SMK Semerah Batu Pahat Rasmi

Call Directions Website

SMK Semerah Batu Pahat Rasmi Sebuah sekolah menengah kebangsaan luar bandar biasa tetapi mempunyai pencapaian yang luar biasa.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa nama 'Semerah' berasal daripada gabungan perkataan 'Asam Murah'. Ada p**a yang berpendapat ia datang dari perkataan 'Semerah Darah'. Mengikut sesetengah juga berpendapat ia datang daripada 'Sumuara', iaitu gabungan daripada perkataan 'su' yang bererti 'indah' dan 'muara' bererti 'kuala sungai'. Pendapat yang akhir ini lebih tepat kerana di pekan ini terdapat sebatang anak sungai yang kebetulan p**a berkait rapat dengan kedatangan orang Jawa yang menggunakan sungai tersebut sebagai pangkalan bot dan sampan dan akhirnya meneroka kawasan ini. Jadi perkataan 'Sumuara' ini menjadi kekal sebagai Semerah sehingga kini.

๐Ÿซง HARI CUCI MALAYSIA 2026 โ€“ SMK SEMERAHAlhamdulillah, Program Hari Cuci Malaysia (HCM) Tahun 2026 peringkat SMK Semerah ...
26/09/2026

๐Ÿซง HARI CUCI MALAYSIA 2026 โ€“ SMK SEMERAH

Alhamdulillah, Program Hari Cuci Malaysia (HCM) Tahun 2026 peringkat SMK Semerah telah dilaksanakan pada Sabtu, 19 September 2026, bermula 8.30 pagi bertempat di sekitar kawasan SMK Semerah. ๐Ÿงน๐ŸŒฟ

๐Ÿ‘ฅ Sasaran & Penglibatan:
Murid, guru dan kakitangan SMK Semerah.

๐Ÿงน Aktiviti utama:
โ€ข Gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
โ€ข Pembersihan kawasan lapang, laluan pejalan kaki dan kawasan yang bersesuaian.
โ€ข Pengump**an, pengasingan dan kitar semula bahan seperti kertas, kotak, plastik dan botol.

โœจ Program ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap kebersihan, kelestarian alam sekitar serta semangat gotong-royong dalam kalangan warga sekolah.

๐Ÿ‘ Terima kasih dan penghargaan kepada semua murid, guru dan kakitangan yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga amalan menjaga kebersihan terus menjadi budaya warga SMK Semerah.








PROGRAM SENTUHAN KEJAYAAN (SENTAK) FASA 2 โ€“ SEJARAH SPM 2026 Assalamualaikum dan salam sejahtera.Untuk makluman semua, P...
25/09/2026

PROGRAM SENTUHAN KEJAYAAN (SENTAK) FASA 2 โ€“ SEJARAH SPM 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, Program Sentuhan Kejayaan (SENTAK) Fasa 2 โ€“ Sejarah SPM 2026 telah berjaya dilaksanakan pada:

๐Ÿ“… Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 7.30 โ€“ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Seminar 1
๐ŸŽฏ Sasaran: 25 orang pelajar yang gagal PPC Sejarah SPM

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Guru yang terlibat:

1. En. Harun Segaran bin Abdullah โ€“ GKMP Kemanusiaan
2. Cik Noraidah binti Rohaman โ€“ KP Sejarah
3. Puan Nor Saedah binti Jamal โ€“ GMP Sejarah

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha intervensi dan bimbingan berfokus bagi membantu murid meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran Sejarah serta membuat persediaan yang lebih mantap menghadapi SPM 2026. ๐Ÿ’ช๐Ÿ“–

๐ŸŒŸ Semoga usaha yang dilaksanakan dapat memberikan impak positif dan menyuntik semangat kepada murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

โ€œUsaha, doa dan tawakal menjadi kunci kejayaan.โ€ ๐Ÿ”‘โœจ

๐Ÿ’™ Semerah Number One!







PROGRAM MISI LULUS PENDIDIKAN ISLAM SPM 2026Alhamdulillah, Program Misi Lulus Pendidikan Islam SPM: Sentuhan Pentadbir, ...
25/09/2026

PROGRAM MISI LULUS PENDIDIKAN ISLAM SPM 2026

Alhamdulillah, Program Misi Lulus Pendidikan Islam SPM: Sentuhan Pentadbir, Fokus Intervensi, Sasaran Lulus telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 24 September 2026
โฐ Masa: 9.00 โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Seminar 1, SMK Semerah
๐ŸŽฏ Sasaran: 8 orang murid yang belum mencapai kelulusan Pendidikan Islam SPM 2026

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Guru yang terlibat:

* En. Harun Segaran bin Abdullah โ€“ GKMP Kemanusiaan
* Ustazah Sakinah binti Shafie โ€“ KP Pendidikan Islam

Program ini dilaksanakan sebagai intervensi berfokus bagi memberikan bimbingan, motivasi dan sokongan kepada murid sasaran dalam usaha meningkatkan penguasaan Pendidikan Islam serta mencapai kelulusan SPM 2026.

๐Ÿ‘ Tahniah dan penghargaan kepada guru-guru yang terlibat atas komitmen dan usaha berterusan dalam membimbing murid. Semoga segala ikhtiar yang dilaksanakan membuahkan kejayaan. Terus berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya-Allah! ๐Ÿคฒ๐Ÿ“šโœจ






PROGRAM MISI LULUS MORAL SPM 2026Program Misi Lulus Moral SPM: Sentuhan Pentadbir, Fokus Intervensi, Sasaran Lulus telah...
25/09/2026

PROGRAM MISI LULUS MORAL SPM 2026

Program Misi Lulus Moral SPM: Sentuhan Pentadbir, Fokus Intervensi, Sasaran Lulus telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 25 September 2026
โฐ Masa: 7.30 โ€“ 8.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Seminar 1, SMK Semerah
๐ŸŽฏ Sasaran: 7 orang murid Pendidikan Moral Tingkatan 5 Anggerik

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Guru terlibat:

1. En. Harun Segaran bin Abdullah โ€“ GKMP Kemanusiaan
2. Pn. Amira Nadia binti Hashim โ€“ KP Pendidikan Moral

Program ini merupakan intervensi berfokus bagi memberikan bimbingan, motivasi dan sokongan kepada murid sasaran dalam usaha meningkatkan penguasaan Pendidikan Moral serta mempersiapkan mereka menghadapi SPM 2026 dengan lebih yakin.

๐Ÿ‘ Tahniah dan penghargaan kepada guru-guru yang terlibat atas komitmen dan usaha berterusan dalam membantu murid mencapai sasaran lulus. Semoga segala usaha yang dilaksanakan membuahkan hasil yang cemerlang. ๐Ÿ’ช๐Ÿ“šโœจ







๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ LATIHAN MUSKETRY SENJATA API M-16 KOR KADET POLIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATU PAHATAlhamdulillah, La...
23/09/2026

๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ LATIHAN MUSKETRY SENJATA API M-16 KOR KADET POLIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATU PAHAT

Alhamdulillah, Latihan Musketry Senjata Api M-16 bagi Guru dan ahli Kor Kadet Polis Daerah Batu Pahat telah dilaksanakan pada Rabu, 23 September 2026, bertempat di Dewan Auditorium, Tingkat 4, IPD Batu Pahat.

๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Program anjuran Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), IPD Batu Pahat dengan kerjasama Cawangan Persenjataan, Bahagian Logistik IPD Batu Pahat ini melibatkan guru dan ahli Kor Kadet Polis sekolah-sekolah menengah daerah Batu Pahat.

๐ŸŽฏ Antara fokus latihan ialah:

โ€ข Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan komponen dan pengendalian senjata api M-16.
โ€ข Memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan disiplin semasa pengendalian.
โ€ข Memberikan pendedahan berkaitan teknik dan prosedur latihan menembak yang betul di bawah pengawasan pihak berkuasa.

๐Ÿ‘ฅ Wakil SMK Semerah:

1. Raja Darwish bin Taja Syamsul Zakuan โ€“ 4 Seroja
2. Naqeeb Rizqullah bin Noor Faizul โ€“ 4 Seroja
3. Muhammad Adam Adha bin Jais โ€“ 4 Hibiscus
4. Nik Muhammad Aqif bin Nik Ahmad Azim โ€“ 4 Hibiscus

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Guru Pengiring:
Cikgu Md. Norzaihan bin Ahmadi

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mewakili SMK Semerah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pengiring dan pihak penganjur atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.







๐Ÿ—ฃ๏ธ PROGRAM REFORMASI SEKOLAH โ€“ NEXT GEN SPEAKERS (BAHASA INGGERIS)Alhamdulillah, Program Reformasi Sekolah: Prakarsa Pen...
23/09/2026

๐Ÿ—ฃ๏ธ PROGRAM REFORMASI SEKOLAH โ€“ NEXT GEN SPEAKERS (BAHASA INGGERIS)

Alhamdulillah, Program Reformasi Sekolah: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah โ€“ Next Gen Speakers bagi slot Bahasa Inggeris telah berjaya dilaksanakan pada:

๐Ÿ“… Rabu, 23 September 2026
โฐ 7.30 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Bilik Seminar 1 & Perpustakaan, SMK Semerah
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Semua murid Tingkatan 5 SMK Semerah

๐ŸŽค Program ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti perbincangan, simulasi dan pembentangan secara berkump**an. Murid turut diberi peluang mengembangkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti dan kerjasama.

๐Ÿ“š Penglibatan guru/fasilitator:

* 5S โ€“ Madam Amira
* 5M โ€“ Ms Syima / Madam Syazwani
* 5R โ€“ Sir Faizall
* 5A โ€“ Madam JC
* 5H โ€“ Madam Syazwani / Madam JC

๐Ÿ‘ Tahniah dan penghargaan kepada semua murid Tingkatan 5 atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua guru Bahasa Inggeris yang telah membimbing, memudah cara dan memastikan program berjalan dengan lancar.

Semoga Next Gen Speakers terus menjadi platform untuk melahirkan murid yang yakin berkomunikasi, berfikiran kritis dan berketerampilan dalam Bahasa Inggeris. ๐ŸŒŸ









๐Ÿ•Œ PROGRAM SOLAT SUNAT HAJAT PERDANA 1448HAlhamdulillah, Program Solat Sunat Hajat Perdana 1448H Calon SPM & STPM SMK Sem...
23/09/2026

๐Ÿ•Œ PROGRAM SOLAT SUNAT HAJAT PERDANA 1448H

Alhamdulillah, Program Solat Sunat Hajat Perdana 1448H Calon SPM & STPM SMK Semerah telah berjaya dilaksanakan pada 18 September 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Seri Semarak, SMK Semerah.

๐Ÿคฒ Program anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini bertujuan memohon keberkatan dan pertolongan Allah SWT serta memantapkan keyakinan calon dalam menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.

โœจ Program turut menerapkan konsep tawakal selepas berusaha, di samping membimbing murid agar menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang, yakin dan berpegang pada nilai-nilai murni.

๐Ÿ‘ Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan doa dipermudahkan serta membuahkan kejayaan buat semua calon SPM dan STPM SMK Semerah.







PENYAMPAIAN HADIAH PASPORT SAHSIAH SEMERAH (PASS) | MINGGU 35 ๐Ÿ†๐Ÿ“˜Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid, kelas s...
23/09/2026

PENYAMPAIAN HADIAH PASPORT SAHSIAH SEMERAH (PASS) | MINGGU 35 ๐Ÿ†๐Ÿ“˜

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid, kelas serta guru yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Pasport Sahsiah Semerah (PASS) bagi Minggu 35.

๐Ÿ… Top 10 Sahsiah Terbaik Sekolah

1. Ahmad Alsy At Tahmied bin Mohd Salleh โ€“ 1 Melati
2. Aisyah Afifah binti Muhamad Firdaus โ€“ 1 Melati
3. Ezzara Nur Qhalisa binti Nor Azar โ€“ 1 Melati
4. Muhamad Azlan bin Muhamad Nizam โ€“ 1 Melati
5. Muhammad Afiq Haziq bin Yussaini โ€“ 1 Melati
6. Siti Hafsah Safiya binti Hairi โ€“ 1 Melati
7. Nur Anis Damia binti Mohd Shahrizi โ€“ 1 Melati
8. Nurnelis Khairunnisa binti Waris โ€“ 1 Melati
9. Zafirah Aishah binti Mohammad Fitri โ€“ 1 Melati
10. Danish Yusuf bin Saharif โ€“ 1 Seroja

๐Ÿ† 5 Kelas Terbaik Sahsiah

1. Tingkatan 1 Melati
2. Tingkatan 1 Seroja
3. Pendidikan Khas Arif
4. Pendidikan Khas Bestari
5. Pendidikan Khas Cemerlang

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Guru Paling Aktif Merekod

1. Ustazah Nur Amalina Hidayah binti Hashim
2. Cikgu Dayang Noor Hidayati binti Aziz
3. Cikgu Nurul Syahirah bt Mohd Noor Halim Moon
4. Cikgu Fairuz binti Amlasi
5. Cikgu Nor Saedah bt Jamal

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penerima atas komitmen dalam membudayakan sahsiah terpuji serta kepada para guru atas usaha berterusan dalam membimbing dan merekod perkembangan sahsiah murid.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada warga SMK Semerah untuk terus mengamalkan nilai murni, disiplin dan sahsiah unggul. ๐ŸŒŸ








๐ŸŽค PROGRAM REFORMASI SEKOLAH โ€“ PRAKARSA PENINGKATAN MUTU SEKOLAH MBMMBI: NEXT GEN SPEAKERS โ€“ BAHASA MELAYUAlhamdulillah, ...
22/09/2026

๐ŸŽค PROGRAM REFORMASI SEKOLAH โ€“ PRAKARSA PENINGKATAN MUTU SEKOLAH

MBMMBI: NEXT GEN SPEAKERS โ€“ BAHASA MELAYU

Alhamdulillah, Program Reformasi Sekolah: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolahโ€“ MBMMBI: Next Gen Speakers (Bahasa Melayu) telah berjaya dilaksanakan pada Selasa, 22 September 2026, bertempat di Bilik Seminar 1 dan Perpustakaan SMK Semerah, dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

๐ŸŽฏ Sasaran: Semua murid Tingkatan 5 SMK Semerah.

Program ini memberi fokus kepada penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu, khususnya melalui aktiviti perbincangan dan komunikasi berkump**an. Program turut memberi peluang kepada murid meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, mengemukakan idea serta menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Fasilitator:
1. Pn. Nurul Wahida binti Wahab
2. Pn. Aryanti binti Rusni
3. Pn. Siti Zaliha binti Nadir @ Ismail
4. Pn. Hasikin binti Dzul Fakar
5. Pn. Dayang Noor Hidayati binti Aziz
6. En. Muhamad Halim bin Zainuddin

๐Ÿ‘ Tahniah dan syabas kepada semua murid Tingkatan 5 atas komitmen dan penglibatan yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua fasilitator serta guru yang terlibat atas usaha, kerjasama dan dedikasi dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini terus memperkukuh kemahiran berbahasa, keyakinan diri dan potensi murid sebagai generasi penutur yang berketerampilan. ๐ŸŽค๐Ÿ“šโœจ







๐ŸŒธ PROGRAM KESIHATAN DIRI WITH SAFI SHAYLA & SAFI HIJABISTAAlhamdulillah, Program Kenali Diri with Safi Shayla & Safi Hij...
22/09/2026

๐ŸŒธ PROGRAM KESIHATAN DIRI WITH SAFI SHAYLA & SAFI HIJABISTA

Alhamdulillah, Program Kenali Diri with Safi Shayla & Safi Hijabista telah berjaya dilaksanakan pada Selasa, 22 September 2026, bertempat di Surau SMK Semerah.

๐ŸŽค Penceramah: Nur Insyirah binti Ab Hamed
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Sasaran: Semua murid perempuan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
๐Ÿซ Anjuran: Unit HEM SMK Semerah

Program ini memberikan pendedahan berkaitan penjagaan diri, kebersihan, keyakinan diri serta amalan gaya hidup sihat kepada murid perempuan. ๐ŸŒทโœจ

๐Ÿ‘ Terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.





Address

Kampung Lubok
Semerah
83600

Opening Hours

Monday 08:00 - 03:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Telephone

+6074164021

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Semerah Batu Pahat Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share