan Kolej Komuniti Semporna sepanjang berlangsungnya Konvofest POLYCC Zon Sabah sempena Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sabah Tahun 2026.

Pelbagai produk pilihan ditawarkan kepada para pengunjung, antaranya:

🍊 Pressed Orange Juice – minuman segar yang dihasilkan untuk memberikan kesegaran kepada para pengunjung.

🥮 Mooncake Buatan Muslim – produk pilihan yang diketengahkan daripada komuniti setempat, mengangkat hasil dan kreativiti usahawan tempatan.

🐟 Keropok Ikan Tenggiri – produk komuniti setempat yang menampilkan cita rasa tempatan serta potensi produk makanan untuk dikembangkan sebagai produk keusahawanan.

Lebih daripada sekadar aktiviti jualan, gerai ini menjadi platform untuk mengetengahkan produk komuniti setempat, memperkasakan budaya keusahawanan serta membuka ruang kepada produk tempatan untuk dikenali oleh warga POLYCC dari seluruh Sabah.

Inisiatif sebegini selari dengan usaha Kolej Komuniti Semporna dalam memupuk semangat keusahawanan, menyokong komuniti setempat dan memperluas peluang ekonomi melalui produk tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

SEKITAR SESI PENGAMBILAN JUBAH DAN RAPTAI SIDANG 4 MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI SABAH TAHUN 2...
23/09/2026

SEKITAR SESI PENGAMBILAN JUBAH DAN RAPTAI SIDANG 4 MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI SABAH TAHUN 2026

23 September 2026 | Rabu

Debaran menuju hari bersejarah semakin terasa!

Telah berlangsung Sesi Pengambilan Jubah dan Raptai Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sabah Sidang Ke-4 yang menghimpunkan para bakal graduan daripada institusi Kolej Komuniti di seluruh negeri Sabah.

Dianggarkan lebih 600 orang graduan daripada 8 buah Kolej Komuniti Negeri Sabah hadir ke Politeknik Kota Kinabalu bagi sesi pengambilan jubah serta raptai sebagai persiapan sebelum majlis konvokesyen.

Bagi para graduan Sijil Pengembaraan Pelancongan, Kolej Komuniti Semporna, majlis ini pastinya menjadi antara detik yang paling bermakna selepas melalui pelbagai cabaran, pengalaman dan perjalanan sepanjang tempoh pengajian.

Setiap langkah hari ini membawa satu cerita tentang usaha, pengorbanan dan impian yang akhirnya sampai ke kemuncak. Kini, tinggal selangkah lagi untuk bergelar seorang graduan✨🌹

Jumpa esok semua bakal graduan Kolej Komuniti Semporna😍

KURSUS PENGHASILAN LABEL PRODUK DAN RISALAH PROMOSI | KOLEJ KOMUNITI BERSAMA SAHABAT USAHAWAN AIM TAHUN 202619–20 Septem...
21/09/2026

KURSUS PENGHASILAN LABEL PRODUK DAN RISALAH PROMOSI | KOLEJ KOMUNITI BERSAMA SAHABAT USAHAWAN AIM TAHUN 2026

19–20 September 2026 | Sabtu & Ahad

Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Semporna telah menganjurkan Kursus Penghasilan Label Produk dan Risalah Promosi dengan kerjasama Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang melibatkan seramai 20 orang peserta.

Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Encik Khairil bin Taufik Latif, Ketua Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Lahad Datu dan dibantu oleh Puan Roslina dan Puan Sitti Nooriah selaku pensyarah pembantu.Sepanjang kursus berlangsung, peserta diberikan pendedahan dan latihan secara teori serta amali berkaitan garis panduan pelabelan, penghasilan label produk dan penghasilan bahan promosi seperti poster, risalah, banner dan banting sebagai nilai tambah dalam mempromosikan produk perniagaan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran digital dan kreativiti peserta dalam menghasilkan bahan pemasaran yang lebih menarik serta membantu memperkukuh daya saing produk dan perniagaan masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Khairil bin Taufik Latif, pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini✨🌹

TAHNIAH KEPADA BAKAL GRADUAN KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA🎓Detik yang dinanti semakin tiba! Majlis Konvokesyen Politeknik dan ...
20/09/2026

TAHNIAH KEPADA BAKAL GRADUAN KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA🎓

Detik yang dinanti semakin tiba!

Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sabah Tahun 2026 bakal membuka tirai tidak lama lagi, menandakan satu lagi pencapaian bermakna buat para graduan yang telah menamatkan perjalanan pengajian mereka.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL), Kolej Komuniti Semporna yang bakal melakar detik bersejarah dalam kehidupan masing-masing pada:

🎓 24 September 2026 (Khamis)
🎓 Sidang 4
🎓 Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu

Selamat bergraduasi, bakal graduan Kolej Komuniti Semporna 🌹✨

JOM SINGGAH GERAI KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA SEMPENA KONVOFEST POLYCC ZON SABAH 2026 📌 19 – 24 September 2026📍...
18/09/2026

JOM SINGGAH GERAI KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA SEMPENA KONVOFEST POLYCC ZON SABAH 2026

📌 19 – 24 September 2026
📍 Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Jom datang beramai-ramai ke KonvoFest POLYCC Zon Sabah 2026!

Team Keusahawanan Kolej Komuniti Semporna turut memeriahkan KonvoFest 2026 dengan membuka Gerai Jualan Keusahawanan sepanjang Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Sabah 2026.

Nak cari makanan, minuman dan produk menarik sambil memeriahkan suasana konvokesyen? Jangan lupa singgah ke gerai Keusahawanan Kolej Komuniti Semporna!

Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan KonvoFest POLYCC Zon Sabah 2026, malah menjadi sokongan bermakna kepada usaha membudayakan keusahawanan dalam kalangan warga Kolej Komuniti Semporna😍

Jumpa di Politeknik Kota Kinabalu nanti😎

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA TAHUN 2026 15 Se...
18/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA TAHUN 2026

15 September 2026 | Selasa

Unit Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Semporna telah menganjurkan Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Kolej Komuniti Semporna Tahun 2026, yang telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Semporna, Encik Mohd Ariff bin Alias dan turut dihadiri oleh seluruh warga Kolej Komuniti Semporna. Majlis berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan pengumuman pemenang keseluruhan bagi pelbagai pertandingan yang telah dianjurkan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

📌Johan Keseluruhan: Kumpulan Mat Salleh
📌Naib Johan: Kumpulan Antanom
📌Tempat Ketiga: Kumpulan Rentap

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan serta warga Kolej Komuniti Semporna atas semangat, kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan.

Turut menyerikan majlis ialah kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Semporna yang diwakili oleh Sub Inspektor Abdul Rasid, Pegawai Perhubungan Awam, Kolej Komuniti Semporna, Polis Diraja Malaysia bersama dua orang anggota. Dalam sesi perkongsian, Sub Inspektor Abdul Rasid telah berkongsi informasi berkaitan peranan Pegawai Perhubungan Awam PDRM kepada institusi, di samping berkongsi pengalaman dan pandangan beliau dalam aspek pengurusan keselamatan serta keamanan di daerah Semporna. Perkongsian ini memberikan pendedahan dan kefahaman yang bermakna kepada warga Kolej berkaitan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak keselamatan.

Majlis penutupan ini bukan sekadar menandakan berakhirnya sambutan, tetapi menjadi simbol bahawa semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada Malaysia perlu terus dipupuk dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Kolej Komuniti Semporna Tahun 2026.

PENGISIAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA 2026 🇲🇾Sempena S...
13/09/2026

PENGISIAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA 2026 🇲🇾

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026, Unit Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Semporna telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga kolej.

Keseluruhan aktiviti ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Semporna. Inisiatif ini bukan sahaja memberi ruang kepada para pelajar untuk meraikan bulan kemerdekaan dalam suasana yang meriah, malah turut menjadi platform untuk mengasah bakat, kreativiti, kepimpinan dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Antara aktiviti dan pertandingan yang telah dianjurkan ialah:

📌 Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia
📌 Pertandingan Cabaran Ejaan Bahasa Melayu
📌 Pertandingan Teka-Teki Kemerdekaan
📌 Pertandingan Fotografi Kreatif
📌 Pertandingan Deklamasi Sajak
📌 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
📌 Pertandingan Treasure Hunt Merdeka
📌 Pertandingan Gerai Jualan Online
📌 Ekspedisi Kibaran Jalur Gemilang di Bukit Tengkorak, Semporna

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan telah berjaya menarik penyertaan dan mencungkil bakat serta kreativiti para pelajar, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga Kolej Komuniti Semporna.

Lebih penting, pengisian sepanjang sambutan ini menjadi wadah untuk menyemai semangat cintakan negara, menghargai erti kemerdekaan serta memperkukuh semangat perpaduan dan jati diri dalam kalangan generasi muda.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Semporna serta semua warga kolej yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Kolej Komuniti Semporna 2026.

Sama-sama kita nantikan kumpulan manakah yang akan menjuarai pertandingan yang telah dianjurkan ini dalam masa terdekat👏🏻👏🏻💪🏻💪🏻

BENGKEL SPEED WRITING 3.0 : “RESEARCH, WRITE & PUBLISH”1 – 3 September 2026 | Kolej Komuniti SempornaUnit Penyelidikan, ...
06/09/2026

BENGKEL SPEED WRITING 3.0 : “RESEARCH, WRITE & PUBLISH”

1 – 3 September 2026 | Kolej Komuniti Semporna

Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan, Kolej Komuniti Semporna telah menganjurkan Bengkel Speed Writing 3.0: “Research, Write & Publish” yang berlangsung selama tiga hari dan melibatkan penyertaan semua pensyarah Kolej Komuniti Semporna.

Bengkel ini telah menjemput Dr. Daron Benjamin Loo, Pensyarah Kanan DS13 merangkap Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Khidmat Komuniti, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai penceramah jemputan.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada pelbagai strategi dan teknik praktikal dalam menghasilkan penulisan akademik yang berkualiti, bermula daripada pembentukan idea kajian, penyusunan penulisan, pemurnian kandungan, teknik penulisan akademik sehinggalah kepada persediaan untuk penerbitan. Perkongsian kepakaran dan pengalaman penceramah turut membantu peserta memahami dengan lebih jelas aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan kertas penyelidikan yang berpotensi untuk diterbitkan.

Lebih bermakna, bengkel ini bukan sekadar berfokus kepada perkongsian ilmu, malah berorientasikan hasil (output-based) apabila setiap peserta berjaya menghasilkan deraf kertas penulisan sepanjang tempoh pelaksanaan bengkel. Deraf tersebut kemudiannya disemak dan diberikan maklum balas oleh penceramah bagi tujuan penambahbaikan serta tindakan susulan ke arah penerbitan.

Impak bengkel ini dapat dilihat melalui peningkatan keyakinan dan keupayaan pensyarah dalam menghasilkan penulisan akademik secara lebih sistematik dan berfokus. Inisiatif ini turut memperkukuh budaya penyelidikan dan penulisan dalam kalangan warga akademik, di samping membuka ruang kepada penghasilan lebih banyak karya ilmiah yang berkualiti serta berpotensi untuk diterbitkan.

Secara tidak langsung, pelaksanaan bengkel ini menyokong usaha Kolej Komuniti Semporna dalam memperkasa kompetensi akademik pensyarah, meningkatkan produktiviti penyelidikan dan penerbitan serta membudayakan amalan perkongsian ilmu berasaskan penyelidikan.

10 PERMOHONAN PROGRAM PALING POPULAR PILIHAN PELAJAR DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 🔥Terima kasih atas sokongan berter...
04/09/2026

10 PERMOHONAN PROGRAM PALING POPULAR PILIHAN PELAJAR DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 🔥

Terima kasih atas sokongan berterusan dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada bidang pengajian berteraskan TVET yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2026/2027 ke Kolej Komuniti Semporna dibuka!

Bagi lepasan SPM yang masih tidak dapat tawaran sambung pengajian kemana-mana institusi dan berminat dalam bidang TVET, ini adalah peluang anda untuk sambung pengajian di peringkat Sijil dalam bidang PELANCONGAN di Kolej Komuniti Semporna.

Syarat untuk kemasukan adalah:

📌WARGANEGARA MALAYSIA
📌LULUS BAHASA MELAYU
📌LULUS SEJARAH
📌1 KEPUJIAN DALAM MANA MANA MATA PELAJARAN

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti Semporna boleh dibuat melalui pautan ini ambilan.mypolycc.edu.my

Untuk maklumat lanjut, boleh terus berhubung dengan Pegawai Pengambilan kami https://wa.link/afbikt

Jom terokai bidang TVET bersama kami di Kolej Komuniti Semporna.

Address

MEDAN INDANI, LOT 1A/6A & 9A/10A, Jalan SUNGAI YAI-YAI, PETI SURAT 402, SEMPORNA
Semporna
91308

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6089782300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Semporna Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Semporna Sabah:

Shortcuts

Share

Category