10/08/2026
Assalamualaikum semua!
02 AUGUST 2026
Warm welcome to everyone ke Hari Sukan Little Caliphs Taman Pelangi Semenyih & Little Caliphs Bandar Tasek Kesuma!
Hari ini kita berkumpul di Indoor Court Kompleks Sukan Bangi untuk meriahkan lagi acara tahunan kita. Memang meriah sungguh dewan hari ini dengan kepelbagaian warna ikut tema rumah sukan masing-masing:
* Purple – Tema Ice Cream Wall’s
* Blue – Tema Zus Coffee
* Green – Tema Subway
Bukan anak-anak je yang ada game tau, parents pun ada game khas . So, sediakan tenaga dan sporting masing-masing!
Special thanks kepada para teachers yang sangat bersabar dan gigih melatih anak-anak kita dengan pelbagai ragam. Tanpa dedikasi cikgu-cikgu sekalian, memang takkan berjalan lancar majlis hari ini.
Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada para parents yang sudi hadir dan bagi support padu pada anak-anak. Kehadiran anda semua memang bermakna sangat buat mereka.
Let’s have fun and make some great memories today! Selamat bersukan!
18/05/2026
✨ MAJLIS LITTLE HAJJ 2026 ✨
Alhamdulillah, Majlis Little Hajj telah berlangsung dengan jayanya pada tempoh yang lalu 🤍
Terima kasih kepada ibu ayah atas kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman dan pembelajaran ini menjadi kenangan indah buat anak-anak 🕋✨
📸 Disertakan di bawah link album untuk melihat gambar-gambar sepanjang program Little Hajj:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.972277948877120&type=3
18/05/2026
🚌 EDUCATIONAL TRIP 2026 🚌
Alhamdulillah, program Educational Trip telah berlangsung dengan jayanya pada tempoh yang lalu ✨
Anak-anak berpeluang menimba pengalaman baharu, belajar sambil meneroka serta mencipta memori indah bersama rakan-rakan dan guru 🤍
Terima kasih kepada ibu ayah atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung 😊
📸 Disertakan di bawah link album untuk melihat gambar-gambar sepanjang Educational Trip:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.961007946670787&type=3
30/04/2026
🌟 FIELD TRIP ADVENTURE: EXPLORE, LEARN & FUN! 🌟
Alhamdulillah, selesai sudah kembara ilmu anak-anak kecil kita! Hari ini bukan sekadar jalan-jalan biasa, tapi satu perjalanan yang penuh dengan rasa ingin tahu, keberanian meneroka perkara baru, dan sudah tentu... pure excitement! ✨💛
Dari keriuhan di Kilang Yakult, anak-anak belajar tentang kesihatan diri dengan cara yang sangat interaktif. Kemudian, suasana bertukar menjadi 'magical' bila menjejakkan kaki ke Snowlim Wonderland ❄️. Walaupun sejuk, tapi senyuman dan gelak tawa mereka benar-benar menghangatkan suasana!
Kembara kita diakhiri dengan ketenangan di Masjid Sri Sendayan 🕌. Melihat anak-anak kecil ini tertib dan kagum dengan keindahan rumah Allah, sungguh menyejukkan hati. Ia bukan sekadar lawatan, tapi satu pendedahan kerohanian yang sangat berharga buat mereka.
Terima kasih buat ibu ayah yang sentiasa memberikan sokongan , para guru yang komited menjaga setiap langkah anak-anak, dan hero-hero kecil kami yang menjadi shining stars sepanjang perjalanan ini! ✨🌟
Semoga memori indah hari ini akan terus terpahat dalam ingatan mereka sebagai peringatan bahawa dunia ini luas untuk diteroka dan setiap pengalaman adalah peluang untuk mereka terus membesar dengan bijak dan berani. 🌙❤️
Little Caliphs Bandar Tasek Kesuma
Little Caliph Taman Pelangi Semenyih
16/01/2026
📌 Memperingati Israk dan Mikraj
17 Januari 2026 | 27 Rejab 1447H
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan agung dan penuh keajaiban yang dilalui oleh Nabi Muhammad ﷺ pada 27 Rejab.
Melalui peristiwa inilah, Allah SWT mensyariatkan solat lima waktu kepada umat Islam, satu anugerah dan rahmat yang besar. Tanpa peristiwa ini, kewajipan solat yang ditetapkan kepada umat Islam pasti jauh lebih berat.
Dalam perjalanan suci ini, Rasulullah ﷺ telah dibawa hingga ke Sidratul Muntaha, tempat Baginda menerima perintah langsung daripada Allah SWT untuk mendirikan solat sebagai penghubung antara hamba dan Penciptanya.
Semoga peringatan ini menyemai rasa syukur, menguatkan iman, dan memperteguhkan komitmen kita terhadap solat.