Maahad Tahfiz Khadhijatul Kubro Lil Banat

Maahad Tahfiz Khadhijatul Kubro Lil Banat

Share

Kelas Mengaji dan Menghafaz Dewasa dan Kanak-Kanak 7 hingga 12 Tahun.

10/02/2026

โœจ AYUH REBUT GANJARAN RAMADHAN โœจ

INFAQ RAMADHAN 1447H / 2026M

Maahad Tahfiz Khadijatul Kubro Lil Banat membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program kebajikan dan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

๐ŸŒ™ Bayangkan setiap suapan berbuka dan sahur para pelajar tahfizโ€ฆ
๐ŸŒ™ Setiap bacaan Al-Quran yang mereka lantunkanโ€ฆ
๐ŸŒ™ Setiap solat tarawih yang didirikanโ€ฆ
๐Ÿ‘‰ Semua itu menjadi saham akhirat yang berterusan buat para penyumbang, insyaAllah.

๐Ÿ“Œ Sumbangan diperlukan bagi:
โœ”๏ธ Tajaan berbuka puasa
โœ”๏ธ Tajaan moreh & sahur
โœ”๏ธ Saguhati imam tarawih
โœ”๏ธ Saguhati duit raya pelajar
โœ”๏ธ Sumbangan makanan & barangan

๐Ÿคฒ Setiap ringgit yang disumbangkan sangat bermakna bagi kelangsungan program Ramadhan pelajar tahfiz kami.

๐Ÿ’ณ Salurkan sumbangan anda ke:
Maybank โ€“ Maahad Tahfiz Khadijatul Kubro Lil Banat

No Akaun: 5640 4403 3096

๐Ÿ“ž Pertanyaan:
๐Ÿ“ฑ Ustazah Syafika โ€“ 019-9425571
๐Ÿ“ฑ Ustaz Rahmat โ€“ 011-26914922

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Jom bersama kami berkongsi rezeki di bulan penuh rahmat ini ๐Ÿค

29/01/2026

๐ŸŒฟ SUMBANGAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ KHADIJAH AL KUBRA (LIL BANAT) ๐ŸŒฟ

Kami dengan rendah hati memohon sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi membantu usaha menaik taraf kemudahan bangunan baharu Maahad Tahfiz Khadijah Al Kubra (Lil Banat).

๐Ÿ“Œ Keperluan semasa: ๐Ÿ”น 8 buah kipas siling & kerja-kerja elektrik

๐Ÿ”น Demi keselesaan pelajar dan asatizah ketika sesi pembelajaran

๐Ÿ’š Peluang sumbangan: โ–ซ๏ธ RM250 / kipas (siap pemasangan)
โ–ซ๏ธ RM80 / lampu (siap pemasangan)

๐Ÿ“ Lokasi:
Bilik Kuliah MTKK
Dataran Datoโ€™ Mohd Said, Semenyih

โœจ โ€œSelama ianya bermanfaat, selama itu jariah berterusan.โ€
Sumbangan boleh disalurkan melalui DuitNow QR seperti di poster.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut:
Ustazah Syafikah Abu Hasan (Mudirah): 019-942 5571
Ustaz Rahmat Ajib (Pengurusi): 011-269 14922



Photos from Maahad Tahfiz Khadhijatul Kubro Lil Banat's post 10/08/2025

๐ŸŒ™ Jumaat lepasโ€ฆ
Dewan Cempaka DMS dipenuhi senyuman, air mata syukur, dan doa yang mengalun bersama bacaan ayat-ayat suci.

Di hadapan kami berdiri dua permata hati:
๐Ÿ“– Adik Zatul โ€“ menerima Syahadah 30 Juz, tanda hafazan yang dijaga dan disemak dengan penuh istiqamah.
๐Ÿ“– Adik Fatihah โ€“ menamatkan Khatam 30 Juz, sebuah perjalanan yang penuh ujian dan kesungguhan.

Suara mereka menggetarkan hati, setiap huruf Al-Quran yang dilafazkan seakan mengisi ruang dengan cahaya.
Guru-guru memandang penuh bangga, keluarga menahan sebak, dan rakan-rakan melihat dengan penuh inspirasi.

๐Ÿ’› Ya Allah, kekalkanlah Al-Quran di hati mereka.
Jadikanlah ia teman setia di dunia, pelindung di kubur, dan pemberi syafaat di akhirat kelak.

Tahniah anak-anak solehah, semoga langkah ini menjadi titik awal kepada perjuangan yang lebih besar di jalan Allah.

Photos from Maahad Tahfiz Khadhijatul Kubro Lil Banat's post 26/05/2025

๐Ÿ“–โœจ Tahniah Qatam Al-Quran Pelajar Rumah Ngaji, Puan Uswatul โœจ๐Ÿ“–

Alhamdulillah, pada 16 Mac yang lalu, seorang pelajar Rumah Ngaji Maahad Tahfiz Khadijatul Kubro Lil Banat (MTKKLB), Puan Uswatul, telah berjaya menamatkan bacaan lengkap 30 juzuk Al-Quran.

Majlis ringkas tetapi penuh bermakna diadakan bagi meraikan pencapaian beliau bersama para pelajar dan tenaga pengajar madrasah. Kejayaan Puan Uswatul diharap menjadi dorongan kepada pelajar-pelajar Rumah Ngaji yang lain untuk terus membaca dan mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Semoga Puan Uswatul terus istiqamah dalam memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin. ๐ŸŒธ




Photos from Maahad Tahfiz Khadhijatul Kubro Lil Banat's post 26/05/2025

๐ŸŒธโœจ Kenangan Syawal Lalu Bersama Datin Siti Hawa โœจ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, pada Syawal yang lalu, sebahagian pelajar Maahad Tahfiz Khadijatul Kubro Lil Banat (MTKKLB) bersama beberapa orang AJK MTKKLB telah berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya di kediaman Datin Siti Hawa.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dengan hidangan enak dan ukhwah yang terjalin erat. Turut hadir beberapa lagi AJK yang sempat memeriahkan majlis, namun ada yang tiba lewat dan ada juga yang terpaksa beransur awal, jadi tidak semua sempat bergambar bersama.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Datin Siti Hawa atas jemputan dan layanan yang begitu istimewa. Semoga jalinan silaturrahim ini terus berkekalan dan dirahmati Allah SWT. ๐ŸŒธ๐ŸŒ™




Photos from Maahad Tahfiz Khadhijatul Kubro Lil Banat's post 16/05/2025

Throwback | Majlis Berbuka Puasa Cinta Gaza bersama anak-anak MTKK

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Iftar bersama NGO Cinta Gaza pada bulan Ramadan yang lalu. Walaupun baru berkesempatan untuk dikongsikan di sini, kenangan itu masih segar dan penuh makna.

Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa, tapi juga menyemai rasa keprihatinan terhadap nasib saudara-saudara kita di Gaza.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan inisiatif murni ini. Semoga segala usaha, sumbangan dan doa yang dikongsi menjadi amal jariah yang berpanjangan.

02/03/2025

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Ihyaโ€™ Ramadhan di Maahad Tahfiz Khadijatul Kubro Lil Banat (MTKK) dengan penuh keberkatan dan kemeriahan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 183 yang mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar kanak-kanak dan dewasa, yang menyentuh hati dan menaikkan semangat dalam menyambut bulan penuh rahmat ini. Penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar juga diadakan sebagai penghargaan kepada mereka yang berusaha gigih dalam akademik dan hafazan.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan, mengeratkan lagi ukhuwah sesama pelajar, guru, dan para jemputan.

Jazakumullahu khairan kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan majlis ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dan meningkatkan keimanan kita semua.

21/02/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Dataran Dato Mohd Said, Rinching
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 20:00 - 22:00
Wednesday 07:00 - 17:00
20:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00