Pusat Pengajian Al-Quran Semenyih

Pusat Pengajian Al-Quran Semenyih

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengajian Al-Quran Semenyih, Education, no. 23, Jalan semenyih indah 9, taman semenyih indah, Semenyih.

29/09/2019

KELAS BARU TAJWID DEWASA PUSAT PENGAJIAN AL QURAN SEMENYIH

โ˜˜Pendaftaran untuk pelajar baru kelas tajwid dewasa akan diadakan pada :

Hari : Selasa
Tarikh : 1.10.2019
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Pusat Pengajian Al Quran Semenyih, No 23, Jln Semenyih Indah 7, Tmn Semenyih Indah, 43500 Semenyih

๐ŸJika tuan/puan berminat utk belajar Al Quran secara bertalaqqi dan mendalami ilmu tajwid.. Tuan/puan boleh daftar dan belajar di Pusat Pengajian Al Quran Semenyih.

โœ…Kelas yg selesa dan berhawa dingin
โœ…Kelas 2 kali seminggu
โœ…Sijil akan diberi kepada pelajar yg berjaya menamatkan pengajian

๐Ÿ”…Pelajar kelas iqra' yg telah tamat digalakkan untuk menyambung ke kelas tajwid dewasa

๐Ÿ”…Untuk pendaftaran kelas lain - Iqra, tajwid dan taranum juga masih dibuka

๐Ÿ“ฑUntuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :

0192463335
0173638958

Jom Mengaji๐Ÿ™‚

23/09/2019

Pendaftaran untuk pelajar baru kini dibuka

Cepat daftar..tempat terhad

Yuran termurah dipasaran...hanya RM40 sahaja.

Kelas 2 kali seminggu

Berminat untuk belajar mengaji Iqra' , tajwid dan taranum sila hubungi 0192463335 ( Ustaz Zukri )

08/08/2019

Jom Mengaji...Rugi Kalau Tak Pandai Baca Al Quran

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KINI DIBUKA

โญ•Daftar segera..tempat terhad

โญ•Yuran murah & berpatutan...Termurah dipasaran

โญ•Kelas 2 kali seminggu

Beralamat di :

โฉPUSAT PENGAJIAN AL-QURAN SEMENYIHโช

23A, JLN. SEMENYIH INDAH 9, TAMAN SEMENYIH INDAH, 43500 SEMENYIH, SELANGOR

โ–ถKELAS PILIHAN :

1. (ASAS TARANUM AL-QURAN)

-Hari Ahad minggu 1 & 3
-Masa : 8.00-11.00pagi

2. (KELAS IQRA' DEWASA)

-Masa : 8.00-9.30 mlm
(Setiap Isnin malam dan jumaat mlm)
-2 kali seminggu

3. (KELAS IQRA' KANAK-KANAK)

-Masa : 8.00-9.30 mlm.
-Setiap Selasa malam dan Khamis malam.
-2 kali seminggu.


4. (KELAS TAJWID & TALAQQI QURAN DEWASA)

-Masa : 8.00-9.30 malam. -Setiap Selasa malam dan khamis malam.
-2 kali seminggu.


5. (KELAS TAJWID KANAK-KANAK)

-Masa : 8.00-9.30 malam
-Setiap Selasa malam dan Khamis malam.
-2 kali seminggu.

6. (KELAS TARANUM LANJUTAN)

-Masa : 8.00 - 11.00 mlm
-Setiap hari Jumaat Malam


โœ…Bilik berhawa dingin dan kelas yg selesa.
โœ…Tenaga pengajar yg mahir & mempunyai tauliah MAIS.
โœ…Ada sijil tamat pengajian


Untuk pertanyaan & pendaftaran sila klik link dibawah :

๐Ÿ“ฑ https://www.wasap.my/60192463335/KelasQuran

08/08/2019

KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN

Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan kepentingan mempelajari al-Quran?



Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berkaitan soalan di atas, terdapat banyak ayat al-Quran mahupun hadith Nabawiyyah yang menceritakan berkaitan kelebihan al-Quran dan juga kelebihan mempelajari al-Quran. Di sini, kami akan nyatakan sebahagian daripadanya, antaranya adalah:



Firman Allah SWT:



ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูŠูŽุชู’ู„ููˆู†ูŽ ูƒูุชูŽุงุจูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู€ู‡ู ูˆูŽุฃูŽู‚ูŽุงู…ููˆุง ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ููŽู‚ููˆุง ู…ูู…ู‘ูŽุง ุฑูŽุฒูŽู‚ู’ู†ูŽุงู‡ูู…ู’ ุณูุฑู‘ู‹ุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽุงู†ููŠูŽุฉู‹ ูŠูŽุฑู’ุฌููˆู†ูŽ ุชูุฌูŽุงุฑูŽุฉู‹ ู„ู‘ูŽู† ุชูŽุจููˆุฑูŽ

Maksudnya: โ€œSesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugianโ€. [Fathir:29]



Firman Allah SWT lagi:



ูˆูŽู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ูŠูŽุณู‘ูŽุฑู’ู†ูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ู„ูู„ุฐูู‘ูƒู’ุฑู ููŽู‡ูŽู„ู’ ู…ูู† ู…ู‘ูุฏู‘ูŽูƒูุฑู

Maksudnya: โ€œDan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?โ€. [al-Qamar:17]



Firman Allah SWT:

ูˆูŽุฑูŽุชูู‘ู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุชูŽุฑู’ุชููŠู„ู‹ุง

Maksudnya: โ€œDan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)โ€. [al-Muzzammil:4]



Di dalam ketiga ayat di atas, kesemuanya menunjukkan bahawa Allah SWT s**a kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.



Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



ุงู‚ู’ุฑูŽุกููˆุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุดูŽูููŠุนู‹ุง ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู

Maksudnya: โ€œBacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanyaโ€. [Riwayat Muslim (804)]



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



ูˆูŽู…ูŽุง ุงุฌู’ุชูŽู…ูŽุนูŽ ู‚ูŽูˆู’ู…ูŒ ูููŠ ุจูŽูŠู’ุชู ู…ูู†ู’ ุจููŠููˆุชู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูŠูŽุชู’ู„ููˆู†ูŽ ูƒูุชูŽุงุจูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุชูŽุฏูŽุงุฑูŽุณููˆู†ูŽู‡ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู†ูŽุฒูŽู„ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู ุงู„ุณู‘ูŽูƒููŠู†ูŽุฉูุŒ ูˆูŽุบูŽุดููŠูŽุชู’ู‡ูู…ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽุฉู ูˆูŽุญูŽูู‘ูŽุชู’ู‡ูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉูุŒ ูˆูŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ูููŠู…ูŽู†ู’ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุจูŽุทู‘ูŽุฃูŽ ุจูู‡ู ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ูุŒ ู„ูŽู…ู’ ูŠูุณู’ุฑูุนู’ ุจูู‡ู ู†ูŽุณูŽุจูู‡ู

Maksudnya: โ€œDan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya ituโ€. [Riwayat Muslim (2699)]



Daripada Abdullah bin Masโ€™ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



ู…ูŽู† ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุญูŽุฑู’ูู‹ุง ู…ูู†ู’ ูƒูุชูŽุงุจู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒ ุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ุจูุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„ูู‡ูŽุง ุŒ ู„ูŽุง ุฃูŽู‚ููˆู’ู„ู ุขู„ู… ุญูŽุฑู’ููŒ ุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽู„ูููŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ูŽุงู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู…ููŠู’ู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ

Maksudnya: โ€œBarangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan โ€œุงู„ู…โ€ satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu hurufโ€.[Riwayat al-Tirmizi (2835)]



Daripada Abdullah bin โ€˜Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:



ูŠูู‚ูŽุงู„ู ู„ูุตูŽุงุญูุจู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู: ุงู‚ู’ุฑูŽุฃู’ุŒ ูˆูŽุงุฑู’ุชูŽู‚ูุŒ ูˆูŽุฑูŽุชู‘ูู„ู’ ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูู†ู’ุชูŽ ุชูุฑูŽุชู‘ูู„ู ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุงุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ูŽูƒูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุขุฎูุฑู ุขูŠูŽุฉู ุชูŽู‚ู’ุฑูŽุคูู‡ูŽุง

Maksudnya: โ€œDikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannyaโ€. [Riwayat Abu Daud (1464)]



Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูƒูŽุงู„ุฃูุชู’ุฑูุฌู‘ูŽุฉูุŒ ุทูŽุนู’ู…ูู‡ูŽุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŒ ูˆูŽุฑููŠุญูู‡ูŽุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŒุŒ ูˆูŽู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ุงูŽ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ูƒูŽุงู„ุชู‘ูŽู…ู’ุฑูŽุฉู ุทูŽุนู’ู…ูู‡ูŽุง ุทูŽูŠู‘ูุจูŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุฑููŠุญูŽ ู„ูŽู‡ูŽุง

Maksudnya: โ€œPerumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbauโ€. [Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)]



Cara Mempelajari al-Quran

Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Di samping itu, Nabi SAW akan belajar al-Quran dengan Jibril AS setiap tahun sekali melainkan pada tahun kewafatan Baginda SAW iaitu sebanyak dua kali sebagaimana di dalam hadith yang sahih:



Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:



ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฌูุจู’ุฑููŠู„ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุนูŽุงุฑูุถูู†ููŠ ุจูุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ู ูƒูู„ู‘ูŽ ุณูŽู†ูŽุฉูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุงุฑูŽุถูŽู†ููŠ ุงู„ุนูŽุงู…ูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุชูŽูŠู’ู†ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุฃูุฑูŽุงู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุญูŽุถูŽุฑูŽ ุฃูŽุฌูŽู„ููŠ

Maksudnya: โ€œJibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datangโ€. [Riwayat al-Bukhari (3353)]



Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi selepas daripada sahabat seperti tabiโ€™in, tabiโ€™ tabiโ€™in dan selepas daripada mereka.



Hukum Mengambil Upah Dalam Mengajar al-Quran

Imam al-Nawawi ada membahaskan berkaitan pendapat ulamaโ€™ pada hukum mengambil upah daripada mengajar al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian: [Lihat: al-Tibyan, 66-67]



Ulamaโ€™ yang mencegah seperti al-Zuhri dan Abu Hanifah.Ulamaโ€™ yang mengharuskan mengajar al-Quran tanpa meletakkan syarat seperti Hasan al-Basri, al-Syaโ€™bi dan Ibn Sirin.Ulamaโ€™ yang membolehkan dengan syarat pemberi upah dan penerimanya perlu bersetuju dengan pembayaran upah tersebut. Antara mereka ialah Athoโ€™, Imam Malik dan al-Syafie.



Pendapat Syeikh Ali al-Shobuni

Beliau berkata, aku berpendapat bahawa pandangan fiqh yang halus (teliti) ini mengangkat tahap ilmu ke tahap ibadah. Maka pandangan semacam ini perlu diperhatikan. Namun ilmu syariah hampir saja tidak memperoleh perhatian sekalipun fatwa ulamaโ€™ mutaโ€™akhirin tentang bolehnya mengambil upah mengajar. Apalagi kalau kita mengambil pandangan ulamaโ€™ mutaqaddimin yang melarang mengambil gaji dan upah (mengajar)?. Dengan begitu maka tidak akan ada lagi orang yang mengajar dan orang yang belajar. [Lihat: Tafsir Rawaโ€™i al-Bayan, 152/1]



Pendapat Dipilih

Setelah melihat beberapa pendapat di atas, kami memilih untuk mengatakan bahawa dibolehkan mengambil upah daripada mengajar al-Quran. Ini kerana, bagi menampung kos-kos pengajian seperti usaha, pengangkutan dan masa yang ditanggung oleh guru tersebut. Berkaitan isu yang menular berkaitan belajar al-Quran di dalam Jet Persendirian dengan harga yang tinggi. Pertamanya, kami nasihatkan agar disiasat (tabayyun) terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain kerana dikhuatiri ia adalah fitnah yang direka oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu atau niat yang tidak baik. Tetapi jika khabar ini benar maka kami nasihatkan agar tidak menjadikan al-Quran atau mengambil upah yang tinggi sebagai usul atau tujuan utama perniagaan dan menjadikan penyewaan jet sebagai ikutan (tabiโ€™) daripada tujuan asal. Ini kerana, ia akan menimbulkan fitnah terhadap agama dan juga orang yang mengajarkan agama itu sendiri. Walaubagaimanapun, jika tujuan asal adalah penyewaan jet tetapi disertakan (pakej) pengajian al-Quran secara percuma di dalamnya maka ini dibolehkan.



Penutup

Kami menutup perbincangan ini dengan nasihat Imam al-Nawawi di dalam al-Tibyan bahawa kita perlu berwaspada apabila menjadikan al-Quran sebagai satu-satunya punca pendapatan dalam mencari rezeki. Kesimp**annya, kita dituntut untuk sentiasa mempelajari dan mengajarkannya bagi sesiapa yang mampu. Ini kerana, Nabi SAW menyifatkan golongan ini sebagi sebaik-baik manusia. Sebagaimana di dalam hadith:



Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



ุฎูŽูŠู’ุฑููƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œSebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannyaโ€. [Riwayat al-Bukhari (5027)]



Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. Amin


Wallahuaโ€™lam

Sumber : Irsyad Al Hadith Siri 163 : Kepentingan Mempelajari Al- Quran - Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

07/08/2019

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN SEMENYIH

Pusat Pengajian Al-Quran Semenyih telah mula diilhamkan penubuhannya sejak bulan Mei tahun 2009. Antara yang terlibat adalah guru-guru SK Semenyih yang mahir dalam ilmu pembacaan Al-Quran iaitu Ustaz Muhammad Zukri Bin Mohamed, Ustaz Mohd Lutfi bin Ahmad, Ustaz Shahrul Faizal bin Sarman dan Ustaz Muhammad Hanif bin Abd Fatah.

Idea tersebut tercetus oleh kerana guru-guru berkenaan merasa terpanggil untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan murid SK Semenyih dan meningkatkan kuantiti murid-murid yang mahir di dalam ilmu tersebut memandangkan prestasi sebilangan besar murid-murid sekolah berkenaan dalam menguasai ilmu pembacaan Al-Quran adalah tidak memuaskan. Guru-guru yang terlibat telah berbincang dan hasilnya, tercetuslah idea untuk menubuhlah kelas bimbingan Al-Quran di SK Semenyih.

Pada mulanya, kelas ini adalah bertujuan memperbaiki kelemahan di kalangan murid-murid SK Semenyih didalam pembacaan Al-Quran, akan tetapi, memandangkan Kelas Bimbingan Al-Quran yang masih belum wujud secara formal di Semenyih, guru-guru tersebut mengambil keputusan untuk membuka kelas tersebut kepada awam yang meliputi kelas Iqra, tajwid dan tarannum.

Memandangkan kos yang tinggi untuk menyewa bangunan bagi tujuan itu, guru-guru tersebut telah memohon kebenaran daripada guru besar SK Semenyih untuk mengadakan kelas Al-Quran tersebut di bangunan sekolah. Bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah, guru besar telah mencadangkan supaya kelas tersebut bernaung di bawah Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Semenyih dan cadangan tersebut telah dipersetujui oleh guru-guru yang terlibat. Sumbangan p**a adalah sebanyak RM 30 sebulan dimana pihak pengurusan perlu membayar sebanyak RM 150 sebulan kepada pihak sekolah.

Setelah mendapat kelulusan dari pihak sekolah, brosur mula diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau yang berhampiran serta papan iklan dinaikkan di kawasan yang sesuai. Akhirnya, berbekalkan 65 orang pelajar yang berdaftar, kelas tersebut telah dibuka pada 5 haribulan Januari tahun 2010 dan majlis perasmiannya telah diadakan di dewan SK Semenyih. Setelah mengenalpasti bilangan pelajar dan kelas yang diperlukan, pihak pengurusan kelas pengajian al-Quran yang terdiri daripada guru-guru berkenaan dan juga berfungsi sebagai tenaga pengajar bagi kelas tersebut telah mengambil keputusan untuk membuka empat kelas iaitu: Kelas Iqra terbuka, kelas Tajweed kanak-kanak, kelas Tajweed dewasa dan kelas Tarannum terbuka.

Kelas diadakan setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Kelas tersebut bermula dengan lancar dengan bilangan seramai 65 orang murid keseluruhannnya. Akan tetapi, ia menyusut dan terus menyusut selepas empat bulan kerana kekangan masa. Ramai diantara para pelajar yang terlibat tidak dapat hadir ke kelas tersebut kerana pelbagai urusan pada hari Ahad seperti menghadiri majlis perkahwinan, urusan keluarga, kerja lebih masa dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak pengurusan kelas bimbingan Al-Quran tersebut telah memikirkan alternatif untuk menyewa sebuah bangunan yang dapat beroperasi setiap hari bagi menampung permintaan tambahan masa bagi kelas tersebut.

Hasilnya, tertubuhlah Pusat pengajian Al-Quran Semenyih yang bertempat di No. 23, Tingkat Atas, Jln Semenyih Indah, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Pihak pusat pengajian bercadang untuk mengadakan kelas setiap hari pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang serta 8.00 malam hingga 9.30 malam.
Sehingga tahun 2019, Pusat Pengajian Al-Quran telah beroperasi lebih 10 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, Pusat Pengajian Al-Quran telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menanam budaya cintakan Al-Quran dan Islam. Selain menjalankan kelas dan pengajian bacaan Al-Quran bagi kelas yang telah ditawarkan, antara program dan aktiviti lain yang telah dijalankan termasuklah:

Pengajian Percuma Anak Yatim dan Asnaf

Tahsin Al-Quran bersama Ustaz Nik Azizan

Bengkel Al-Fatihah oleh Ustaz Hasim bin Haron (Pensyarah Institut Perguruan Malaysia: Kampus Pendidikan Islam)

Seminar Kesedaran Dinar Emas dan Perak oleh
Sheikh Al-Maqari Mantan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah / Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan)

Kem Intensif Al-Quran Cuti Sekolah

Oleh kerana sumbangan dari penuntut-penuntut Pusat Pengajian Al-Quran setiap bulan diputuskan oleh semua AJK Pusat Pengajian Al-Quran tidak dinaikkan sehingga kini, segala perbelanjaan bagi kos menyelenggara dan kemudahan prasarana banyak bergantung kepada sumbangan dari pihak-pihak korporat dan para penyumbang yang budiman untuk beroperasi sehingga kini. Oleh kerana itu, Pusat Pengajian Al-Quran Semenyih amat memerlukan sumbangan dalam bentuk dana sebagai suatu amalan zakat, sedekah mahupun sumbangan ikhlas dari sesiapa sahaja untuk meneruskan operasi yang telah berjalan sehingga kini.

07/08/2019
Want your school to be the top-listed School/college in Semenyih?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 23, Jalan Semenyih Indah 9, Taman Semenyih Indah
Semenyih
43500