Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin Semenyih - 23

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin Semenyih - 23

Share

TIDAK BEROPERASI

27/04/2026

📢 IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN 📢
Adakah anda seorang yang bersemangat dalam dunia pendidikan dan ingin membentuk generasi masa depan?
🕵️Kami sedang mencari individu yang *berdedikasi, berintegriti dan berjiwa pendidik* untuk menyertai pas**an kami!
✨ *Jawatan Ditawarkan:*
🔹 Guru Akademik – Bahasa Inggeris
🔹 Guru Tahfiz Quran & Diniah
💼 *Peluang untuk anda:*
✔️ Berkembang dalam kerjaya pendidikan ✔️ Menyumbang kepada pembentukan sahsiah pelajar
✔️ Bekerja dalam persekitaran yang positif & berteraskan nilai Islam
🌟 *Jom sertai kami!*
Bina kerjaya sebagai pendidik cemerlang bersama Al Fateh Excellence Sdn Bhd.
📩 *Hantar resume anda sekarang:*
📧 [email protected]
📱 WhatsApp: 012-4875880
⏳ *Tarikh tutup:* 7 Mei 2026
🗓️*Tarikh kemas**an:*2 Jun 2026
📌 Tempat adalah terhad — mohon sekarang sebelum terlepas peluang!

13/03/2026

📢 JAWATAN KOSONG: PENOLONG PENGURUS (SALES & MARKETING)

Kami membuka peluang kepada individu yang amanah, berintegriti dan progresif untuk menyertai pas**an kami. Jika anda seorang yang aktif, bersemangat dan s**a berurusan dengan orang ramai, inilah peluang anda!

💼 Kelayakan Akademik • Diploma / Ijazah dalam bidang berkaitan atau setaraf
• Mempunyai sijil SPM / SPMV / setaraf
• Pengalaman kerja minimum 1 tahun

📌 Syarat Calon • Amanah dan berintegriti dalam tugas
• Berani memberi cadangan & aktif di lapangan
• Boleh memandu dan mempunyai lesen memandu
• Fleksibel dalam masa dan jadual tugas
• Mampu berurusan dengan agensi kerajaan
• Mempunyai kemahiran perhubungan awam yang baik
• Mahir menggunakan sistem & perisian komputer
• Boleh berbahasa Inggeris dengan baik

💰 Tawaran Gaji RM2100 sebulan + manfaat:
✔ KWSP
✔ PERKESO
✔ SIP
✔ HRDC (upskilling & reskilling)

📧 Hantar resume anda ke:
[email protected]

📲 Pertanyaan / WhatsApp:
https://wa.me/60126875880
https://wa.me/60124875880

⏳ Tempat terhad! Mohon sekarang dan rebut peluang membina kerjaya bersama kami.

Dbayu Travel And Tours 14/05/2025

UMRAH BERSAMA MANASEEK TRAVEL

‎وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِۖ وَلَا تَحۡلِقُواْ رُءُوسَكُمۡ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡهَدۡىُ مَحِلَّهُۥۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦٓ أَذًى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٍۚ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍ فِى ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمْۗ تِلۡكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُۥ حَاضِرِى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
[Al-Baqarah 2:196]

**✨ PERJALANAN SUCI PENUH BERKAT - UMRAH BERSAMA MANASEEK TRAVEL! ✨**

📌**PAKEJ STANDARD UMRAH 2025**
🗓️**15 OGOS HINGGA 26 OGOS**
🗓️**17 SEPT HINGGA 28 SEPT**
🗓️**17 OKTOBER HINGGA 28 OKTOBER**
🗓️**16 NOV HINGGA 27 NOV**
🔏*(12 Hari 10 Malam – Perjalanan Suci Penuh Berkat!)*

**HARGA BERMULA DARI RM7,990* SAHAJA!**
✅ Tiket Penerbangan Pergi & Balik
✅ Penginapan Selesa Berdekatan Masjidil Haram & Masjid Nabawi
✅ Urusan Visa & Pengangkutan Lengkap
✅ Bimbingan Manasik oleh Mutawwif Berpengalaman
✅ 30 Tempat Ziarah Di Mekah Dan Madinah
✅ Dan Banyak Lagi....

**MENGAPA PILIH MANASEEK TRAVEL?**
🌙 *Kemudahan Tanpa Stress*: Urusan disusun rapi, fokus hanya pada ibadah.
🌙 *Berpengalaman*: Berpengalaman menguruskan jemaah umrah.
🌙 *Syarikat bersama Akademi Mutawwif Training & Consultancy*: Yang telah melatih & melahirkan ribuan mutawwif/ah terlatih.
🌙 *Berdaftar & Sah*: KPK/LN 10650 (berdaftar dengan MOTAC)
🌙 *Kump**an Kecil*: Perhatian lebih untuk keselesaan jemaah.
🌙 *Sistematik*: Daftar atas talian & pengurusan yang cekap
🌙 *Penerbangan Tejamin*: Dijamin terbang
🌙 *Bonus*: Ziarah Makkah & Madinah + Hadiah Istimewa untuk Jemaah!

**KELEBIHAN UMRAH BERSAMA MANASEEK**
🌟Tiket Penerbangan Pergi-Balik
🌟Visa Umrah
🌟Penginapan Ikut Bajet Anda
🌟Beg & Kelengkapan Umrah
🌟Insurans Perjalanan
🌟Petugas Khas Di KLIA
🌟Harga Realistik & Munasabah

**JANGAN TANGGUH LAG! TEMPAT SEMAKIN TERHAD!**
📇Pendaftaran Serendah RM500 Sahaja (online)
📅 **Tarikh Tutup Pendaftaran**: Selagi tempat masih ada (Tempat terhad untuk setiap tarikh penerbangan)
👉 **Daftar Sekarang & Rasai Nikmat Ibadah Penuh Makna!**

**📞 Hubungi Manaseek Consultant Kami Sekarang!**
WhatsApp: https://wasap.my/60126875880/nakdaftarUMSstandard

** **

*Terma & syarat dikenakan. Harga mungkin berubah mengikut situasi.*

---

Dbayu Travel And Tours Business Account

27/02/2025
26/02/2025

Bismillah..

Sering kali kita berwakaf untuk program-program wakaf Al-Quran yang diadakan di mana-mana. Ribuan malah jutaan Al-Quran baharu dicetak dan diedar kepada masyarakat, sekolah-sekolah, surau-surau dan masjid-masjid sehingga ada yang tidak terbaca kerana banyaknya Al-Quran.

Lebih malang lagi pahala hasil wakaf Al-Quran tersebut terhenti mengalir kerana Al-Quran yang diwakaf tidak dimanfaat atau terbiar sahaja di rak-rak masjid mahupun institusi tahfiz akhirnya menjadi lusuh dan buruk.

Terdapat juga Al-Quran hasil wakaf tersebut digunakan untuk menggantikan naskah-naskah yang telah rosak, koyak dan lama digunakan oleh pelajar tahfiz. Namun, terfikirkah kita ke mana perginya naskah-naskah kitab suci Al-Quran tersebut pergi ? Bagaimana ianya diuruskan? Adakah disumbat di stor-stor dan dibiarkan mereput sahaja di stor simpanan ?

Tuan puan, ibu ayah yang dihormati sekalian.
Sesungguhnya kitab suci AL-Quran mestilah dimuliakan dan diuruskan dengan penuh penghormatan kerana ianya mengandungi kalam-kalam ALLAH SWT. Al-Quran yang tidak digunakan lagi seharusnya disimpan dengan baik dan di tempat yang baik serta lebih tinggi dari bahan bacaan yang lain.

Namun, bagaimana p**a sekiranya ianya dalam kuantiti yang banyak ? Sudah pasti kitab-kitab Al-Quran tersebut perlu dilupuskan di tempat yang baik, menggunakan kaedah yang tertentu dan dikendalikan oleh autoriti yang diberi kuasa untuk melakukannya bagi menjaga kemulian dan kesucian kitab Al-Quran dan kalam ALLAH SWT itu sendiri.

Namun untuk melaksanakan pelupusan tersebut, sudah pasti memerlukan kos.

Oleh itu, Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh mengambil inisiatif membuka ruang dan peluang melalui infaq PROGRAM MEMULIAKAN DAN MENSUCIKAN AL-QURAN : PELUPUSAN AL-QURAN & BUKU AGAMA KAEDAH TEKNOLOGI HIJAU kepada ibu bapa dan masyarakat. Kami mengalu-alukan infaq serendah RM5.00 untuk sekilogram Al-Quran.

KENAPA TIDAK DIBAKAR ?
Al-Quran dan buku-buku agama akan dilupuskan secara teknologi hijau dan mesra alam dengan cara tidak dibakar untuk memelihara kesucian dan kemuliaan kitab-kitab tersebut disamping menjaga alam sekitar. Tambahan p**a, ianya akan dikitar semula untuk dijadikan kulit Al-Quran untuk naskah yang baharu.

Semoga usaha dan amal kebajikan ini menjadi jariah pahala tuan puan di akhirat sana, Insya-Allah.

Barakallahu fikum.

Infa boleh disalurkan :

AL FATEH EXCELLENCE SDN BHD - MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT
MAYBANK
5660 1063 1738
REF : LUPUS AL QURAN

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI :
Ustaz Naim Aziz - 0 12-487 5880

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ٢٦٧

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Al-Baqarah 267

17/10/2024

Ibu bapa yang dirahmati Allah, jom doakan anak-anak kita di mana pun mereka berada...

12/10/2024

Allahu akbar..
KepadaMu Allah kami menyerahkan urusan saudara kami ini. Tiada lah daya kami melainkan hanya berdoa & memohon pertolongan dariMu.

Kepada sesiapa yang kata boikot tak beri kesan pada negara haram isrhel, ambilah ibrah dari kisah burung kecil yang bantu padam api marak namrud yang membakar Nabi Allah Ibrahim as.

Page not found.

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin Semenyih - 23's post 09/10/2024

Alhamdulillah! 🌟

Sekali lagi MTQ Addin 23 Semenyih telah diberi peluang menyaksikan Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. 🌍📖

Majlis ini lebih istimewa dengan penyertaan peserta hafazan tuan rumah Malaysia, Ustaz Muhammad Rifai'e Mat Zuki yang telah mengalunkan hafazan Al-Quran dengan penuh keindahan dan ketenangan. 🌿

Pengalaman ini amat bermakna buat murid-murid kami, semoga ia membangkitkan lagi semangat cinta mereka terhadap Al-Quran. 🌺✨

09/10/2024



Credit to: Akademi Sinergi Ikhlas

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin Semenyih - 23's post 07/10/2024

|| Taekwando ChampionShip | 5 Oktober ||

Tahniah kepada 20 orang murid MTQ Addin 23 Semenyih yang telah menyertai Taekwondo Championship 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Maluri, Kuala Lumpur! 🏆

Acara ini penuh semangat dengan 2 kategori utama iaitu Sparing dan Pattern. Semangat juang yang tinggi dan usaha gigih telah ditunjukkan oleh setiap peserta. 💪🔥

Kami bangga dengan pencapaian dan penglibatan semua murid. Teruskan usaha, anda semua adalah pahlawan masa depan! 🥋✨

16/09/2024

|| Selamat Hari Malaysia 🇲🇾 ||

Al-Baqarah 2:126

وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّ ٱجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَٱرْزُقْ أَهْلَهُۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُم بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُۥ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُۥٓ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلنَّارِۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Semenyih
43500