Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih

Share

Pada awal pembukaannya, sklh ini dipelopori oleh 46 org guru serta 4 org pentadbir.

SK Taman Pelangi Semenyih mula beroperasi secara rasmi pada 17 Februari 2025 dgn menerima kehadiran murid dr prasekolah hingga tahun enam,melibatkan lebih 1,000 org murid.

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih's post 13/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‹๐„๐๐’๐€ ๐“๐จ๐๐’ | ๐‡๐ˆ ๐“๐„๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐“๐Ž๐๐’ ๐†๐‹๐Ž๐‘๐ˆ๐Ž๐”๐’ ๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐€

๐Ÿ“… Tarikh : 13 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat : Tenera Hotel, Bangi
๐Ÿ‘– Tema : Denim

Masih belum terlambat ToPS Glorious Familia meraikan guru-guru sempena Hari Guru 2026๐Ÿฅฐ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Badan Kelab Guru & Kakitangan ToPS Glorious Familia atas segala usaha, komitmen dan dedikasi dalam menjayakan Sambutan Hari Guru 2026.


Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih's post 12/06/2026

๐Ÿ“ธ ๐‹๐„๐๐’๐€ ๐“๐จ๐๐’ | ๐Š๐„๐Œ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐๐„๐Œ๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : 9 โ€“ 11 Jun 2026
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : Kem Kingfisher, Sungai Semungkis, Hulu Langat

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua murid yang terlibat kerana telah berjaya menyertai Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2026.

Tahniah juga kepada guru-guru Unit Pengawas serta Bimbingan & Kaunseling yang telah bertungkus-lumus merancang, mengurus dan menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang kem ini dapat dimanfaatkan untuk membentuk pemimpin muda yang berwibawa, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Pemimpin hari ini, peneraju masa hadapan. ๐ŸŒŸ


Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih's post 12/06/2026

โšฝ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐”๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐Š ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐๐†๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐˜๐ˆ๐‡ ๐Ÿ†

Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak U12 SK Taman Pelangi Semenyih atas kejayaan muncul sebagai Juara Kumpulan dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat 2026 sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Semoga pasukan terus mengekalkan momentum cemerlang, mempamerkan aksi terbaik dan melakar lebih banyak kejayaan pada peringkat seterusnya.

Tahniah pemain dan jurulatih. Teruskan perjuangan, bawa nama SK Taman Pelangi Semenyih ke puncak kejayaan๐Ÿ’ชโšฝ๐Ÿ†

12/06/2026

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡-๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‡๐”๐‹๐” ๐‹๐€๐๐†๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿฅ‹๐Ÿ†

๐Ÿ‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ !โณ๐Ÿฅ‹

Debaran semakin terasa... hanya 3 hari lagi sebelum bermulanya Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat 2026.

Buat julung kalinya, SK Taman Pelangi Semenyih diberi kepercayaan untuk menggalas amanah sebagai penganjur kejohanan peringkat daerah.

Jumpa nanti!

๐Ÿ“… 15 โ€“ 18 Jun 2026 | Sekolah Rendah
๐Ÿ“… 22 โ€“ 25 Jun 2026 | Sekolah Menengah
๐Ÿ“ Dewan Pusat Sukan, Universiti Nottingham Malaysia

11/06/2026

๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐ง๐  ๐๐จ๐ง๐  ๐Œ๐’๐’๐ƒ ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐‹๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ“โœจ

Alhamdulillah, pasukan lelaki berjaya meraih tempat ketiga dalam Kategori Berpasukan Lelaki Terbuka BKC.

Tahniah kepada semua pemain atas semangat juang, komitmen dan usaha yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan. ๐Ÿ’

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. ๐Ÿ†โœจ

Photos from Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Semenyih's post 11/06/2026

โœจ๐๐ฎ๐ฅ๐ž๐ญ๐ข๐ง ๐“๐จ๐๐’ ๐†๐‹๐Ž๐‘๐ˆ๐Ž๐”๐’ ๐„๐๐ข๐ฌ๐ข ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ

Ikuti info terkini, aktiviti menarik dan perkembangan SK Taman Pelangi Semenyih melalui laman sosial rasmi kami:

๐Ÿ“Œ Facebook :
https://bit.ly/ToPSFacebook

๐Ÿ“Œ YouTube :
https://bit.ly/ToPSYoutube

๐Ÿ“Œ TikTok :
https://bit.ly/ToPSTikTok

Terima kasih atas sokongan anda! ๐ŸŒŸ

11/06/2026

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡-๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‡๐”๐‹๐” ๐‹๐€๐๐†๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿฅ‹

Debaran kian terasa. SK Taman Pelangi Semenyih berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat 2026.

๐Ÿ“… Sekolah Rendah: 15 โ€“ 18 Jun 2026
๐Ÿ“… Sekolah Menengah: 22 โ€“ 25 Jun 2026

Ayuh bersama-sama memeriahkan kejohanan yang bakal menghimpunkan pesilat-pesilat muda berbakat dari seluruh daerah Hulu Langat. Semoga segala persiapan dipermudahkan dan kejohanan berjalan dengan jayanya.

07/06/2026
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha

26/05/2026

Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita semua dapat menjadikan pedoman, ibrah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan puteranya Nabi Ismail A.S. yang menjadi lambang ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha ini membuka lembaran baharu untuk kita berkorban dengan meningkatkan amal ibadah dan menyucikan diri dari sifat-sifat mazmumah.

Buat semua jemaah yang sedang menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci, semoga kalian diberi kekuatan, dipermudahkan semua urusan dan beroleh Haji yang mabrur.

Kullu 'am wa antum bikhayr.
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban.

Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan TPS 2/7, Taman Pelangi Semenyih
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00