PPKI SMK Selinsing

PPKI SMK Selinsing Ditubuhkan bagi perkongsian program PPKI SMK Selinsing dengan masyarakat luar khususnya alam maya

๐ŸŒฟ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ HARI KEUSAHAWANAN & LARIAN ECO NATURE RUN SMK SELINSING 2026 ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟJom meriahkan Hari Keusahawanan & Larian Eco Nat...
18/08/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ HARI KEUSAHAWANAN & LARIAN ECO NATURE RUN SMK SELINSING 2026 ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟ

Jom meriahkan Hari Keusahawanan & Larian Eco Nature Run SMK Selinsing 2026! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 7.30 pagi
๐Ÿ“ SMK Selinsing

Pelbagai aktiviti menarik menanti! ๐Ÿคฉ
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Eco Nature Run
๐Ÿœ Gerai jualan aneka makanan
๐ŸŽฎ Pertandingan E-Sport
๐Ÿธ Game Sepak Raga Buluh Ayam
๐Ÿ Jaringan Bola Netball
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
๐Ÿ› ๏ธ Pameran Kerjaya
๐Ÿ‘• Jualan Barangan Terpakai
๐Ÿ“ Ujian Kenaikan Pangkat KRS
๐ŸŽฒ Table Booth Games

๐Ÿ’š Datang beramai-ramai!
Sokong warga SMK Selinsing sambil beriadah, berbelanja dan memeriahkan program keusahawanan sekolah.

๐Ÿ“ข Jangan lupa! 23 Ogos 2026 โ€” kita jumpa di SMK Selinsing!

PARIT BUNTAR, 30 Julai โ€“ Pasukan Badminton PPKI SMK Selinsing berjaya mencatat kejayaan membanggakan dalam Kejohanan Bad...
30/07/2026

PARIT BUNTAR, 30 Julai โ€“ Pasukan Badminton PPKI SMK Selinsing berjaya mencatat kejayaan membanggakan dalam Kejohanan Badminton Pendidikan Khas MSSD Kerian 2026 yang berlangsung di Kerian Sport Arena, Mydin Parit Buntar.

Aidil Irfan muncul Johan Kategori Fizikal, manakala Fitri Aiman menyertai pertandingan dalam Kategori Masalah Pembelajaran dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Kejayaan ini adalah hasil bimbingan Pn. Aini Roziana selaku Pengurus Pasukan/Jurulatih dan En. Haniff Asyraf sebagai Jurulatih/Umpire, serta sokongan padu daripada warga sekolah dan ibu bapa.

Tahniah dan syabas kepada seluruh Pasukan Badminton PPKI SMK Selinsing atas pencapaian yang membanggakan.

SMKS SMART-HEBAT-OWESOME
SMK Selinsing Hebat! Kita Boleh!

Tidak semua perjuangan berakhir di podium, tetapi setiap perjuangan tetap layak dihargai.Dalam acara 1500m Lelaki 15 BP,...
22/07/2026

Tidak semua perjuangan berakhir di podium, tetapi setiap perjuangan tetap layak dihargai.

Dalam acara 1500m Lelaki 15 BP, Muhammad Aziz Rusam menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dengan catatan 5:27.13, manakala Muhammad Amin Rusam di tempat ke-7 dengan catatan 5:38.72.

Syabas Kembar Selinsing! Terima kasih kerana berjuang hingga ke garisan penamat. Kejayaan bukan hanya diukur melalui pingat, tetapi juga melalui keberanian, disiplin dan semangat yang tidak pernah luntur.

SMK Selinsing bangga dengan kalian. ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Terbanglah setinggi mungkin. Kotakan janji yang telah diukir. Menang atau kalah, berjuanglah tanpa mengenal erti mengala...
21/07/2026

Terbanglah setinggi mungkin. Kotakan janji yang telah diukir. Menang atau kalah, berjuanglah tanpa mengenal erti mengalah.

Selamat berjuang, Kembar Selinsing! ๐Ÿ…

DUA KEMBAR PPKI SMK SELINSING GALAS CABARAN KERIAN DI KAMPARSELINSING, 20 Julai โ€“ Dua atlet PPKI SMK Selinsing, Amin Rus...
20/07/2026

DUA KEMBAR PPKI SMK SELINSING GALAS CABARAN KERIAN DI KAMPAR

SELINSING, 20 Julai โ€“ Dua atlet PPKI SMK Selinsing, Amin Rusam dan Aziz Rusam, terus mencipta kebanggaan apabila dipilih menyertai Pasukan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kerian bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak 2026.

Kedua-dua atlet kembar ini akan membawa cabaran Daerah Kerian pada kejohanan yang berlangsung 21 hingga 23 Julai 2026 di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak, selepas mempamerkan komitmen, disiplin dan prestasi cemerlang sepanjang sesi pemilihan serta latihan.

Pemilihan ini bukan sahaja menjadi satu pengiktirafan kepada usaha mereka, malah membuktikan bahawa kesungguhan dan semangat juang mampu membuka jalan ke pentas yang lebih tinggi.

Terbanglah setinggi mungkin, Amin & Aziz โ€“ kembar hebat PPKI SMK Selinsing. Bawalah bersama impian sekolah, semangat Daerah Kerian dan keyakinan bahawa setiap langkah di balapan adalah perjuangan yang penuh makna.

Seluruh warga PPKI SMK Selinsing mendoakan agar Amin dan Aziz diberikan kesihatan yang baik, kekuatan mental dan fizikal serta berjaya mengharumkan nama sekolah dan Daerah Kerian.

Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kerian. Semoga pulang dengan kejayaan, memecahkan rekod, meraih pingat dan mengibarkan nama Kerian dengan penuh bangga di pentas Negeri Perak 2026! ๐Ÿ…๐Ÿ’š

๐ŸŽฅ SIARAN LANGSUNG | MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA MSS PERAK KALI KE-68 TAHUN 2026๐Ÿ“ข Jangan lepaskan peluang...
10/07/2026

๐ŸŽฅ SIARAN LANGSUNG | MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA MSS PERAK KALI KE-68 TAHUN 2026

๐Ÿ“ข Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSS Perak Kali Ke-68 Tahun 2026 secara LIVE!

Mari bersama-sama memberikan sokongan kepada para atlet yang akan mempamerkan semangat juang, disiplin dan kecemerlangan sepanjang kejohanan berlangsung.

๐Ÿ“บ Tonton secara langsung di YouTube USTP PPD Kerian:

๐Ÿ‘‰ https://youtube.com/live/NyiD4O-u3Lc?feature=share

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Julai 2026

โฐ Masa : 8 Malam

Jom sama-sama kita raikan atlet-atlet muda negeri Perak dan saksikan detik-detik bersejarah majlis perasmian pembukaan kejohanan ini.

Jangan lupa Like ๐Ÿ‘ | Share ๐Ÿ”„ | Subscribe โ–ถ๏ธ

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSS PERAK KALI KE 68 ...

PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SMK SELINSING 30/6-1/7 2026 | Homestay Teratak Suri, Selinsing Sentri - C. Saadon & C. Asyraf
30/06/2026

PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SMK SELINSING
30/6-1/7 2026 | Homestay Teratak Suri, Selinsing

Sentri - C. Saadon & C. Asyraf

PROGRAM PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SMK SELINSING 202630 JUN - 1 JULAI 2026HOMESTAY TERATAK SURI, SELINSINGMoga perancanga...
29/06/2026

PROGRAM PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SMK SELINSING 2026
30 JUN - 1 JULAI 2026
HOMESTAY TERATAK SURI, SELINSING

Moga perancangan yang telah diatur akan dipermudahkan Allah.

24/06/2026

๐Ÿ† PROGRAM RENTAK CITRAWARNA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KERIAN 2026 ๐Ÿ†
๐Ÿ“ Mydin Mall Parit Buntar
๐Ÿ“… 24 Jun 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI SMK Selinsing atas pencapaian cemerlang dalam Program Rentak Citrawarna Pendidikan Khas Daerah Kerian 2026.

๐ŸŽค Kategori Nyanyian Solo (Menengah)๐Ÿฅˆ
NUR ALYA IBTISAM BINTI AHMAD FADZIL berjaya meraih Tempat Kedua hasil lontaran suara yang memukau menerusi lagu Patah Seribu.

๐ŸŒŸ Persembahan yang penuh penghayatan dan keyakinan ini telah berjaya memikat hati para juri serta mengharumkan nama sekolah.

๐Ÿ‘ Tahniah kepada Nur Alya Ibtisam atas kejayaan yang membanggakan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

SMKS SMART-HEBAT-OWESOME

Address

PPKI SMK SELINSING
Semanggol
34400

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:00
Tuesday 07:00 - 15:00
Wednesday 07:00 - 15:00
Thursday 07:00 - 15:00
Friday 07:00 - 15:00

Telephone

+6058901971

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SMK Selinsing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PPKI SMK Selinsing:

Shortcuts

Share

Category