Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih

Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih

Share

Sekolah rendah yang mula beroperasi pada 12 Januari 2015. Untuk ibu-bapa, guru-guru dan anak murid SKBSS berkomunikasi dan berkongsi pengalaman.

Photos from Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih's post 24/08/2026

πŸ† **TAHNIAH! PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS & BANTU MULA** πŸš‘πŸ₯‡

Satu pencapaian yang membanggakan buat **SK Bandar Sunway Semenyih** apabila berjaya meraih **Tempat Pertama** dalam **Pertandingan Kemahiran Pertolongan Cemas Asas dan Bantu Mula Peringkat Daerah Hulu Langat**! πŸŽ‰πŸ‘

πŸ₯‡ **Pencapaian:** Tempat Pertama
πŸš‘ **Pertandingan:** Kemahiran Pertolongan Cemas Asas dan Bantu Mula
πŸ“ **Peringkat:** Daerah Hulu Langat
🏫 **Sekolah:** SK Bandar Sunway Semenyih

Tahniah dan syabas diucapkan kepada **murid-murid serta guru pembimbing** atas komitmen, disiplin, kerjasama dan kemahiran yang telah ditunjukkan sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini. 🌟

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mengamalkan **semangat berani, cekap, prihatin dan sentiasa bersedia membantu** dalam situasi kecemasan. πŸ’ͺ❀️

🌟 **Cekap Membantu, Pantas Bertindak, Berani Menyelamat!**






Photos from Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih's post 24/08/2026

🌟 **PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS!** πŸ†βœ¨

Satu penghargaan buat kelas-kelas yang telah menunjukkan **komitmen, kerjasama, kreativiti dan semangat menjaga kebersihan serta keceriaan** sepanjang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Pertengahan Tahun. 🧹🌿

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua **pemenang dan warga kelas** yang telah bersama-sama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bersih, ceria, selesa dan kondusif. πŸ‘πŸ₯³

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus mengamalkan **budaya kebersihan, keceriaan, disiplin dan tanggungjawab** dalam kehidupan seharian. 🌈πŸ’ͺ

πŸ’‘ **Kelas Bersih, Hati Ceria, Pembelajaran Lebih Bermakna!** ✨





Photos from Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih's post 24/08/2026

πŸš€ **PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN CABARAN SIBER DELIMA!** πŸ†πŸ’»

Satu penghargaan bermakna buat **murid-murid SK Bandar Sunway Semenyih** yang telah menunjukkan semangat, kreativiti, keberanian dan kecemerlangan dalam menyertai **Pertandingan Cabaran Siber DELIMa**. 🌟

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang! πŸ₯³πŸ‘ Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus meneroka dunia digital, meningkatkan kemahiran teknologi dan mencipta inovasi yang lebih hebat pada masa hadapan. πŸš€βœ¨

πŸ’‘ **Celik digital hari ini, pemimpin teknologi masa depan!**





Photos from Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih's post 24/08/2026

πŸ“ŒPENYAMPAIAN SIJIL PERATUSAN KEHADIRAN TERTINGGI KELAS
Tarikh : 24/8/2026 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Laman Bestari

23/08/2026
23/08/2026

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera.

Kutipan Sumbangan PIBG bagi tahun 2026

πŸ“PIBG memohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid untuk menyumbang kepada kutipan PIBG berjumlah RM 100 / perkeluarga

πŸ“Sumbangan tuan/puan ini amat diperlukan oleh PIBG dan sekolah dalam merencanakan program-program akademik, anugerah penghargaan kepada murid, sukan dan aktiviti yang lain sepanjang tahun.

πŸ“Pihak PIBG sangat berharap tuan/puan dapat memberikan sumbangan ini dengan secepat yang boleh untuk PIBG dan sekolah bergerak menjalankan program-program yang dirancang.

πŸ“Sumbangan boleh dibuat atas talian seperti di bawah.

πŸ“No akaun PIBG

8881007936815
Ambank
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH

*Penting*

Pastikan rujukan pembayaran ditulis: Nama anak + bapa dan kelas.

*Hantar resit kepada guru kelas*

Cth: Zayn Yusof 1UKM

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih

YDP PIBG
En. Zairi bin Salleh

22/08/2026

Assalamualaikum & Selamat Pagi Warga Sunwayers,

Kami masih lagi buka sumbangan/tajaan bagi sambutan Maulidur Rasul pada 28 Ogos, terutamanya utk penyediaan bubur lambuk untuk diedarkan kepada semua murid.

Yang berminat utk berbuat demikian boleh berhubung dengan NYDP atau mana2 AJK. Terima kasih.

-PIBG SKBSS-

21/08/2026

β€’Ψ§Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩ„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©ΩΨ§Ω„Ω„Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُه‒
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam PPD Hulu Langat Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

*Pengetua*,
*Guru Besar*,
*Penolong Kanan Hal Ehwal Murid*,
*Penolong Kanan Kokurikulum*,
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat

Perkara: *PERINGATAN BERHUBUNG PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMASA CUACA JEREBU DAN PANAS*

Mohon rujuk semua *garis panduan, prosedur dan ketetapan yang terdapat dalam surat siaran atau surat pekeliling* yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan kesihatan, kebajikan dan keselamatan warga sekolah dalam keadaan yang baik.

Pihak sekolah juga perlu peka dengan situasi semasa dan mengambil langkah perlu dalam memastikan semua risiko dapat dielakkan daripada berlaku. Laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam boleh dilayari melalui pautan METMalaysia - Status Cuaca Panas untuk mengetahui rekod bacaan suhu semasa.

Mohon perhatian, kerjasama, pemahaman dan tindakan berkesan semua berkenaan perkara tersebut.

Semoga kerja buat kita dipermudahkan serta dirahmati dan mendapat keredhaan Tuhan.




*TPPD SPM*
PPD Hulu Langat
21.08.2026

21/08/2026

πŸŽ‚ SELAMAT HARI LAHIR CIKGU MUNIRAH (20.8.2026) 🎈

Semoga sentiasa ceria, sihat dan terus cemerlang dalam menjalankan tugas serta sentiasa dipermudahkan segala urusan.🀲

πŸ’

21/08/2026

πŸš€ PELUNCURAN PROGRAM CONFIRM AI @ UNITEN 2026! πŸŽ“πŸ€–

Satu langkah bermakna ke arah pendidikan pintar, inovasi masa depan, ilmu bermakna dan kemahiran bernilai.

πŸ“… Tarikh: 21 Ogos 2026
🀝 Program bersama: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) & SK Bandar Sunway Semenyih

Semoga program ini menjadi platform untuk mencetuskan minat, kreativiti dan potensi murid dalam meneroka dunia pendidikan serta teknologi masa hadapan. 🌟

πŸ’‘ Belajar hari ini, bina masa depan esok!



Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bandar Sunway Semenyih
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00