27/07/2025
Kem Lestari Generasi Madani 2025
Tarikh: 14-15 Julai 2025
Tempat: Dewan SK Bukit Lalang & Bukit Hilas, Semporna
SK Kampung Simunul di bawah Unit SERASI telah diberi kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Semporna sebagai pengelola bagi program yang melibatkan 200 pelajar dari 10 buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah di daerah Semporna.
Program ini terdiri daripada 5 pengisian iaitu
1) Eksplorasi Alam - Aktiviti 'hiking' dan meneroka alam bertempat di Hutan Simpan Bukit Hilas, Semporna dengan kerjasama Pejabat Perhutanan Daerah Semporna.
2) Spogomi - Aktiviti sukan mengutip sampah secara berkumpulan dalam masa yang ditetapkan. Sampah yang dikumpul kemudian diasingkan dan ditimbang mengikut kategori masing-masing.
3) Reka Cipta Lestari - Pertandingan Reka Cipta dikhaskan kepada sekolah rendah di mana setiap sekolah perlu menghasilkan sebuah produk menggunakan bahan terbuang dan berkonsepkan kelestarian alam sekitar.
4) Taman Botani Digital - Pertandingan ini dikhaskan kepada sekolah menengah di mana setiap sekolah perlu membina sebuah taman botani secara digital menggunakan platform Minecraft.
5) Ceramah Keusahawanan Hijau - Perkongsian menarik dari dua buah NGO iaitu Reef Check Malaysia dan Koperasi Komuniti Cenderawasih Kunak.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Semporna, Pejabat Perhutanan Daerah Semporna, para pengetua&guru besar, para juri, para NGO, para guru pengiring dan peserta dari sekolah terlibat serta semua agensi/individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Tidak lupa ucapan tahniah ditujukan kepada pihak pengelola dan barisan AJK pelaksana. Semoga program ini berjaya mencapai objektif utamanya iaitu meningkatkan kesedaran dan kecintaan kepada alam sekitar di samping menerapkan elemen keusahawanan, STEM dan TVET di kalangan pelajar.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”
Send a message to learn more