24/05/2026
Semporna Driving Academy
Bukan semua Institut Memandu adalah sama, daftar dengan kami dan tengok apa bezanya
24/05/2026
18/05/2026
Pejabat kami cuti dan tidak beroperasi dari 30/05/2026 (Sabtu) sehingga 02/06/2026 (Selasa) sempena menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai. Jumpa semula pada 03/06/2026 (Rabu)๐ค
16/05/2026
Pihak kami mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru, Cikgu dan Pengajar Memandu๐
15/05/2026
TIP KESELAMATAN PENUNGGANG MOTOSIKAL KETIKA MUSIM HUJAN
Polis Diraja Malaysia menasihatkan kepada semua penunggang motosikal agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri ketika berada di jalan raya, khususnya dalam keadaan cuaca musim hujan.
Sikap berhati-hati, peka terhadap persekitaran serta membuat keputusan yang selamat ketika berteduh mampu mengurangkan risiko kemalangan dan melindungi nyawa pengguna jalan raya.
Ingat, keselamatan bukan hanya tanggungjawab diri sendiri, malah demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat.
#12052026
14/05/2026
AWAS! JANGAN MEMOTONG DI GARISAN BERKEMBAR
Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengundang tragedi!
โ ๏ธ Kenapa ia berbahaya?
โข Jarak kenderaan dari arah bertentangan sukar dijangka
โข Risiko pertembungan hadapan yang boleh membawa maut
โข Tiada ruang selamat untuk kembali ke lorong asal
๐ฅ Satu kesilapan, nyawa jadi taruhan!
Ingat! Garisan berkembar wujud untuk melindungi anda.
Jangan pentingkan diri, utamakan keselamatan semua pengguna jalan raya.
โ
Patuh peraturan, selamat sampai ke destinasi
๐ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
14/05/2026
12/05/2026
Pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
โ
Pakai tali pinggang keledar setiap masa ketika memandu atau menjadi penumpang.
๐ต Elakkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu kerana ia boleh mengganggu tumpuan.
๐ Patuhi had laju yang ditetapkan dan jangan memotong di garisan berkembar.
Ingat!
Satu tindakan kecil boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.
Pandu dengan berhemah, tiba di destinasi dengan selamat.
๐ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya
08/05/2026
๐ธ SLOW DOWN! PERLAHANKAN KENDERAAN ANDA ๐ธ
Had laju 30KM/J di kawasan sekolah bukan sekadar perhiasanโผ๏ธ Ia adalah peringatan supaya kita lebih peka dengan kelajuan kenderaan di kawasan tersebut.
Setiap saat dan setiap langkah mereka amat berharga.
Ingat, pandu perlahan, pandu dengan prihatin.
Anak-anak ini masa depan negara. ๐ ๐ฒ๐พ
07/05/2026
[WASPADA PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU BERKAITAN IKLAN LESEN KENDERAAN PERCUMA]
PUTRAJAYA, 30 April 2026 โ Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menerima aduan berhubung penyebaran iklan palsu berkaitan tawaran lesen kenderaan percuma yang dikesan tular di platform media sosial, termasuk Threads.
JPJ ingin menegaskan bahawa iklan berkenaan adalah tidak sah dan palsu.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi yang ditawarkan melalui akaun atau platform yang meragukan bagi mengelakkan kekeliruan serta risiko kerugian.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak keliru dengan inisiatif Program MyLesen B2. Sesi permohonan program tersebut telah ditutup, dan individu yang berjaya terpilih dihubungi untuk mendaftar di Institut Memandu.
Sebarang pemakluman rasmi berkaitan perkhidmatan JPJ hanya akan disalurkan melalui Facebook rasmi JPJ Ibu Pejabat dan JPJ Negeri, dan tidak melibatkan mana-mana akaun tidak rasmi jabatan.
Orang ramai digalakkan untuk sentiasa mendapatkan pengesahan daripada saluran rasmi JPJ sebelum mempercayai atau berkongsi sebarang maklumat.
Sebarang aduan atau maklumat lanjut boleh disalurkan melalui Portal Aduan Rasmi JPJ di pautan berikut:
https://jpj.spab.gov.my/
JPJ komited untuk terus memastikan penyampaian maklumat yang sahih serta melindungi kepentingan pengguna daripada sebarang bentuk penipuan.
07/05/2026
Pihak kami tutup tidak beroperasi pada 27/05/2026 (Rabu) sempena menyambut Perayaan Hari Raya Haji. Jumpa semula pada 28/05/2026 (Khamis)๐ค
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Website
Address
Batu 5, Jalan Tanjung Kapor, Off Jalan Bubul
Semporna
91307
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |
| Saturday | 07:30 - 16:30 |
| Sunday | 07:30 - 16:30 |