Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bugaya, Semporna

Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bugaya, Semporna Page ini adalah kegunaan UBK dan PRS Sekolah Kebangsaan Bugaya, Semporna.

03/03/2026

Ziarah Cakna Keluarga Mangsa Kebakaran telah dilaksanakan pada 03 Mac 2026 (Selasa) sebagai tanda keprihatinan warga Sekolah Kebangsaan Bugaya terhadap keluarga murid yang terjejas akibat insiden kebakaran. Lawatan ini melibatkan Guru Besar, YDP PIBG, pihak pentadbir sekolah, Unit Kebajikan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) bagi menyampaikan sokongan moral serta bantuan kepada keluarga mangsa.

Melalui lawatan tersebut, sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas telah diserahkan bagi meringankan beban keluarga. Sesi pertemuan turut memberi ruang kepada pihak sekolah untuk menzahirkan empati, memberi sokongan psikososial serta memperkukuh hubungan kerjasama antara sekolah dan komuniti setempat.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

Ikuti perkembangan kami di Tiktok UBK SK BUGAYA👇🏻
https://vt.tiktok.com/ZSmwbxKkn/

SK Bugaya No 1,
Paling Dipercayai,
Disiplin Asas Kejayaan.

Makluman Rasmi Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SK Bugaya Tahun 2026.Dengan sukacita...
25/02/2026

Makluman Rasmi Pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SK Bugaya Tahun 2026.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PRS bagi sesi 2026 telah selesai dilaksanakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin PRS sekolah.

Semoga barisan kepimpinan PRS 2026 dapat:
• Menjadi role model sahsiah terpuji
• Membantu rakan sebaya dengan penuh empati dan integriti
• Menyokong usaha Unit Bimbingan & Kaunseling dalam membentuk iklim sekolah yang positif

Semoga amanah ini dilaksanakan dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi demi kesejahteraan warga SK Bugaya.

Sekian, terima kasih.

Ikuti perkembangan kami di tiktok 👇🏻
https://vt.tiktok.com/ZSmVqvd42/

Jangan lupa follow, like & share.

SLOT 5 MINIT BERSAMA PRS : ADIK NURDAFINAH IRDINA BINTI RODY (TAHAP 2)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,dan sal...
09/02/2026

SLOT 5 MINIT BERSAMA PRS : ADIK NURDAFINAH IRDINA BINTI RODY (TAHAP 2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan salam sejahtera.

Yang berusaha Tuan Guru Besar,
barisan guru-guru yang dihormati,
dan rakan-rakan murid yang dikasihi sekalian 🌼

⸻

Rakan-rakan yang disayangi,
hari ini kita sudah masuk minggu kedua persekolahan.
Mungkin ada yang sudah mula rasa seronok datang sekolah,
dan mungkin juga ada yang masih rasa malu, takut, atau rindu rumah.

Jangan risau…
semua perasaan itu normal, dan semua murid pernah rasa begitu 😊

⸻

Rakan-rakan sekalian,
hari ini saya ingin memperkenalkan Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS.

PRS ialah rakan sekolah kamu yang:
• Sedia membantu
• Sedia mendengar
• Sedia berkawan

Kalau kamu rasa sedih, takut, sunyi, atau ada masalah kecil di sekolah,
👉 jangan simpan sendiri.
Carilah PRS atau guru, kami sentiasa bersedia membantu kamu 🤝

⸻

Rakan-rakan,
dalam minggu kedua ini, kami ingin berkongsi tiga pesanan ringkas.

Pertama, datang sekolah dengan hati yang gembira.
Senyum kepada guru, senyum kepada kawan,
kerana senyuman itu boleh buat hari kita jadi lebih ceria ☀️

Kedua, beranikan diri untuk berkawan.
Kalau nampak kawan yang duduk seorang diri,
hulurkan salam dan ajaklah dia berkawan.
Sekolah akan jadi lebih seronok bila kita saling menyayangi ❤️

Ketiga, beranikan diri untuk bercakap.
Kalau ada masalah, jangan pendamkan.
Bercakaplah dengan guru, PRS, atau ibu bapa.
Ingat, masalah kecil akan jadi lebih ringan bila kita berkongsi ✨

⸻

Rakan-rakan yang dikasihi,
ingat pesan ini:

“Sekolah ialah tempat untuk belajar,
berkawan dan bergembira.”

Kami, PRS, sentiasa ada untuk kamu.
Jangan malu, jangan takut,
dan jangan rasa kamu bersendirian 💜

⸻

Akhir kata,
kami doakan semoga minggu kedua persekolahan ini
menjadi minggu yang lebih ceria, selamat dan bermakna.

Sekian, terima kasih.

09/02/2026

POV: Bila jadi PRS 😎
✔ Belajar bantu kawan
✔ Belajar jadi pemimpin
✔ Belajar jadi manusia yang baik

💜 PRS 2026 💜

Welcome Back To SK Bugaya, Semporna 202612 Januari 2026 l Isnin l Pagar Utama SK Bugaya Aktiviti :✅ Menilai iklim emosi ...
19/01/2026

Welcome Back To SK Bugaya, Semporna 2026

12 Januari 2026 l Isnin l Pagar Utama SK Bugaya

Aktiviti :
✅ Menilai iklim emosi murid bersama PRS Bertugas di hadapan pintu pagar.

SK Bugaya No.1,
Disiplin Asas Kejayaan,
Paling Dipercayai.

Persiapan Hari Pembukaan Sekolah. Terima kasih kepada guru-guru yang turun membantu membuat persiapan. SK Bugaya No.1,Di...
19/01/2026

Persiapan Hari Pembukaan Sekolah.

Terima kasih kepada guru-guru yang turun membantu membuat persiapan.

SK Bugaya No.1,
Disiplin Asas Kejayaan,
Paling Dipercayai.

Kursus PRS : Bebas Buli, Bebas Gangguan SeksualBidang : Peningkatan Disiplin MuridTarikh : 08 Ogos 2025 (Jumaat)Tempat :...
11/08/2025

Kursus PRS : Bebas Buli, Bebas Gangguan Seksual

Bidang : Peningkatan Disiplin Murid
Tarikh : 08 Ogos 2025 (Jumaat)
Tempat : UBK SATS

29/11/2024

Ucapan daripada wakil duta Adik Nur Afiqah binti Wahab berkaitan salah laku seksual.

Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah Tahun 2024Bidang : Peningkatan Disipl...
29/11/2024

Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah Tahun 2024

Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Tarikh : 29 November 2024 (Jumaat)
Tempat : Dewan Tun Sakaran

Saringan Minda Sihat Tahun 6PRS Bertugas : Syarhan, Sufi, Luqman, Hafizah, Muadzhim dan Muadzham Bidang : Psikososial da...
26/11/2024

Saringan Minda Sihat Tahun 6

PRS Bertugas : Syarhan, Sufi, Luqman, Hafizah, Muadzhim dan Muadzham
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tarikh : 26 November 2024 (Selasa)
Tempat : Anjung Musyawarah SATS

Saringan Minda Sihat Tahun 5PRS Bertugas : Rizqi, Afiqah, Mardiah, Aqeela dan Rayyan Bidang : Psikososial dan Kesejahter...
25/11/2024

Saringan Minda Sihat Tahun 5

PRS Bertugas : Rizqi, Afiqah, Mardiah, Aqeela dan Rayyan
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tarikh : 25 November 2024 (Isnin)
Tempat : Anjung Musyawarah SATS

Address

Semporna

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:30
Tuesday 08:00 - 15:30
Wednesday 08:00 - 15:30
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 11:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bugaya, Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bugaya, Semporna:

Shortcuts

Share

Category