13/10/2016
Pertandingan tarian tradisi Bajau Program Pasca UPSR 2016
AMARAN KEPADA PENGGUNA FB SKBBS, SILA GUNAKAN AYAT/PERKATAAN YANG SOPAN...
13/10/2016
Pertandingan tarian tradisi Bajau Program Pasca UPSR 2016
08/10/2016
Hari Sukan Negara Peringkat SKBB 2016
07/10/2016
Pertandingan Perbarisan Pasca UPSR 2016..Tahniah kepada semua murid tahun 6.
23/05/2016
Senamrobik sempena Hari Guru 2016...
16/05/2016
Selamat hari guru untuk semua guru Sk Bangau-Bangau Semporna... Guru Pembina Negara Bangsa
19/03/2016
Nukilan hati seorang guru..
Motivasi untuk Para Guru...
Assalamu'alaikum.
TIGA BELAS MOTIVASI
untuk para Guru مربى
Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.
🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
🔹MOTIVASI KETIGA Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.
🔹MOTIVASI KELIMA Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
🔹MOTIVASI KEENAM Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.
🔹MOTIVASI KELAPAN Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
🔹MOTIVASI KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik p**a.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
🔹MOTIVASI KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍
30/12/2015
Blok Tahun 4 yang telah diperbaiki...cantik sudah..semangat la budak2 belajar nnt...
Sedar tak sedar tahun 2016 akan menjelang tiba..selamat kembali ke sekolah bagi semua murid Sk.Bangau2 Semporna. Selamat datang kepada murid Tahun 1 2016 dan guru2 baru yang berpindah ke sekolah kami. Kepada Cikgu Mohd Amirul, Cikgu Mohd Yunus dan Ustazah Sitti Allah selamat bertugas di tempat yang baru. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan anda kepada pihak sekolah..Terima kasih yang tidak terhingga.
19/11/2015
wajah2 murid yang telah membanggakan sekolah...love you all
19/11/2015
Alhamdulillah UPSR 2015 melakar sejarah.. 4 org murid SK.Bangau2 mendapat 5A..Tahniah..Sayang kamu semua...Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan kamu semua