26/04/2026
Kejohanan Sukan Tahunan SK Bandar Teknologi Kajang telah berlangsung dengan meriah pada Sabtu, 25 April 2026. Cuaca yang panas tidak mematahkan semangat altet-atlet rumah sukan, para guru dan petugas untuk menjayakannya hingga selesai. Tahniah kepada semua !
16/04/2026
Selamat datang tuan Haji Mohd Zaki Bin Mohd Mukhtar, Guru Besar SK Bandar Teknologi Kajang.
13/02/2026
Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda BTePS 2026 Sesi Pagi Dan Petang telah dilaksanakan pada Khamis, 12 Febuari 2026. Tahniah kepada murid-murid yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan amanah dan tugasan dengan cemerlang.
13/02/2026
Pelancaran Program Ihya Ramadhan, Bulan Panitia Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral BTePS 2026 telah dilaksanakan pada Jumaat, 13 Februari 2026 bertempat di Dataran Teknologi dan Foyer Al Biruni.
29/01/2026
Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027
28/01/2026
Program Merentas Desa SK Bandar Teknologi Kajang 2026 telah dijalankan dengan berjaya dan selamat pada Rabu, 28 Januari 2026. Terima kasih kepada para sukarelawan ibu bapa dan pihak PIBG yang hadir membantu perjalanan program. Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat tempat.
24/01/2026
Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Teknologi Kajang kali ke-23 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 24 Januari 2026. Terima kasih kepada para guru dan ibu-bapa yang telah hadir. Tahniah juga kepada barisan jawatankuasa baru yang telah dilantik.
29/11/2025
15 November 2025 | Majlis Apresiasi dan Jamuan Akhir Tahun Ppki 2025
Alhamdulillah..
Hari ini murid-murid PPKI telah meraikan majlis apresiasi dan jamuan akhir tahun ppki bertempat di The Avenoir Putrajaya dgn jayanya
Majlis ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada suasana sebenar di luar bilik darjah, melatih kemahiran sosial, serta membantu mereka berdikari dalam situasi kehidupan harian seperti beratur, mengikuti arahan, dan menjaga keselamatan diri walau dimana saja berada
Syukur,murid-murid ppki begitu teruja dengan majlis ini..Semoga murid ppki terus membina keyakinan,kemahiran kendiri mereka dan sentiasa bahagia dan gembira..insyaAllah
27/11/2025
27 November 2025 | Aktiviti Terapi MOBILITI MRT
Hari ini murid-murid PPKI telah menjalani aktiviti terapi di luar bilik darjah dengan menaiki MRT dari MRT Kajang ke MRT Muzium Negara Dan MRT Stadium Kajang.
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada suasana sebenar di luar bilik darjah, melatih kemahiran sosial, serta membantu mereka berdikari dalam situasi kehidupan harian seperti membeli token, beratur, mengikuti arahan, dan menjaga keselamatan diri.
Alhamdulillah, murid-murid ppki begitu teruja dengan pengalaman menaiki pengangkutan awam. Semoga aktiviti seperti ini terus membantu membina keyakinan dan kemahiran kendiri mereka. 🌟🚇
05/11/2025
Program Panitia Pendidikan Jasmani/Kesihatan & Pendidikan Muzik
"Hari Anak Desa" bertemakan "Kampung People" telah dijalankan pada :
Tarikh : 5 Nov 2025 (Rabu)
Masa : 7.30 - 11.30 pagi
Tempat : Padang & Dataran Teknologi
SK Bandar Teknologi Kajang
Penglibatan : Semua murid Tahap 1 & 2 PPKI
Antara aktiviti yang dijalankan :
- Senamrobik Lagu Tradisional
- Lari Dalam Guni
- Baling Selipar
- Boling Kelapa
- Bunyi Alam
- Nyanyian Tradisional
Terima kasih kepada para Pentadbir serta ibubapa atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan aktiviti ini. 😊
31/10/2025
Pada 31 Oktober 2025 telah berlangsung Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Puan Rashidah Bt M.C Shaik Fareed PK HEM SK Bandar Teknologi Kajang. Selamat bersara. Semoga sentiasa berbahagia dan ukhwah sentiasa berterusan.