Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah

Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah pusat pendidikan Islam Madrasah AL Istiqomah

Mari join korban bersama Madrasah Al-Istiqomah untuk tahun 2027 🤗Boleh contact nombor yang tertera untuk sebarang pertan...
18/06/2026

Mari join korban bersama Madrasah Al-Istiqomah untuk tahun 2027 🤗

Boleh contact nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut 🥰

Alhamdulillah ala kulli hal 🤲🏻 , Jazakumullahu khairan katsiran , setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada se...
18/06/2026

Alhamdulillah ala kulli hal 🤲🏻 ,

Jazakumullahu khairan katsiran , setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli khidmat. Tanpa bantuan dan kerjasama tuan/puan ibadah korban tahun ini tidak dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan membalas segala jasa baik tuan/puan didunia dan akhirat 🤲🏻.



Pelaksanaan Program Kursus Memproses Keropok Ikan dan Udang Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin...
17/06/2026

Pelaksanaan Program Kursus Memproses Keropok Ikan dan Udang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, satu program kursus memproses keropok ikan dan udang telah berjaya dijalankan pada 14 dan 15 Jun 2026, bertempat di Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah. Program ini diadakan hasil daripada anjuran Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan teori dan kemahiran praktikal kepada para peserta mengenai proses penyediaan bahan mentah, teknik pengadunan, pembentukan, pengeringan, serta cara penyimpanan yang betul. Selain itu, para peserta juga diajar cara menjaga kebersihan dan kualiti produk supaya keropok yang dihasilkan selamat dimakan, tahan lama serta mempunyai nilai komersial yang baik.

Sepanjang dua hari berlangsungnya kursus, para peserta terlibat secara aktif dalam setiap peringkat proses. Mereka berpeluang mempelajari cara yang betul dan berkesan daripada tenaga pengajar yang berkelayakan. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diamalkan dan dikembangkan oleh peserta untuk menjana pendapatan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.

Pengambilan pelajar baru untuk sepenuh masa dan separuh masa.
17/06/2026

Pengambilan pelajar baru untuk sepenuh masa dan separuh masa.

🕌 Salam Maal Hijrah 1448H Dari Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al-Istiqomah Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,...
16/06/2026

🕌 Salam Maal Hijrah 1448H

Dari Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al-Istiqomah

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Menyambut kedatangan 1 Muharram 1448 Hijriah, Madrasah Al-Istiqomah mengucapkan selamat Maal Hijrah kepada seluruh guru, murid, wali murid, dan kaum Muslimin/Muslimat sekalian.

Hijrah bukan sekadar perpindahan waktu, tetapi perubahan hati, perbaikan akhlak, dan langkah menuju ketaatan. Sesuai nama madrasah kami, mari kita terus beristiqomah—teguh di jalan Allah, gigih menuntut ilmu, dan konsisten dalam amal kebaikan.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkahan ilmu, kekuatan iman, serta menjadikan tahun 1448H sebagai tahun kemajuan, keberkahan, dan ukhuwah yang semakin erat di madrasah ini.

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’, lalu mereka beristiqomah, maka malaikat akan turun kepada mereka…” (QS Fussilat: 30)

Semoga kita semua tetap teguh, maju, dan berkah selamanya.

Dari Pengurusan & Guru
Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al-Istiqomah
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H 🤲

16/06/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN 1447H / 2026
(28 MEI 2026)
Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al-Istiqomah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, yang telah mengurniakan kita nikmat iman, islam, kesihatan, serta kesempatan dan kemampuan untuk melaksanakan perintah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga, sahabat, dan pengikutnya sehingga ke akhir zaman.

Berdasarkan semangat perayaan Hari Raya Aidiladha yang penuh makna, serta mengambil teladan yang mulia daripada peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran Nabi Ismail a.s., Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al-Istiqomah dengan penuh rasa syukur dapat melaporkan bahawa Program Ibadah Korban bagi tahun 1447H bersamaan tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Ibadah korban bukan sekadar upacara menyembelih haiwan semata-mata, sebaliknya ia merupakan lambang ketaatan yang mutlak kepada perintah Allah, tanda keikhlasan hati, serta bukti kasih sayang dan keprihatinan terhadap sesama manusia. Melalui pelaksanaan program ini, madrasah telah berjaya mendidik para pelajar serta seluruh warga madrasah agar memahami hakikat pengorbanan, nilai keikhlasan, dan kepentingan berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Kauthar ayat 2: “Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.” Semoga segala amal ibadah yang telah dilaksanakan ini diterima oleh Allah SWT, dilimpahkan keberkatan, dijauhkan daripada sebarang halangan, dan dijadikan sebagai bekalan pahala yang berpanjangan di akhirat kelak. Semoga Madrasah Al-Istiqomah terus menjadi wadah kebaikan dan pusat penyebaran ilmu serta nilai murni untuk generasi akan datang.



18/01/2026

Jom laksanakan ibadah korban bersama madrasah al istiqomah....

Alhamdulillah pihak Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah banyak2 berterima kasih yg tidak terhingga atas kesudia...
03/09/2025

Alhamdulillah pihak Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah banyak2 berterima kasih yg tidak terhingga atas kesudian pihak Jabatan Perikanan Sabah, Kota Kinabalu dan Jabatan Perikanan Semporna, terima kasih kg kepada Kolej Komuniti Semporna Sabah yg tidak putus putus membantu madrasah dalam memajukan ekonomi ummah. Semoga dgn bimbingan pihak jabatan perikanan ini dapat lah pihak madrasah membantu membangunkan ekonomi ummah... Sekian terima kasih... Jom kita bina madrasah kehidupan. "Tangan yang memberi lebih baik drpd tangan yg menerima"

Address

Semporna
91300

Telephone

+60162083433

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Pendidikan Islam Madrasah Al Istiqomah:

Shortcuts

Share