Jejak Labur

Jejak Labur

Share

"Jejak Labur is a learning space for financial investments—sharing simple, practical insights to build knowledge, discipline, and confidence.

Step by step, your journey to smarter investing begins here."

08/04/2026

Orang lain dah untung dari IPO. Awak masih tengok dari tepi.
Setiap tahun, ada IPO Bursa Malaysia yang naik 20%, 30%, bahkan 100% pada hari pertama listing.

Daftar sini :
https://jejaklabur.onpay.my/order/form/masterclassipo

Tapi ramai pelabur ritel terlepas — bukan sebab tiada modal. Tapi sebab tak tahu macam mana nak analisis dan buat keputusan yang betul.

Dalam Masterclass IPO Bursa Malaysia ini, Hazmi akan tunjukkan cara dia sendiri menilai setiap IPO dari A hingga Z — supaya awak boleh buat keputusan dengan yakin, bukan ikut orang lain.

Apa yang awak akan belajar:
✅ Cara baca dan faham prospektus IPO
✅ Tanda-tanda IPO berpotensi vs yang perlu dielak
✅ Cara subscribe IPO terus melalui platform Moomoo
✅ Sistem analisis yang boleh digunakan berulang kali

Ini bukan sekadar webinar. Ini panduan yang awak akan guna setiap kali IPO baharu dibuka.

📅 Ahad, 26 April 2026
🕘 9 Pagi
💻 Via Moomoo Insights
🎟️ Hanya RM39 — tempat terhad
👉 Daftar sekarang sebelum tempat penuh:

https://jejaklabur.onpay.my/order/form/masterclassipo

04/04/2026

Dah Berapa Kali Kau Terlepas IPO Yang Naik Berpuluh Peratus Lepas Listing?



Jujur ramai dari kita apply IPO secara "rasa-rasa". Tengok nama syarikat nampak okay, harga murah sikit, terus apply. Lepas tu kalau naik, nasib baik. Kalau tak naik, kata nasib tak baik.
Tapi sebenarnya, ada cara yang lebih sistematik untuk nilai sesebuah IPO dan itulah yang akan kita bincangkan dalam sesi ni.



MASTERCLASS IPO BURSA MALAYSIA
Panduan Memahami Dan Analisis Pelaburan IPO
Dalam sesi ini, kita akan kupas:
1. Kenapa ramai pelabur buat keputusan IPO yang salah dan ia bukan pasal tak ada ilmu, tapi pasal tak tahu nak tengok benda yang betul dalam prospektus.
2. Cara baca prospektus tanpa rasa mengantuk dan bahagian mana yang penting, bahagian mana yang boleh skip, dan red flag apa yang kena perasan sebelum apply.
3. Asas analisis syarikat IPO — revenue, keuntungan, hutang, penggunaan dana, dan siapa sebenarnya yang berada di belakang syarikat tu.
4. Cara buat keputusan — subscribe atau pass — bukan ikut hype, tapi berdasarkan data dan logik yang boleh kau pertahankan.



Kalau kau pernah apply IPO tanpa tahu kenapa, atau pernah terlepas IPO yang bagus sebab tak confident nak nilai — sesi ni memang direka untuk kau.



Ini bukan sesi teori semata-mata. Kita akan guna contoh nyata dan tunjukkan cara kita sendiri analisis IPO menggunakan platform Moomoo.
📅 Ahad, 26 April 2026
🕘 9 Pagi
📍 Online — Moomoo Insights
Tempat adalah terhad. Daftar sekarang:
👉 Link di Komen
Jumpa dalam sesi nanti.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Alhamdulillah, tiba lagi kita di musim Syawal yang penuh keberkatan ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kami pohon daripada seluruh warga Jejak Labur kepada semua sahabat, pelanggan, dan rakan niaga kami yang dikasihi.

Tahun ini terasa istimewa. Dalam tempoh yang singkat, dengan izin Allah, kami bersyukur kerana telah mengecapi pelbagai pencapaian yang tidak pernah kami sangka akan tiba secepat ini . Dengan traffic hampir setengah juta, subscriber yang mencecah 10,000, dan pelbagai KPI yang memuaskan hati. Semua ini bukan kebetulan. Ini adalah hasil doa, usaha, dan kepercayaan yang anda hulurkan kepada kami.

Kepada seluruh rakan niaga kami, terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam. Tanpa sokongan dan kepercayaan anda, Jejak Labur tidak akan mampu melangkah sejauh ini. Anda bukan sekadar rakan perniagaan , anda adalah sebahagian daripada perjalanan ini.

Semoga Syawal ini membawa lebih banyak keberkatan, kejayaan, dan peluang untuk kita terus berkembang bersama.

Dari ilmu kepada aset. 💛

Muhammad Hazmi Bin Abdul Rahim
Pengurus, JLM Management | Jejak Labur

01/01/2026

Jom Bina Portfolio 2026 Bersama Jejak Labur

Ramai orang nak mula melabur, tapi tak pasti nak mula dari mana. Ada yang takut rugi, ada yang keliru nak pilih instrumen, dan ada juga yang rasa “belum cukup ilmu”.

Kalau anda salah seorang daripadanya — sesi ini memang untuk anda.

Dalam sesi LIVE Jejak Labur kali ini, kita akan berbincang secara santai tentang bagaimana nak bina portfolio pelaburan yang lebih tersusun, realistik dan sesuai dengan matlamat kewangan masing-masing. Tak perlu jadi pakar, cukup faham asas dan tahu langkah yang betul.

📌 Kita akan sentuh tentang:
– Cara fikir pelabur bijak
– Bagaimana nak mula dari kosong
– Kesilapan biasa pelabur baru
– Dan bagaimana ilmu boleh ditukar menjadi aset sebenar

📅 Tarikh: 1 Januari 2026
⏰ Masa: 9.30 malam
📍 Platform: TikTok Live – Jejak Labur

Sesi ini sesuai untuk yang baru nak bermula, yang sedang belajar, dan juga yang mahu susun semula strategi pelaburan untuk tahun 2026.

📲 Jumpa anda di TikTok Jejak Labur.
Mari bina portfolio dengan ilmu, bukan ikut emosi.

31/12/2025

Selamat Tahun Baharu 2026
Daripada Team Jejak Labur

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pengikut, penyokong dan sahabat Jejak Labur yang sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan ini. Setiap sokongan, komen, perkongsian dan kepercayaan yang diberikan amat kami hargai. Tanpa anda, Jejak Labur tidak akan berkembang sejauh ini. Anda semua adalah nadi kepada misi kami dalam membina masyarakat yang lebih celik kewangan dan berdaya saing dari segi pelaburan.

Tahun 2026 hadir dengan semangat dan azam baharu. Ia membuka ruang untuk kita melangkah lebih jauh, berfikir lebih strategik dan bertindak dengan lebih yakin dalam dunia pelaburan yang sentiasa berubah. InsyaAllah, Jejak Labur akan terus komited menjadi rakan ilmu dan rakan perjalanan kewangan anda — bukan sekadar berkongsi maklumat, tetapi membina kefahaman dan keyakinan jangka panjang.

Sepanjang tahun ini, kami merancang pelbagai inisiatif untuk manfaat komuniti:
✨ Sesi perkongsian secara langsung (Live) sebanyak 4 hingga 6 kali seminggu
✨ Perbincangan bersama Bursa Malaysia dan pemain industri
✨ Kupasan topik merangkumi saham, aset, kripto dan strategi pelaburan
✨ Program pendidikan untuk pelabur baharu serta pelabur berpengalaman yang ingin naik ke tahap seterusnya

Kami percaya, ilmu yang betul akan melahirkan keputusan yang bijak. Dan keputusan yang bijak akan membentuk masa depan kewangan yang lebih kukuh.

Terima kasih kerana terus mempercayai Jejak Labur sebagai rakan perjalanan kewangan anda.
Semoga 2026 menjadi tahun pertumbuhan, keberanian dan kejayaan buat kita semua.

Selamat Tahun Baharu 2026 — ayuh kita bina masa depan kewangan yang lebih baik, bersama Jejak Labur.

Hazmi Rahim
Pengurus, Jejak Labur

26/12/2025

Azam 2026 :
Turunkan Berat Badan, Naikkan Keuntungan
~ Angan Trader~😅

26/12/2025

Recap : Kes 1MDB Najib Razak Sehingga Hari Ini (26 Disember 2025)

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan sebagai satu kes rasuah terbesar di dunia, membabitkan penyelewengan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (kira-kira RM20 bilion) daripada dana pelaburan negara yang ditubuhkan pada 2009.

Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia, didakwa memainkan peranan utama, termasuk menerima lebih AS$1 bilion ke akaun peribadinya. Berikut adalah kronologi utama kes ini melibatkan Najib sehingga tarikh terkini:

2009–2015: 1MDB ditubuhkan di bawah Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat. Dana dipinjam dan dilaburkan, tetapi siasatan mendapati wang disalahgunakan melalui syarikat shell, termasuk melibatkan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) yang masih buruan.

2015–2018: Skandal terbongkar melalui laporan media dan siasatan antarabangsa (termasuk DOJ AS). Najib menafikan salah laku, mendakwa wang adalah "derma Arab".

2018: Selepas kekalahan BN dalam PRU14, Najib didakwa dalam kes berkaitan 1MDB. Pada September 2018, beliau didakwa atas 25 pertuduhan utama: 4 salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi.

2019–2024: Perbicaraan kes 1MDB utama bermula Ogos 2019, melibatkan 50 saksi pendakwaan (termasuk bekas Gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz dan Jasmine Loo). Najib diperintah bela diri pada Oktober 2024, memanggil 26 saksi termasuk dirinya sendiri.
Kes Berkaitan SRC International (subsidiari 1MDB):

2020: Disabitkan salah atas 7 pertuduhan, dihukum 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
2022: Rayuan akhir ditolak; mula dipenjarakan di Penjara Kajang pada Ogos 2022.
2024: Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman kepada 6 tahun (tamat 2028) dan denda kepada RM50 juta.

2025 (Perkembangan Terkini):
Januari–November: Perbicaraan 1MDB diteruskan di Istana Kehakiman Putrajaya.

22 Disember: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk tahanan rumah (house arrest), memutuskan "titah addendum" diraja tidak sah kerana tidak dirundingkan dengan Lembaga Pengampunan.

26 Disember (Hari Ini): Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah atas 4 pertuduhan salah guna kuasa (abuse of power) dalam kes 1MDB utama membabitkan RM2.3 bilion. Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak pembelaan "derma Arab Saudi" sebagai tidak berasas dan surat-surat berkaitan mungkin palsu.

Najib sentiasa menafikan salah laku, mendakwa ditipu oleh pegawai 1MDB dan Jho Low. Kes ini mempunyai implikasi politik besar, mempengaruhi kestabilan kerajaan semasa. Hukuman akhir hari ini boleh memanjangkan tempoh penjara beliau melebihi 2028.

Sumber utama: Reuters, The Guardian, Al Jazeera, dan media Malaysia seperti Sinar Harian serta Malay Mail.

26/12/2025

KANGAR, 26 Disember — Landskap politik Negeri Perlis kini berada dalam keadaan tidak menentu susulan krisis dalaman yang melanda kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN), sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kestabilan pentadbiran negeri terkecil di Malaysia itu.

Krisis ini tercetus apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PN dilaporkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, sekali gus menggugat kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan negeri.

Latar Belakang Politik

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022, PN mencatat kemenangan besar di Perlis dengan menguasai 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, terdiri daripada sembilan kerusi PAS dan lima kerusi Bersatu. Mohd Shukri Ramli, ADUN Sanglang daripada PAS, dilantik sebagai Menteri Besar, menamatkan penguasaan Barisan Nasional yang telah memerintah negeri itu selama beberapa dekad.

Krisis Tercetus

Menjelang penghujung Disember 2025, landskap politik negeri Perlis dilaporkan mengalami perkembangan yang signifikan apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN) dikatakan telah mengemukakan akuan bersumpah kepada Raja Perlis, berhubung pendirian mereka terhadap kepimpinan Menteri Besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli.

Perkembangan tersebut difahamkan berkait dengan perbezaan pandangan dalaman antara parti-parti komponen dalam PN, khususnya antara PAS dan Bersatu, berkaitan peranan serta pengagihan tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan negeri. Beberapa pihak melihat situasi ini sebagai manifestasi dinamika dalaman yang lazim berlaku dalam sesebuah gabungan politik.

Dalam tempoh yang sama, Mohd Shukri Ramli turut dilaporkan menerima rawatan di hospital atas faktor kesihatan sebelum dibenarkan pulang. Perkembangan tersebut menambah perhatian awam terhadap situasi politik semasa negeri, yang ketika itu berada dalam fasa pemerhatian dan penilaian lanjut oleh pihak berkepentingan.

Tindakan Parti dan Perkembangan Terkini

Sebagai tindak balas, PAS mengambil tindakan tegas dengan memecat tiga ADUNnya — Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) — atas alasan melanggar disiplin dan perlembagaan parti.

Speaker Dewan Undangan Negeri kemudiannya mengisytiharkan kerusi ketiga-tiga ADUN berkenaan sebagai kosong, selaras dengan peruntukan undang-undang anti-lompat parti. Walaupun peruntukan tersebut lazimnya tidak memerlukan pilihan raya kecil selepas tempoh tertentu, Speaker memaklumkan bahawa perkara itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pertimbangan lanjut demi menjamin kestabilan politik negeri.

Pada 25 Disember 2025, Mohd Shukri Ramli secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis selepas menghadap Raja Perlis, dengan alasan kesihatan.

Implikasi Politik

Penganalisis melihat perkembangan ini berpotensi melemahkan kestabilan kerajaan negeri dan membuka ruang kepada rundingan semula kuasa politik, termasuk kemungkinan pembentukan kepimpinan baharu atau pilihan raya kecil.

Buat masa ini, Perlis masih belum mempunyai Menteri Besar baharu, sementara perhatian tertumpu kepada keputusan Raja Perlis berhubung pelantikan kepimpinan seterusnya. Situasi ini sekali lagi memperlihatkan betapa dinamik dan rapuhnya landskap politik negeri, meskipun majoriti kerusi sebelum ini memihak kepada satu gabungan yang dominan.

— Laporan Jejak Labur- Mr AD

25/12/2025

Prudential Muncul Pemegang Saham Utama IJM

KUALA LUMPUR, 24 Disember — Prudential plc kini muncul sebagai pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd selepas memperoleh pegangan sebanyak 5.028%, menurut pemakluman kepada Bursa Malaysia.

Pegangan tersebut melibatkan 176.23 juta saham yang diperoleh melalui dana di bawah pengurusan Eastspring Investments Bhd dan Eastspring Al-Wara’ Investments Bhd. Berdasarkan harga penutupan saham IJM pada Selasa lalu iaitu RM2.25 sesaham, nilai keseluruhan transaksi itu dianggarkan mencecah RM396.52 juta.

IJM merupakan kumpulan korporat terkemuka yang terlibat dalam pelbagai sektor strategik termasuk pembinaan, infrastruktur, hartanah, utiliti dan perladangan. Kumpulan ini memainkan peranan penting dalam pembangunan projek berskala besar di Malaysia, sekali gus menjadikannya antara pemain utama dalam ekosistem ekonomi negara.

Dari segi pemilikan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang saham terbesar IJM dengan pegangan 18.165%, diikuti oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) sebanyak 9.64%.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2025 (6MFY2026), IJM mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM161.39 juta, hampir tidak berubah berbanding RM161.09 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Namun, hasil kumpulan meningkat 16.7% kepada RM3.41 bilion, didorong oleh sumbangan kukuh daripada segmen teras perniagaan.

Pada sesi dagangan tengah hari Rabu, saham IJM susut dua sen atau 0.89% kepada RM2.23, menjadikan permodalan pasaran kumpulan sekitar RM8.13 bilion. Secara keseluruhan, saham IJM telah mencatat penurunan sekitar 27% sejak awal tahun, sejajar dengan pergerakan pasaran yang lebih mencabar.

Sumber : The Edge
Olahan : Jejak Labur

Berminat Melabur Saham Seperti IJM?
Jika anda ingin mula melabur saham tempatan dan global dengan bimbingan berstruktur, anda boleh membuka akaun dagangan melalui Moomoo bersama Team Jejak Labur.

✔️ Akses pasaran Bursa Malaysia & global
✔️ Analisis saham dan data profesional
✔️ Sokongan dan bimbingan khas daripada pasukan Jejak Labur
✔️ Sesuai untuk pelabur baharu dan berpengalaman

👉 DM untuk membuka akaun.

Jejak Labur – Membina pelabur berilmu, bukan sekadar ikut trend.

24/12/2025

Solarvest ambil 22% kepentingan dalam Solar District Cooling bernilai RM41.96 juta

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Solarvest Holdings Berhad mengumumkan pengambilalihan 22% kepentingan dalam Solar District Cooling Group Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia ACE Market, menerusi transaksi tunai berjumlah RM41.96 juta.

Pengambilalihan tersebut melibatkan pembelian kira-kira 93.24 juta saham, yang dijual oleh pengarah urusan Solar District Cooling, Kong Kam On, dan isterinya. Langkah ini memberi Solarvest pendedahan langsung kepada perniagaan sistem solar terma dan perkhidmatan penjimatan tenaga, selari dengan strategi pengembangan kumpulan dalam segmen tenaga bersih bersepadu.

Daripada jumlah pegangan tersebut, Solarvest memperoleh 19.8% daripada Kong Kam On dan tambahan 2.2% daripada Liuk Ing Hong. Selepas transaksi ini, Kong Kam On akan mengekalkan pegangan 45%, manakala Liuk Ing Hong 5% dalam Solar District Cooling. Harga pembelian ditetapkan pada 45 sen sesaham, iaitu diskaun sekitar 22% berbanding harga purata wajaran volum (VWAP) lima hari.

Solarvest memaklumkan transaksi ini dibiayai sepenuhnya menggunakan dana dalaman, tanpa melibatkan pembiayaan luar, sekali gus mencerminkan kedudukan kewangan yang kukuh. Dari sudut operasi, syarikat menjangkakan sinergi merentasi penyelesaian tenaga bersepadu, termasuk peluang cross-selling antara kedua-dua entiti.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025 (9M FY2025), Solar District Cooling mencatat hasil RM18.2 juta dan keuntungan sebelum cukai RM4.58 juta, peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Sumbangan hasil dipacu terutamanya oleh segmen Building Management System (BMS), disokong projek kerajaan dan inisiatif yang sedang berjalan.

Solar District Cooling merancang untuk memberi tumpuan kepada BMS, sistem solar terma serta perkhidmatan penjimatan tenaga, di samping pengembangan ke dalam penyelesaian solar PV. Antara inisiatif 2026–2027 termasuk pelaburan dalam teknologi penderia terma, sistem pembersihan panel solar dan naik taraf pemantauan ICT.

Pandangan Jejak Labur:
Langkah Solarvest ini memperkukuh strategi integrasi menegak dalam rantaian nilai tenaga bersih. Dengan rekod projek dan sokongan dasar tenaga negara, pengambilalihan ini berpotensi meningkatkan kebolehan Solarvest menawarkan penyelesaian menyeluruh—daripada penjanaan hingga pengurusan tenaga—serta memperbaiki profil pendapatan jangka sederhana.

Sumber : The Edge

Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Taman Sri Tajung
Semenyih
43500