Asrama SMK Engku Husain

Asrama SMK Engku Husain

Share

Group ini diwujudkan dalam usaha mengumpul seberapa banyak pelajar² dan bekas² pelajar yang pernah menginap D' puncak bukit tersebut.

FaKtA PeRtAmA:
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih telah dibuka secara rasminya pada 30 jamadil-akhir 1422 hijra bersamaan dengan 18 September 2001 masihi

05/03/2021

Pemilihan asrama telah dibuat untuk sesi 2021

Photos from Asrama SMK Engku Husain's post 18/10/2018

Futsal antara asrama harian selangor 2018

Photos from Asrama SMK Engku Husain's post 04/08/2018

Motivasi Oleh pelajar pelajar KUIS

19/11/2014

Jumaat..21/11/2014 hari terakhir form 1,2,3,4 duduk di asrama.
cuti akhir tahun bermula..f5 masih SPM.

24/10/2014

Tilam dan katil 2001 masih ada sehingga kini....terutama di hostel aspuri..masuk 14 tahun..

07/11/2012

Hampir 12 tahun asrama ini telah berdiri megah di atas bukit, begitu juga mereka yg telah dilahirkan dari asrama ini berdiri megah dengan mempunyai diploma,ijazah juga kerja yang baik... selama 11 tahun silih berganti mereka datang dan pergi dari asrama ini,sudah tiba masa satu hari nanti mereka yang pernah tinggal di asrama ini menabur bakti kepada penghuninya seperti mereka menerima ilmu di asrama ini...

26/12/2011

[ P E N D A F T A R A N . P E L A J A R . A S R A M A .
D A N . P E R J U M P A A N . I B U . B A P A . 2 0 1 2 ]

Tarikh : 03 Januari 2012
Tempat: Asrama SMK Engku Husain
Masa: 2.00 Petang

# Semua pelajar yang telah berjaya dipilih untuk tinggal di asrama perlu mendaftar pada tarikh ini. Sekian, terima kasih ^_^
(sumber : semuhsin.net)

Photos 01/12/2011

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran yang 'ke-11' buat super-senior Asrama SMK Engku Husain, En Romi bin Ishak..
-kami yakin pada capsul masa yang masih tersimpan kat asrama tersebut-

23/11/2011

...Pondok cendawan ditapak perhimpunan asrama telah dibina pada tahun 2003, kerja-kerjanya dimulakan pada 29 mac 2003. [serentak dengan hari pertandingan kawad kaki peringkat daerah di MAKTAB PENJARA KAJANG]

22/11/2011

...Kali terakhir pelajar asrama dibenarkan outing ke Kajang, adalah pada 15 Februari 2003 sebelum ianya di mansukhkan serta merta; tempat paling jauh dibenarkan pergi adalah Destina di Projet(sekarang dah jadi 7e/Shell). Tujuannya adalah demi keselamatan pelajar, memandangkan tahun 2002,2003 berlaku bermacam-macam jenayah di Bandar Kajang… rompakan di OCBC Bank, pergaduhan kumpulan2 samseng, dan berbagai lagi. Tapi bersyukurlah sebab sekarang pun Semenyih dah ada macam2 jugak. (lebih sangat dari yang kami ada dulu…)

22/11/2011

...Untuk pelajar aspuri sahaja, sama ada anda sedar atau tidak terdapat beberapa contengan gambar / tandatangan / tulisan pelajar generasi pertama di dalam locker-locker di dorm 1 dan dorm 2. Untuk pengetahuan semua itu adalah hasil tinggalan pelajar putera ya… BUKAN pelajar puteri :(
Mereka² yang terlibat telah pun mendapat denda yang setimpal dari Ketua Warden Asrama (ketika itu!); Cik Siti Hasmah atas tindakan tidak matang tersebut.
[-penulis minta maaf bagi pihak pelajar generasi pertama aspura-]

# tiada lagi contengan di asrama ini yang berlaku sehinggalah bermulanya tahun 2003, =_=' masing² nak tinggal jejak~

21/11/2011

...Kedudukan sejadah di asrama putera, tidak pernah sekali berubah sejak hari pertama Asrama SMKEH ini dibuka. Kepala masjid (sejadah) akan senantiasa dihalakan ke sebelah kanan manakala kakinya ke arah sebelah kiri.
[sejadah imam terkecuali]
-sumber: siak surau asrama putera smkeh 2001-

Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Semenyih
43500