Cikgu afif

Directions

Cikgu afif -Page peribadi yang cerita pengajaran hidup.
- moga bermanfaat

10/09/2026
Anakku,Belajarlah bersungguh-sungguh. Ilmu yang kamu usahakan hari ini akan menjadi bekalan untuk masa depan. Apabila ka...
18/07/2026

Anakku,

Belajarlah bersungguh-sungguh. Ilmu yang kamu usahakan hari ini akan menjadi bekalan untuk masa depan. Apabila kamu mempunyai ilmu, sijil dan kemahiran, pintu peluang akan terbuka lebih luas. Semakin banyak peluang yang ada, semakin bebas kamu memilih jalan hidup yang kamu inginkan.

Lihatlah orang yang bekerja mengutip sampah. Itu adalah pekerjaan yang mulia kerana mereka menjaga kebersihan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kita perlu menghormati setiap pekerjaan dan tidak memandang rendah kepada sesiapa.

Namun, ada orang yang mungkin mempunyai pilihan kerjaya yang lebih terhad kerana peluang yang mereka miliki tidak sebanyak orang lain. Sebab itulah ayah dan ibu sentiasa mengingatkan kamu supaya belajar bersungguh-sungguh. Bukan untuk merasa lebih hebat daripada orang lain, tetapi supaya kamu mempunyai lebih banyak pilihan dalam hidup.

Belajarlah bukan kerana dipaksa, tetapi kerana ilmu memberi kebebasan. Dengan ilmu, kamu boleh memilih kerjaya yang kamu minati, membantu keluarga, berbakti kepada masyarakat dan mengejar impianmu.

Ingatlah, kesusahan belajar hanya sementara, tetapi nikmat hasil usaha itu boleh dirasai sepanjang hayat. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Berusahalah hari ini agar suatu hari nanti kamu dapat berkata, "Aku bersyukur kerana aku tidak berputus asa."

Kalau dulu pistol ..air ni selalu kejutkan murid yang tertidur dalam kelas.. bagi aku mungkin ini cara paling lembut.. t...
16/07/2026

Kalau dulu pistol ..air ni selalu kejutkan murid yang tertidur dalam kelas.. bagi aku mungkin ini cara paling lembut.. tp sekarang dh malas nk guna.. tidur , main².. hanya tegur & ambil gambar untuk simpanan sendiri.

Mana Tau ada Ibu ayah persoal kenapa anak mereka x dpt keputusan yang bagus .. hanya perlu tunjuk gambar sebagai bukti..

Tp semua itu x halang semangat untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna . Cuma kuasa guru semakin berkurang & kita kena akur dengan perkara itu.

20/07/2024

Nabi SAW memberikan amaran keras bagi sesiapa yang tidak hadir solat berjemaah di masjid. Sabda Nabi SAW :

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ

Maksudnya :” Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka.”

Riwayat Al-Bukhari (2420

Geng inovasi.
13/06/2024

Geng inovasi.

Hadis ke-15 .Adab orang mukmin.
06/09/2023

Hadis ke-15 .Adab orang mukmin.

Watch, follow, and discover more trending content.

07/09/2022

Beban

Apabila kamu sedar yang dirimu adalah beban. Maka kamu perlu melangkah pergi.

Beban itu memenatkan.. hanya yang sabar dapat menahannya. Makin lama penatlah org disebelah kamu.

Dua cara untuk pergi, samada takdir Ilahi atau takdir sendiri. Jika takdir sendiri jadi pilihan jangan menyesal dan jangan patah balik.

Itu pilihan sendiri.

24/08/2022

REZEKI DAN UJIAN

Definisi rezeki itu luas. Kesihatan yang baik, pekerjaan yang ada, jiran yang saling membantu, harta yang cukup, keluarga yang melengkapi dan berjuta kebaikan dan nikmati adalah rezeki kurniaan dari yang maha Esa.

Ujian p**a akan hadir diselangi dengan rezeki tadi. Juga mungkin perkara yang berlawanan dengan rezeki tadi. Contohnya seorang insan yang ada semua perkara diatas kecuali dia diuji dengan kesakitan.

Sakit itu adalah satu ujian dari beribu kenikmatan yang diberi kepada hambanya. Tapi kenapa dia diuji?

Sudah tentu banyak hikmahnya, jika ada kesedaran waktu diuji kita pasti lebih dekat dengan Allah. Juga Allah akan memberi ujian itu sesuai dengan kudrat hambanya.

Tak semestinya ujian itu hadir dengan rasa sakit dan juga dinilai dengan harta yang sedikit. Juga boleh jadi ujian itu hadir dengan kesihatan yang baik dan harta yang banyak sehingga seorang insan itu lupa tugasnya sebagai hamba dimuka bumi ini.

Syukur atas segala nikmat kurniaannya. Semoga kita semua berada dalam redha Allah sentiasa.

IKHLASSegala penat lelah harta, tenaga dan wang ringgit ganjarannya berlipat kali ganda dengan syarat ikhlas.Namun, jika...
23/08/2022

IKHLAS

Segala penat lelah harta, tenaga dan wang ringgit ganjarannya berlipat kali ganda dengan syarat ikhlas.

Namun, jika sumbangan itu diberikan dari pagi hingga ke petang. Tapi di malam hari kamu mengungkit tenaga kamu pada insan yang kamu bantu, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Sebagai manusia tidak sekali dapat kita menilai ikhlasnya diri seseorang. Namun kadang mulut yang berbicara beberapa saat mampu menghapus ganjaran ikhlas itu.

Moga kita dijauhkan dari amalan yang sia-sia.

KeupayaanManusia berbeza keupayaan. Tak semua sama. Ada yang langsung tiada upaya. Jangan memaksa insan yang diluar kema...
23/08/2022

Keupayaan

Manusia berbeza keupayaan. Tak semua sama. Ada yang langsung tiada upaya. Jangan memaksa insan yang diluar kemampuannya. Itu takdirnya, diberi had sebegitu.

Jika kamu memaksanya, memarahinya, memerlinya itu sudah memberi luka yang besar buat dirinya. Sudah la sakit yang tidak tertanggung. Kamu melihat dia seolah dia sengaja mahu diri dia begitu.

Namun, jika ada insan yang sihat tidak mahu berusaha, malas, kedekut tenaga. Pesan padanya lihat dunia seluasnya. Rezeki upaya itu besar. Boleh buat apa sahaja. Asal rajin jadilah ia.

Rezeki itu sudah ditentukan olehNYA. apa yang tinggal perlu usaha, tawakkal dan redha.

Address

Semanggol
34400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu afif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category