Ad-darayn

Ad-darayn

Share

Religious & Sports Class Tuisyen

24/10/2024

Kelebihan Membaca Surah AL WAQIAH

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran dan mempunyai 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa fadhilat dan kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

Membaca surah Al Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya. Dikurniakan pelbagai bentuk rezeki

Apabila kita kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin pagi dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.

Begitu juga dengan rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita semua sedari.

Nak pengetahuan lebih lanjut, Sila klik link di bawah👇🏻
https://linktr.ee/ad_daryn

24/10/2024

Apakah yang dibualkan oleh malaikat Mungkar Nakir bersama Nu’Aiman?

Kisah ini menceritakan tentang saat Rasulullah SAW menyaksikan pemakaman sahabatnya, Nuaiman. Meskipun Nuaiman telah meninggal dunia, sikapnya yang jenaka tetap membuat Rasulullah tersenyum, bahkan dalam situasi pemakaman yang penuh dengan pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir.

• Setelah pemakaman selesai, Rasulullah tetap berada di atas kubur Nuaiman.
Malaikat Munkar dan Nakir: "Siapa Tuhanmu?"
Nuaiman: "Allah adalah Tuhanku."
• Kemudian, malaikat menanyakan lagi pertanyaan berikutnya.
Malaikat Munkar dan Nakir: "Siapa Nabimu?"
Nuaiman: (mendengar suara malaikat yang keras) "Jangan terlalu keras bertanya siapa Nabi saya, karena beliau sedang mengintip dari atas."
• Rasulullah tersenyum mendengar jawaban Nuaiman tersebut.

Melalui kisah ini, kita diajak untuk merenungkan pentingnya jenaka dan keceriaan dalam hidup. Nuaiman, bahkan setelah meninggal, tetap menghibur Rasulullah dengan jawabannya yang lucu. Humor dapat menjadi sumber kebahagiaan dan penghibur di tengah kesulitan, serta menginspirasi kita untuk membawa keceriaan bagi orang lain.

Apa p**a kisah seterusnya berkaitan tentang Nu’Aiman yang kerap minum arak?

Nak ketahui lebih lanjut sila hubungi kami di https://linktr.ee/ad_daryn

24/10/2024

KELEBIHAN BESAR SURAH Yasin?

Ini dinyatakan dalam al-Quran, cuba buka tafsir Ibnu Kasir kerana di situ ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya p**a, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.

“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa p**a hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari,” jelas penceramah bebas terkenal dari Indonesia, Abdul Somad.

Sambil berseloroh katanya, jika seandainya seseorang itu tidak mampu membaca Yasin setiap malam, maka berusaha membaca sebanyak sekali seminggu namun jika itu pun tidak juga termampu, maka individu itu selayaknya ‘mati sajalah’.

Mengulas lanjut, dia yang juga lebih dikenali sebagai ‘Somad Morocco’ berkata, apa lagi perkara yang dapat dilakukan untuk membawa bekal di hadapan Allah SWT sekiranya amalan mudah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu pun masih gagal diamalkan oleh seorang Muslim.

Jelasnya, Ibnu Kasir ada menyatakan secara jelas bahawa setiap perkara sulit atau musibah dan malapetaka, malah mengharapkan perkara yang baik-baik, maka bacalah surah Yasin.

Dengan amalan tersebut dan rahmat Allah SWT, semua perkara kesulitan yang dihadapi akan dipermudahkan oleh Allah SWT dengan izin-Nya.

Tambahnya, jika ada pihak yang menyatakan mengapa dia merujuk kepada Ibnu Kasir? Jawapannya kerana Ibnu Kasir adalah ahli tafsir dan ahli hadis yang paling selamat daripada riwayat-riwayat palsu.

Menjelaskan kelebihan surah Yasin katanya, pelbagai peringatan diberikan kepada seluruh manusia. Bukan sahaja menjadi pegangan dan panduan umat Islam, malah dijadikan ikutan buat orang bukan Islam.

Katanya, sebanyak tiga kali perkataan ‘muhdharun’ diingatkan dalam surah Yasin iaitu berkaitan dengan ‘kamu akan didatangkan’.

Penjelasan kamu akan didatangkan menghadap Allah itu mengingatkan kita sebagai umat Islam dengan janji Allah berhubung berlakunya hari pembalasan, segala perbuatan manusia akan dihisab pada hari tersebut.

Sebaik sahaja malaikat Israfil meniup sangkakala pada hari kiamat dengan izin Allah, maka seluruh isi alam akan datang menghadap Allah SWT bagi dihisab segala amalan yang dilakukan di dunia.

Pada hari tersebut, sekiranya mulut manusia mungkin boleh membela empunya tubuh di dunia, namun pada hari tersebut mulut terkunci dan lidah tidak mampu lagi melakukan pembelaan.

Saat itu, tangan yang melakukan segala perbuatan di dunia akan ‘berbicara’ dan kaki juga akan membuat penyaksian atas segala apa yang telah dilakukan.

Semua perkara tersebut telah diperjelaskan dalam surah Yasin bagi dijadikan pengajaran sebaiknya oleh seluruh umat manusia tentang hari pembalasan.

“Maka siapa yang merenung (mengkaji) apa yang telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Yasin, maka imannya akan bertambah dan amalan buruk juga akan berkurangan.

“Ini kerana surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Surah Yasin mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun.

“Saat itu, kita akan dibangkitkan kembali daripada kematian dan dipertanggungjawabkan atas semua yang telah dilakukan. Semuanya akan dituntut di depan Allah SWT. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam,” katanya.

Nak pengetahuan lebih lanjut, Sila klik link di bawah👇🏻
https://linktr.ee/ad_daryn

24/10/2024

Apakah kelebihan surah An-Nas?

Untuk menyembuhkan orang yang terkena sihir atau yang seumpamanya,seeloknya bacakan sebanyak 41 kali yakni surah al falaq dan surah an nas tersebut setiap hari selama 3,atau 5 atau 7 hari berturut turut,insya allah akan sembuh.

Surah ini juga boleh menaikkan semangat berani bagi membela kebenaran dari kekejaman orang yang memegang kuasa,orang jahat dan sebagainya,bacakanlah kedua surah tersebut sebanyak 100 kali.

Juga bacakanlah kedua surah ini seberapa banyak apabila kita tersesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,insya allah akan terselamat.

Amalkan membaca surah surah ini 3 kali,setiap pagi dan petang didahului membaca surah al fatihah dan surah al ikhlas,insya allah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.

Nak pengetahuan lebih lanjut, Sila klik link di bawah👇🏻
https://linktr.ee/ad_daryn

24/10/2024

Apakah MAKSUD SURAH AL Ikhlas?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Ia tiada beranak, dan Ia p**a tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Marilah kita membanyakkan bacaan surah Al-Ikhlas dan cuba memahami maksud dan tujuannya kerana ia memberi banyak manfaat kepada pembacanya termasuk pahala menyerupai bacaan 30 juzuk Al Quran jika dibaca 3 kali.

Nak pengetahuan lebih lanjut, Sila klik link di bawah👇🏻
https://linktr.ee/ad_daryn

24/10/2024

Apakah kelebihan Mencintai Al Quran? 🤔

1. Tidak nyanyuk sampai tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Al Quran walau di umpama Al Quran buruk, lunyai, hancur tetap di sayangi, tetap di hargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik2.

3. Orang yang mencintai Al Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba2Nya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4. Orang yang junjung Al Quran di dalam dirinya akan di jaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia di benci oleh orang tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Al Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5. Wajahnya bercahaya cahaya dan mesra untuk di dekati.

6. Orang yang membaca Al Quran tidak di hina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7. Pengamal Al Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan padanya.

Nak pengetahuan lebih lanjut, Sila klik link di bawah👇🏻
https://linktr.ee/ad_daryn

24/10/2024

Wanita pertama penghuni syurga?

Ummu Mutiah ialah seorang isteri yang sangat patuh, taat dan menyenangkan kepada suaminya.

Fatimah RA bertanya kepada ayahnya, Rasulullah SAW:
“Ya, Rasulullah, beritahu padaku siapa wanita yang beruntung masuk syurga untuk pertama kali selain Ummul Mukminin?"

“Wahai Fatimah, jika engkau ingin mengetahui wanita pertama yang masuk syurga selain Ummul Mukminin, ia adalah Ummu Mutiah.”

Fatimah RA ingin tahu siapa Ummu Mutiah kerana ia menyadari bahawa bukan dirinya yang masuk syurga dahulu. Padahal, selama ini ia telah menjalankan ibadahnya dengan baik, patuh pada suaminya, Ali bin Abi Thalib dan ia juga merupakan puteri dari Rasulullah Muhammad SAW.

Fatimah kemudian berkunjung ke rumah Mutiah. Dari dalam rumah terdengar suara, “Siapakah yang ada di luar?” Fatimah menjawab, “Aku Fatimah, puteri Rasulullah.”
Mendengar jawapan Fatimah, Mutiah tidak lantas membuka pintu. Selanjutnya ia bertanya, “Ada keperluan apa”. Fatimah kembali menjawab, “Hendak bersilaturrahim saja.”

Mutiah kembali bertanya, “Kamu datang seorang diri atau bersama dengan orang lain?”. “Aku bersama puteraku Hasan,” jawab Fatimah.

Mengetahui Fatimah bersama Hasan, Mutiah lantas mengatakan, “Maaf, aku tidak bisa membukakan pintu untukmu. Aku belum minta izin dari suamiku akan kedatangan tetamu lelaki di rumahku. Sebaiknya kamu p**ang dan kembali esok hari. Aku akan meminta izin kau bersama Hasan sebagai tetamu.”
Fatimah pun berkata dengan sabar, “Tapi Hasan adalah anakku. Ia juga masih kecil.”

Keesokkannya Fatimah RA datang bersama kedua anaknya, Hasan dan Husein. Mutiah lantas menolak kedatangan Fatimah dan menyuruhnya datang kembali hari esoknya.

Akhirnya di hari ketiga Fatimah diterima masuk ke rumah Mutiah. Alangkah terkejutnya Fatimah melihat sopan santun dan kepatuhan Mutiah pada suami.
Saat itu, Mutiah juga sedang mengenakan pakaian terbaiknya dengan aroma tubuh yang wangi. Wanita tersebut mengatakan ia akan menyambut kedatangan suami yang p**ang dari kerja.

Mutiah menyambut suaminya p**ang dan menyediakan pakaian serta makanan yang dimasak sendiri. Mutiah menemani suaminya membersihkan diri dan digantikan pakaian suami.

Nak pengetahuan lebih lanjut, Sila klik link di bawah👇🏻
https://linktr.ee/ad_daryn

22/10/2024

Siapakah orang yang berani berjenaka kepada Rasulullah?

Dikisahkan seorang yang berbangsa Arab pedalaman datang dengan untanya dan menemui Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Saidina Hamzah dan beberapa sahabat, termasuk Nu'aiman, melihat unta itu dan mulai bercanda tentang menyembelihnya untuk makan daging.

Saidina Hamzah: "Untanya gemuk sekali. Maukah kamu menyembelihnya, Nu'aiman? Kita benar-benar ingin makan daging. Rasulullah pasti akan membayar unta itu nanti."
Nu'aiman: "Kalau aku melakukannya dan pasti kalian akan memberitahu Rasulullah, beliau sudah tentu akan memarahiku."
Sahabat-sahabat lainnya: "Jangan khawatir, kami tidak akan melaporkannya."
• Nu'aiman pun menyembelih unta tersebut dan segera bersembunyi di lubang yang digali Miqdad bin Amru.
• Pemilik unta keluar dan melihat untanya telah mati, lalu berteriak kerana terkejut.
• Rasulullah keluar dan bertanya, "Siapa yang melakukan ini?"
• Para sahabat menjawab, "Nu'aiman."
• Rasulullah SAW mencari Nu'aiman dan bertanya pada Miqdad, yang kemudian mengungkap persembunyian Nu'aiman.
Rasulullah SAW: "Wahai musuh bagi dirinya sendiri, apa yang membuatmu melakukan ini?"
Nu'aiman: "Demi Allah, Hamzah dan teman-temannya yang menyuruhku melakukannya."
• Rasulullah SAW meminta pemilik unta untuk merelakannya, dan mereka membayar harga unta itu.

Rasulullah SAW selalu tertawa terbahak-bahak saat mengingat kejadian ini sampai gigi geraham beliau tampak, menunjukkan rasa geli hati terhadap insiden yang akan gelagat Nu’aiman

Setelah berlakunya insiden ini apakah yang dilakukan lagi oleh Nu’Aiman yang menyebabkan Rasulullah geli hati dan apakah yang dibualkan oleh Malaikat Munkar Nakir bersama Nu’’Aiman.

Nak lebih mengetahu sejarah tentang Nu’Aiman? Cepat-cepat hubungi kami di https://linktr.ee/ad_daryn

22/10/2024

MENGAPA RATIB Al-Attas diamalkan oleh orang ramai?

Ratib Al-Attas adalah kump**an zikir dan doa yang bertujuan untuk melindungi umat Islam dari ajaran yang menyimpang. Zikir ini bersandarkan pada al-Qur'an dan hadith yang sahih, dan mengamalkannya secara istiqamah membawa manfaat besar bagi dunia dan akhirat.

KELEBIHAN:
• Panjang Umur dan Husnul Khatimah: Zikir ini memberikan manfaat berupa umur panjang dan akhir hidup yang baik (husnul khatimah).
• Doa yang Dikabulkan: Zikir Ratib Al-Attas mujarab untuk permohonan, terutama jika dibaca 41 kali.
• Perlindungan dari Marabahaya: Melindungi dari kebakaran, pencuri, sihir, ular, kejahatan, dan rasa takut.
• Pengampunan Dosa: Membawa pengampunan dosa, walaupun sebanyak buih di laut.
• Ketenangan Hati dan Kemudahan Urusan: Memberikan ketenangan hati, menjauhkan dari musibah, dan mempermudah urusan kehidupan.

Mengamalkan Ratib Al-Attas dengan istiqamah bukan sahaja membawa ketenangan hati tetapi juga menjadikan kehidupan lebih mudah dan diberkati, serta menjamin perlindungan daripada pelbagai bahaya.

Nak pengetahuan lanjut tentang ratib Al-Attas? Hubungi kami di https://linktr.ee/ad_daryn

Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kolej Profesional Mara Beranang
Semenyih
43500