11/05/2022
Assalamualaikum dan Salam Hormat.
Hai!
Kita biasa dengar Jurutera yang terlibat dengan 'Construction' @ Industri Pembinaan kan?
Dalam construction ni selain pasukan Jurutera, mereka juga ada pasukan Arkitek, Arkitek Landskap, UkurBahan dan lain-lain yang berkaitan. Tapi pernah ke kalian tahu sebelum kerja construction itu bermula, ada satu kelulusan atau surat yang kena ada iaitu Kebenaran Merancang?
Kalau kita pergi kepada definisi Kebenaran Merancang ni...Kebenaran merancang adalah kebenaran yang diberikan dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan. Tapi siapa yang keluarkan kebenaran ini?
Jawapannya - pihak Majlis di kawasan yang hendak dilaksanakan projek pembinaan tersebut.
Kalau rujuk contoh pada gambar, dalam column merah tu ada tulis 'Dengan Kelulusan Pelan Induk/Master Plan'. Gapo Ghima tu? 😆
Pelan Induk ni adalah pelan pembangunan yang perlu ada untuk membangunkan sesuatu kawasan tersebut. Pihak pemaju melantik Consultant Planner (Perancang Bandar) untuk keluarkan satu pelan induk. Pelan itu jelas dengan pembangunan hampir keseluruhan Fasa yang terlibat (setiap perubahan fasa sekiranya berlaku, perlukan perubahan pada pelan induk).
Jadi apa relate dengan Kebenaran Merancang (KM) sedangkan dah ada pelan induk? Pelan induk umpama proposal yg telah diluluskan manakala KM yang dikeluarkan pihak Majlis ini nak set bahawa projek ready nak on.
Kalau xde KM ni boleh ke jalan projek? Jawabnya x boleh. KM yang dikeluarkan ni boleh jadi tanpa syarat atau bersyarat seperti maksud definisi tadi. Kalau jalan juga tanpa KM, masak guys....Majlis akan anggap lokasi tu x wujud. Lain² perkara seperti diarahkan runtuh kembali bangunan, x cover jika berlaku insiden ke ape, saya x pasti. Saya terlibat projek sebelum ini semua jelas ada KM (tanpa syarat atau bersyarat) sebab kami pasukan construction yang baik 😆. Dapat sesuatu?
*Nota tambahan: Nanti boleh la cuba download Kebenaran Merancang yang MBSA terbitkan seperti dalam gambar. Ada macam² info. Nanti ada masa saya share pasal OSC, pasal Authority lain yang terlibat sepanjang construction ni sekadar kemampuan saya. InsyaAllah