29/04/2026
28 April 2026 | Selasa: Sekolah kami berbesar hati menerima kunjungan Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah YBRS. Tuan Mudin bin Beting pada 28 April 2026 Selasa.
Lawatan ini merupakan satu penghormatan dan peluang berharga untuk berkongsi perkembangan, pencapaian serta usaha berterusan warga sekolah dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Terima kasih atas sokongan, bimbingan dan keprihatinan yang diberikan. Semoga hubungan erat ini terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan demi masa depan anak-anak didik.