31/10/2021
Makluman kepada ibubapa yang mempunyai anak bersekolah di Pra-Sekolah, persekolahan untuk pelajar Pra-Sekolah akan dibuka pada *1 November 2021(Hari Isnin)* ini.
Sila ambil maklum mengenai perkara-perkara berikut:
*Sebelum ke sekolah*:
1. Bekal makanan adalah tidak dibenarkan dibawa dari rumah. Pihak sekolah juga akan sediakan peruntukan makan mengikut peraturan sedia ada.
2. Pelajar digalakkan untuk memakai pakai seragam ke Pra-Sekolah *NAMUN* adalah dibolehkan pelajar untuk memakai pakaian lain yang sopan.
3. Pastikan SOP dipatuhi (memakai pelitup muka)
*Semasa di sekolah*:
1. Duduk mengikut tempat duduk yang disediakan. (Ada penjarakan sosial 1 meter)
2. Elakkan daripada bersentuhan (sentuhan sosial) dengan kawan2 sekelas yang lain.
3. Sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa (face shield dan double mask ((3 ply + fabric mask)) digalakkan).
4. Ibubapa yang menunggu diminta untuk mengamalkan penjarakan sosial (1 meter) sepanjang masa.
*Selepas dari sekolah*:
1. Ibubapa diminta untuk menjemput anak dari kelas. (Murid berada dalam kelas sehingga dijemput oleh ibubapa)
2. Memastikan ibubapa dan anak sentiasa mengamalkan SOP sedia ada (memakai pelitup muka dan penjarakan sosial antara ibubapa/anak lain.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Guru Prasekolah
1. Pn Nismah B Hj Abd Rahman( Pra A/0128121281),
2.Pn Sharmilah Bt Saharuddin (Pra B/0148578576)
3.Encik Norazlie Md Zain (Pra C/0134886438) berkenaan dengan pengoperasian semula Prasekolah.
Sekian. Harap maklum.