Kids Wardah Educere

Kids Wardah Educere

Share

Kids Wardah Child Care Center (Taman Pelangi Semenyih2)
Kids Wardah Kindergarten(Eco Majestic City)

09/06/2026

Menara yang tinggi memerlukan sistem yang teratur.
Semakin tinggi binaannya, semakin penting asasnya.

Dalam dunia sebenar, kejayaan bukan datang daripada kepintaran semata-mata.

Ia lahir daripada kemampuan merancang, menyelesaikan masalah, berfikir secara logik dan bekerja dengan sabar.

Aktiviti Montessori seperti ini mengajar anak-anak membina kemahiran tersebut secara semula jadi.

Hari ini mereka menyusun blok.
Esok mereka akan menyusun impian..

Terima Kasih Mempercayai Kids Wardah..😊

26/05/2026

Selamat Menyambut Aidiladha 1447H ✨

Semoga hari penuh keberkatan ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam keluarga. 🤍

Di Kids Wardah, kami percaya setiap langkah kecil anak-anak hari ini akan membentuk adab dan hati yang indah pada masa hadapan.

“Where Knowledge Meets Adab.”

Ikhlas daripada kami,
Kids Wardah Educere

Photos from Kids Wardah Educere's post 26/05/2026

9 Zulhijjah 1447H- Salam Hari Arafah semoga ibadah kita hari ini diterima dan doa dimakbulkan..

“Labbaikallahumma Labbaik…” 🤍

Suara kecil mereka mungkin perlahan,
tetapi semoga sampai ke langit sebagai doa dan didikan yang berpanjangan.

Hari ini mereka belajar tentang tawaf, saie dan wukuf di Arafah mengenal perjalanan haji dengan hati yang penuh rasa ingin tahu dan cinta kepada Islam. 🕋

Terima kasih kepada semua yang terlibat di Surau Mukhlisin, Tmn Pelangi Semenyih 2, ibu bapa, guru-guru dan juga jemputan..

Semoga anak-anak ini membesar menjadi penyejuk Umi wa Abi..

17/05/2026

Sebelum menghantar anak kepada pengasuh atau TASKA, pastikan kita tahu kepada siapa kita meletakkan amanah tersebut.

Malang memang tidak berbau.
Namun sekurang-kurangnya kita boleh lebih berhati-hati demi keselamatan si kecil.

Cara mudah untuk menyemak sama ada sesebuah TASKA berdaftar:

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2. Pilih negeri dan daerah
3. Senarai TASKA berdaftar akan dipaparkan

Mudah, tetapi sangat penting.

Keselamatan anak bukan perkara yang boleh dipandang ringan ❤️

Contoh screenshot semakan kami sertakan di ruangan komen…

Sebarang pertanyaan tentang asuhan ataupun pra sekolah boleh terus ke pautan berikut :

wasap.my/60126252481

Photos from Kids Wardah Educere's post 15/05/2026

Hari ini anak-anak di Kids Wardah ada buat tayangan short video untuk hari guru ..

Cuba cari si manja anda 🫰🏻..
macam-macam gelagat comel ada,
Terima kasih kepada parents yang supportive terhadap Kids Wardah dan juga anak-anak bagi menjayakan acara tayangan video sempena hari guru ini..

Selain daripada cikgu di sekolah, tidak lupa, ibu bapa ialah guru yang pertama buat anak-anak yang berbakat ini..

Dengan kesempatan pihak kami juga ingin merakamkan selamat hari guru untuk semua..

Kids Wardah
wasap.my/60126252481

14/05/2026

Tak kenal maka tak cinta..😘

Anak belajar bukan hanya daripada buku 📚
Tetapi juga daripada apa yang mereka lihat setiap hari 🤍

Persekitaran yang positif, selamat dan ceria membantu anak membesar dengan lebih yakin, tenang dan gembira..

Kami sangat berbesar hati ingin menjemput anda ibu bapa yang prihatin akan perkembangan anak-anak agar, melihat sendiri suasana di Kids Wardah Educere , Eco Majestic.✨

📍 Eco Majestic, Semenyih
📞 WhatsApp sekarang untuk booking appointment & school tour:
012-625 2481

12/05/2026

Hari ini adalah hari pertamanya…
mungkin Papa Mama risau kalau dia ambil masa lama untuk menyesuaikan diri 🥺

Tapi rupanya, belum sempat habis sesi…
dah mula bermain, berkawan dan tersenyum bersama ❤️

Kadang-kadang environment yang positif,
cikgu yang penyayang dan kawan-kawan yang baik
boleh buat anak rasa “seronok untuk belajar” dengan sendiri ✨

Alhamdulillah, welcome to Kids Wardah little one 🌸

Mungkin selepas ini giliran untuk si manja anda..
Psst Ibu-ibu, Abiy-abiy sekarang ini tak perlu bayar registration fee tau, nak tahu lebih lanjut wasabi saja... 😊

12/05/2026

Selamat Hari Jururawat 💗

Di sebalik setiap rawatan, ada hati yang penuh sabar, kasih sayang dan pengorbanan.
Terima kasih kepada semua jururawat yang sentiasa menjadi kekuatan buat ramai insan 🌸

“Bukan semua wira memakai mantel, ada yang memakai uniform putih.”

11/05/2026

Dulu… mereka datang kepada kami masih kecil 🤍, sentiasa dalam pelukkan , (psstt... Kids Wardah pun ada Child Care tau!).
Mereka ketika itu belum pandai bercakap, belum pandai berdikari.. 🥲

Hari demi hari, kami melihat mereka membesar…
belajar makan sendiri, membaca doa, berkawan, menulis, ketawa dan menjadi lebih berani ✨

Hari ini… ada antara mereka sudah melangkah ke sekolah rendah.

Dan perkara paling bermakna bagi kami ialah…
kami menjadi sebahagian daripada perjalanan kecil mereka sejak awal 💗..

Walaupun sudah ke sekolah rendah namun apabila berjumpa mereka sentiasa mengingati kami.. rindu p**a rasanya..

12/01/2026

✨ Welcome Back to School! ✏️📚

New year, new uniforms, new smiles, and new dreams 💛
We’re so excited to welcome all our amazing kids back to school!

May this school year be full of fun, learning, laughter, and little big achievements 🌟

Drop a 📚 if your child is ready to learn
or a 🎒 if they’re excited to meet their friends again!

Let’s make this year amazing together 💫

Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 51, Jalan TPS 2/6 Taman Pelangi Semenyih 2
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30